in , ,

Janna Nick Dikecam Peminat K-Pop, Bersumpah Pegang Al-Quran, Akaun IG Hilang, Janna Report Polis

Pelakon Janna Nick masih lagi menjadi bualan netizen di Twitter walaupun dia sudah memuat naik video menjelaskan keadaan sebenar berkenaan isu mempersendakan kematian seorang artis K-Pop pda tahun 2018.

Kali ini, satu hashtag #Jannanickisgoingtojailparty pula menjadi trending selepas ada netizen yang yang memuat naik satu kenyataan memaklumkan pelakon itu menyindir satu lagi artis K-Pop di ruangan Instagram.

KRONOLOGI INSTAGRAM JANNA NICK KENA REPORT:

21 FEB 2021: Nama pelakon Janna Nick sekali lagi TRENDING di Twitter disebabkan isu mengaitkan seorang bintang K-Pop, Jonghyun yang meninggal dunia tiga tahun lalu. Isu itu dibangkitkan kembali oleh peminat hiburan K-Pop yang menyifatkan Janna umpama tidak menghormati pemergian Jonghyun kerana bergelak ketawa selepas diusik Sharifah Sakinah dalam sebuah video. Tidak ingin memanjangkan isu, pelakon #MarryMeSenorita itu tampil bersumpah dengan memegang kitab suci Al-Quran ketika membuat pengakuan itu. Tak lama kemudian, satu hashtag #Jannanickisgoingtojailparty pula menjadi trending selepas ada netizen yang yang memuat naik satu kenyataan memaklumkan pelakon itu menyindir satu lagi artis K-Pop di ruangan Instagram. Dalam tangkapan skrin tersebut, Janna didakwa menyindir nama satu kumpulan K-Pop iaitu Blackpink di ruangan komen ketika mempromosikan drama arahannya bertajuk Delen. Hal ini membuatkan netizen berasa kurang senang dan mengecam tindakan Janna yang dilihat tidak menghormati artis kegemaran mereka. Bukan hanya peminat dari Malaysia, bahkan dari peminat dari luar negara juga turut mengecam tindakan Janna yang didakwa mempermainkan nama girlband kegemaran mereka.

22 FEB 2021: Pada hari ini, 22 Febuari 2021, Janna Nick mengambil tindakan dengan membuat laporan polis terhadap pemilik akaun yang telah mencetuskan provokasi serta melemparkan fitnah di laman media sosial, baru-baru ini. Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner menyatakan kesemua tangkapan skrin (screenshot) telah diambil oleh pihak berkuasa untuk diambil tindakan undang-undang.#JANNANICK

Peminat Geram Dengan Janna Nick, Hashtag #jannanickisgoingtojailparty Trending di Twitter

Sindir Girlband Pulak?

Dalam tangkapan skrin tersebut, Janna didakwa menyindir nama satu kumpulan K-Pop diruangan komen ketika mempromosikan drama arahannya bertajuk Delen.

Peminat Geram Dengan Janna Nick, Hashtag #jannanickisgoingtojailparty Trending di Twitter

Hal ini membuatkan netizen berasa kurang senang dan mengecam tindakan Janna yang dilihat tidak menghormati artis kegemaran mereka.

Peminat Geram Dengan Janna Nick, Hashtag #jannanickisgoingtojailparty Trending di Twitter
Peminat Geram Dengan Janna Nick, Hashtag #jannanickisgoingtojailparty Trending di Twitter

#jannanickisgoingtojailparty Trending di Twitter

Susulan daripada itu, #Jannanickgoingtojailparty telah tular di Twitter dan trending dengan ribuan orang meninggalkan ciapan beserta hashtag tersebut.

Peminat Geram Dengan Janna Nick, Hashtag #jannanickisgoingtojailparty Trending di Twitter

Bukan hanya peminat dari Malaysia, bahkan dari peminat dari luar negara juga turut mengecam tindakan Janna yang didakwa mempermainkan nama girlband kegemaran mereka.

Walau bagaimanapunm setakat ini belum ada sebarang kenyataan daripada Janna Nick berhubung isu baru itu. hashtang yang diviralkan oleh peminat K-Pop itu juga dilihat semakin tular di Twitter dengan belasan ribu pengguna memakai #Jannanickgoingtojailparty dalam ciapan mereka.

Gara-gara ‘Lisa Blackpig’ Akaun Instagram, Twitter Janna Nick Gagal Diakses! Peminat Kpop Bersatu Hati Buat Gerakan ‘Report’

NAMA pelakon Janna Nick sekali lagi menjadi buah mulut netizen apabila dikatakan mencetuskan kontroversi hingga mengundang kemarahan peminat artis Korea, Kpop.

Suasana lebih panas apabila wujud gerakan mengutuk Janna atau Nurul Jannah Muner, 26, dengan tanda pagar #JannaNickGoingToJailParty hingga ia menjadi trending di Twitter.

Ia bermula apabila salah satu watak telefilem pertama arahannya, Delen dikatakan menggunakan nama Lisa Blackpig yang dikaitkan mempunyai persamaan dengan Lalisa Manoban atau Lisa daripada kumpulan Blackpink.

Tidak cukup dengan itu, Janna sendiri menggunakan akauan Instagram rasminya membalas komen pelakon Nazim Othman dengan perkataan ‘oink oink‘ beserta emoji khinzir.

Semoga dipermudahkan urusan bagi mengenal pasti semua account (akaun laman sosial) yang mencetuskan provokasi dan membuat fitnah terhadap saya,”

– JANNA NICK

Bukan itu sahaja, Janna turut dikecam apabila video lama yang mengaitkan dia dengan kematian anggota kumpulan Shinee, Jonghyun, meninggal dunia pada 2017 kembali dikongsi peminat.

Walaupun hal berkaitan kematian Jonghyun pernah dijelaskan sendiri oleh Janna, namun ia tetap menjadi modal sasaran peminat Kpop.

Sehubungan itu hasil semakan mStar, akaun Instagram dan Twitter Janna kini sudah tidak boleh diakses.

Tidak dapat dipastikan sama ada kedua-dua akaun media sosial itu dinyahaktif (deactivate) sendiri oleh Janna atau dipadamkan oleh pemaju platform berkenaan hasil daripada laporan yang dibuat peminat Kpop.

Menyifatkan kekecohan yang berlaku adalah akibat perbuatan fitnah, Janna akhirnya tampil membuat laporan polis.

Twit Janna pada tengah malam Ahad sebelum akaunnya tidak dapat dikesan.

“Semoga dipermudahkan urusan bagi mengenal pasti semua account (akaun laman sosial) yang mencetuskan provokasi dan membuat fitnah terhadap saya.

“Segala screenshot telah diambil oleh pihak berkuasa dan tindakan undang-undang atas jenayah siber akan dilakukan terhadap yang terlibat,” kata Janna.

Pelakon ini mempunyai 6.2 juta pengikut di Instagram. – mStar

Nazim Othman pula jadi mangsa peminat Kpop – “Macam tak sangka apa yang saya tengok kat posting tu, sumpah tiada niat hina orang”

TIDAK semena-mena nama pelakon Nazim Othman turut terkait dalam konflik melibatkan aktres Janna Nick dengan peminat artis Kpop.

Ia gara-gara soalan yang diutarakan Nazim menerusi Instagram syarikat produksi milik Janna, Jannanick Studios bagi mempromosikan telefilem pertama arahannya, Delen.

Rata-rata netizen beranggapan pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu turut sama bersekongkol dengan Janna yang didakwa mempersendakan artis Korea Selatan, Lalisa Manoban atau Lisa daripada kumpulan Blackpink

“Saya minta maaf ikhlas daripada lubuk hati jika ada menyakiti perasaan anda menerusi komen yang saya tulis di akaun media sosial seseorang (Janna Nick Studios).

“Dalam komen itu saya tidak bermaksud untuk menghina atau tidak menghormati mana-mana pihak.

“Saya tulis komen itu pun sebab saya tak percaya dengan apa yang saya baca (pada kapsyen),” katanya menerusi Instagram.

Terdahulu Nazim menulis komen seolah-olah tidak mempercayai apa kapsyen pada posting di Instagram @jannanickstudios.

“Lisa Black what?” soal Nazim.

Semuanya Hanya Salah Faham… Walau Apa Pun, Kepada Penyokong Lisa Terutamanya, Saya Minta Maaf Kerana Terluka

– NAZIM OTHMAN

Selepas itu Janna sendiri menggunakan akaun Instagram rasminya membalas komen Nazim dengan perkataan ‘oink oink’ beserta emoji khinzir.

Paparan skrin mengenainya disebar luas netizen hingga mencetuskan kemarahan peminat Kpop.

Menjawab beberapa pertanyaan netizen, Nazim berkata dia tidak berniat untuk menghina sesiapa.

“Saya sangat berterima kasih kerana memahami saya secara peribadi tidak membenarkan diskriminasi dan kebencian.

“Saya sangat terkejut, macam tak sangka apa yang saya tengok kat posting tu. Sumpah tiada niat nak hina orang, saya sedih atas apa yang terjadi.

“Semuanya hanya salah faham. Walau apa pun, kepada penyokong Lisa terutamanya, saya minta maaf kerana terluka,” katanya.

Selain itu ‘Blackpig’ Janna juga teruk dihentam peminat Kpop selepas pelakon Marry Me, Senorita itu didakwa mempersendakan kematian ahli kumpulan Shinee, Kim Jong-hyun yang meninggal dunia pada 2017.

Susulan itu, peminat Kpop melancarkan gerakan memboikot aktres itu di media sosial hingga akaun Instagram dan Twitter miliknya kini tidak lagi boleh diakses.

Tidak berdiam diri, Janna juga membuat satu laporan polis berhubung jenayah buli siber yang dihadapinya daripada peminat Kpop yang didakwa menyebarkan fitnah hingga menjejaskan nama baiknya serta keluarga.

Video Lama Tular Balik, Janna Nick Dikecam Peminat K-Pop Sampai Kena Bersumpah Dengan Al-Quran

Baru-baru ini nama Janna Nick trending di media sosial sebab dikecam netizen lepas ramai yang mendakwa pelakon itu menciplak idea dari filem Indonesia, Dilan untuk telefilem arahannya, Delen.

Kali ini, nampaknya kontroversi yang melanda Janna Nick belum berakhir apabila dia dikecam oleh peminat K-Pop di Twitter gara-gara video lama yang tular semula sejak beberapa hari lalu. Untuk pengetahuan korang, video yang diperkatakan tu telah berlaku pada tahun 2018.

Isu ni bermula apabila Sharifah Sakinah dan Janna Nick didakwa telah mempersenda kematian artis K-Pop, Jonghyun dari kumpulan SHINee. Dalam video tu, kedua-dua artis wanita tersebut sedang berada di salon untuk rawatan rambut.

Sebenarnya, Sakinah dah pun minta maaf pada 2018 dan menjelaskan yang Janna Nick tak terlibat pun dengan kenyataan yang dia buat pada ketika tu. Namun, beberapa hari lepas, video tu viral balik sebab ada peminat K-Pop yang upload video tu di TikTok. 

Perkara ni telah menimbulkan semula kemarahan fans K-Pop sebab kematian orang bukanlah benda lawak. Ketika artikel ini ditulis, nama Janna Nick masih lagi trending di Twitter dengan lebih 16 ribu Tweet.

Jadi, pelakon yang berusia 26 tahun itu telah tampil menjelaskan perkara sebenar di Instagram. Korang boleh tengok sendiri video penjelasan ni. 

Menerusi IGTV, Janna Nick siap bersumpah guna Al-Quran lagi mengatakan yang dia tak ada kaitan pun dengan isu artis K-Pop ni. Katanya, ketika kat salon tu, dia tak dengar pun apa yang Sharifah Sakinah cakap sebab kat salon kan bising dengan hairdryer dan alatan lain.

Saya tak tahu menahu langsung yang benda tu ditujukan untuk si mati. Sakinah pun dah buat permohonan maaf dan ‘explain’ yang saya tak terlibat,” katanya.

Dalam video IGTV yang berdurasi lebih kurang 11 minit itu, Janna juga mengatakan dia gelak dalam video lama tu sebab apa je yang Sakinah cakap memang dia akan gelak. Katanya, sebab Sharifah Sakinah selalu bahan dia. 

Apa pendapat korang tentang isu ni? Semoga perkara ni dapat diselesaikan dengan baik. 

[VIDEO] Janna Nick akhirnya jawab isu ‘Lisa Blackpig’, buru penyebar fitnah persenda artis Kpop – “Salah laku mereka adalah kesalahan jenayah serius”

GERAKAN yang diwujudkan netizen bagi menentang Janna Nick di media sosial gara-gara didakwa mempersendakan selebriti Korea akhirnya bertukar menjadi lebih serius.

Dakwa pelakon drama Melastik Ke Hatimu itu, dia kini berdepan ugutan jenayah dan serangan peribadi termasuk membabitkan syarikat produksi miliknya, Janna Nick Studios.

Sehubungan itu Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 26, tampil membuat laporan polis bagi mempertahankan diri.

“Masih terdapat individu-individu yang membuat kenyataan fitnah terhadap saya yang turut membabitkan keluarga saya apabila mengatakan saya mempersendakan mendiang Kim Jong-hyun serta Lisa Manoban.

“Saya juga berdepan dengan ugutan jenayah dan serangan peribadi terhadap Janna Nick dan Janna Nick Studios,”

Sejak beberapa hari lalu Janna menjadi sasaran netizen hingga namanya menjadi trending di Twitter serta wujud tanda pagar #JannaNickGoingToJailParty.

Ia berikutan Janna didakwa mempersendakan bintang Kpop, Lalisa Manoban atau Lisa daripada kumpulan Blackpink apabila salah satu watak telelem pertama arahannya, Delen dikatakan menggunakan nama Lisa Blackpig.

Saya sama sekali tidak mempersendakan mana-mana individu apatah lagi mempersendakan mendiang Kim Jonghyun ataupun menyamakan Lisa Manoban dengan ‘Lisa Blackpig’ sebagaimana yang ditohmah.

Bukan itu sahaja, Janna turut dikecam apabila video lama yang mengaitkan dia dengan kematian anggota kumpulan Shinee, Jonghyun, meninggal dunia pada 2017 kembali dikongsi peminat.

Mengulas lanjut mengenai laporan polis dibuatnya, Janna berkata pihak pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan bagi mengenalpasti individu yang melemparkan fitnah terhadapnya.

“Siasatan telah dijalankan oleh pihak polis dan pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) turut terlibat dalam mengenalpasti individu-individu pesalahlaku meskipun mereka cuba berlindung di sebalik nama dan akaun samaran.

“Pasukan peguam saya sedang dalam proses menyimpan segala rekod yang diterbitkan di Twitter, Instagram, Facebook dan semua media sosial yang memfitnah, membuat ugut jenayah serta menyebarkan tohmahan dan hashtag negatif membabitkan perkara ini untuk tindakan undang-undang,” katanya.

“Salah laku mereka (netizen) adalah suatu kesalahan jenayah yang serius dan telah mengakibatkan kerosakan termasuk menjejaskan reputasi dan nama baik saya dan Janna Nick Studios bukan sahaja di dalam Malaysia bahkan di luar negara,” katanya

Dalam pada itu Janna sekali menegaskan dia tidak pernah mempersendakan mendiang Jonghyun seperti yang didakwa netizen.

“Saya ulangi di sini, saya sama sekali tidak mempersendakan mana-mana individu apatah lagi mempersendakan mendiang Kim Jonghyun menerusi video yang direkodkan dan dimuat naik oleh Sharifah Sakinah pada tahun 2018 ataupun menyamakan Lisa Manoban dengan ‘Lisa Blackpig’ sebagaimana yang ditohmah.

katanya.

*Sumber: mStar

Video Lama Tular Balik, Janna Nick Dikecam Peminat K-Pop Sampai Kena Bersumpah Dengan Al-Quran

Beberapa hari lalu, Janna Nick telah memuat naik video memegang al-Quran selepas video lama dia dikatakan mempersenda kematian artis Korea dimuat naik semula di media sosial.

Saya buat video ini sebab saya nak beritahu, saya nak bersumpah. Jujur demi Allah, Wallahi, saya tak tahu menahu pasal video artis Korea itu.

“Saya tak tahu pun Sakinah record tujukan dekat dia. Saya cuma gelak sahaja.”

Pun begitu, Janna tetap dikecam peminat K-pop sehinggakan tanda pagar #JannaNickIsGoingToJailParty telah trending No. 1 di Twitter sejak semalam sehinggakan pelakon ini mengambil tindakan untuk memadam Twitter dan Instagram peribadinya.

Apa cerita?

“LISA BLACKPIG”

Video tahun 2018 itu dimuat naik semula oleh peminat K-pop kerana dalam salah satu posting Instagram baru-baru ini, Janna dikatakan telah memanggil salah satu kumpulan K-pop wanita disukai ramai ini dengan gelaran babi.

Dalam posting tersebut, Janna telah mempromosikan telemovie terbaru arahannya yang bertajuk Delen namun apa yang menjadi isu apabila wanita ini telah menamakan watak dalam telemovie itu sebagai LISA BLACKPIG.

Ekoran dari ini, ramai peminat K-pop yang marah dengan tindakan Janna ini tambahan pula dia pernah terpalit dengan kontroversi kematian JongHyun dulu.

Malah, ada yang kata, ekoran dari perbuatan Janna ini, pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Korea turut terkesan dan peminat-peminat dari luar negara pun dah tak nak bercakap dengan peminat K-pop di Malaysia. Uish dahsyat jugak!

Ekoran dari kecaman tak henti yang diterima oleh Janna Nick di media sosial, pelakon ini telah pun memadam akaun Twitter dan Instagram peribadinya.

Sebelum akaun Twitternya dipadam, Janna turut memberitahu yang dia telah pun membuat laporan polis atas provokasi yang diterimanya ini.

Janna turut mengatakan yang dia telah pun memberi tangkap layar kepada pihak polis dan tindakan undang-undang akan diambil kepada individu-individu yang terlibat.

Bukan Ke ‘Jail Party’, Janna Nick Buat Laporan Polis Terhadap Pemfitnah Yang Cetus Provokasi

Pelakon dan pengacara Janna Nick, 26, mengambil tindakan dengan membuat laporan polis terhadap pemilik akaun yang telah mencetuskan provokasi serta melemparkan fitnah di laman media sosial, baru-baru ini.

Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner menyatakan kesemua tangkapan skrin (screenshot) telah diambil oleh pihak berkuasa untuk diambil tindakan undang-undang.

“Semoga dipermudahkan urusan bagi mengenal pasti semua akaun yang mencetuskan provokasi dan membuat fitnah terhadap saya.

“Segala tangkapan skrin telah diambil oleh pihak berkuasa dan tindakan undang-undang atas jenayah siber akan dilakukan terhadap yang terlibat,” tulisnya.

Pendedahan itu dibuat menerusi dua ciapan (tweet) di laman Twitter miliknya, pada awal pagi tadi.

Sebelum ini, nama Janna telah menjadi bualan ramai sehinggakan trending #jannanickisgoingtojailparty di Twitter.

Janna telah mencetuskan kemarahan peminat Kpop apabila dia dan aktres Sharifah Sakinah didakwa tidak menghormati pemergian bintang K-Pop, Jonghyun yang meninggal dunia tiga tahun lalu.

Tidak ingin memanjangkan isu, pelakon #MarryMeSenorita itu tampil bersumpah dengan memegang kitab suci Al-Quran ketika membuat pengakuan itu.

Walaubagaimanapun, kontroversi itu tidak berakhir di situ apabila Janna menghina Lisa Blackpink dengan nama ganti yang digunakan adalah ‘Lisa Black oink oink’ (emoji bab*) di ruangan komen.

Mengikut pemerhatian Gempak, akaun rasmi Twitter dan Instagram (IG) milik Janna kini sudah tidak ada lagi.

Tidak dapat dikenalpasti sama ada teman wanita Dini Schatzmann yang deactive sendiri atau hasil report yang dibuat oleh peminat K-Pop kepada pihak IG dan Twitter.

*Sumber: Gempak

Kontroversi K-pop, Janna Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

Terus dihambat kontroversi tercetus dua tahun lalu, Janna Nick membuat laporan polis atas yang didakwa fitnah, ugutan dan serangan peribadi yang mengaibkan serta merosakkan reputasi dirinya di Malaysia dan di luar negara.

Janna berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sudah memulakan siasatan bagi mengenal pasti individu dipercayai penyebar fitnah, biarpun mereka dikatakan cuba berselindung di sebalik nama atau akaun samaran.

“Saya dimaklumkan dengan kemajuan teknologi dan maklumat daripada sistem data internet yang dikesan daripada alat peranti yang digunakan sama ada telefon pintar, komputer dan sebagainya, individu pesalah laku ini berjaya dikesan untuk tindakan lanjut.

“Ini adalah akibat daripada tindakan jenayah, salah laku dan pelanggaran undang-undang yang mereka buat.

“Saya juga dimaklumkan ada kanak-kanak dan remaja dalam kalangan individu pesalah laku ini di mana alat peranti dan sistem data internet yang digunakan mereka direkodkan di bawah nama ibu bapa atau penjaga mereka,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sejak akhir-akhir ini, nama Janna ‘panas’ apabila kontroversi tercetus pada 2018 ‘disensasikan’ semula dengan pengacara Melodi itu dituduh mempersendakan kematian bintang K-pop, mendiang Kim Jong-Hyun dan menyamakan anggota kumpulan Blackpink, Lisa Manoban sebagai ‘Lisa Blackpig’.

Mengulangi penafiannya dua tahun lalu, Janna yang mengaku peminat ‘budaya Korea Selatan’ menolak semua dakwaan, malah, terbaru, pelakon itu bersumpah sambil memegang senaskhah al-Quran.

Janna kesal masih ada individu mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap dirinya dan keluarga, biarpun sudah memberi penjelasan melalui video yang dimuat naik sebelum ini.

“Saya berdepan ugutan jenayah dan serangan peribadi ke atas diri saya dan perniagaan yang diusahakan, Janna Nick Studios.

“Ingin diulangi, saya sama sekali tidak mempersendakan mana-mana individu apatah lagi mendiang Jong-hyun melalui video yang dirakam dan dimuat naik oleh Sharifah Sakinah pada 2018.

“Video itu dimuat naik dan disensasikan semula dalam media sosial atau menyamakan Lisa dengan ‘Lisa Blackpig’ seperti ditohmah.

“Amat kesal apabila individu yang mengeluarkan kata kesat, fitnah dan ugutan jenayah terhadap saya memilih menerima tafsiran video atau penulisan yang dirujuk dalam hal ini, hanya dari sudut pandangan mata sendiri, sedangkan apa yang berlaku, berbeza sama sekali.

“Ini amat dikesali apatah lagi, Sharifah sudah memberi penjelasan dan memohon maaf pada 2018, malah, saya juga membuat penjelasan,” katanya.

Mengenai dakwaan menggelar Lisa sebagai ‘Lisa Blackpig’, Janna menafikannya.

“Sebagai individu yang meminati budaya Korea Selatan termasuk hiburan, fesyen, teknologi, makanan dan kecantikan, tohmahan begitu sangat tidak berasas.

“Saya pernah berkolaborasi dengan pihak pengurusan dan artis Korea Selatan dalam kerjaya dan amat menghormati mereka.

“Amat pelik dan tidak boleh diterima akal untuk saya menggelar atau menyamakan nama besar dalam industri seperti Lisa dengan sebarang nama mengaibkan,” katanya.

Janna berkata, pihaknya menimbang mengambil tindakan mahkamah ke atas penyebar fitnah yang dianggap melakukan jenayah serius. Ini dilakukan dengan mengumpul semua rekod diterbitkan di Twitter, Instagram (IG), Facebook (FB) dan media sosial yang memfitnah, membuat ugut jenayah serta menyebarkan tohmahan dan hashtag negatif.

“Sama ada pesalah laku ini sedar atau tanpa sedar, tindakan tidak bertanggungjawab yang mereka lakukan ini sama seperti mengada-adakan sesuatu yang tidak wujud malah diperbesar-besarkan.

“Ini mencalarkan imej negara dan kita sendiri secara amnya sebagai rakyat Malaysia dalam kalangan pengguna media sosial dan alam maya,” katanya.

*Sumber: Berita Harian

Pelajar Malaysia di Korea Dakwa Dibuang Dari ‘Group’ Belajar Kerana Isu Janna Nick?

Kontroversi antara Janna Nick dengan sebahagian besar peminat K-Pop telah membuatkan hampir dua hari hashtag #jannanickisgoingtopartyjail tular sehingga keluar negara.

Janna Nick juga telah membuat laporan polis dengan menafikan dakwaan dia menghina artis K-Pop di media sosial dan tidak lama selepas itu akaun Twitter dan Instagramnya ‘hilang’.

Kena remove dari group belajar

Disebabkan kontroversi yang berlaku, ada beberapa pihak yang turut terkesan dengan perkara tersebut. Antaranya ialah pelajar yang belajar di Korea Selatan.

Menerusi satu muat naik tangkapan skrin di Twitter, seorang pengguna telah berkongsi perbualan WhatsApp dengan seorang individu yang mempunyai kenalan pelajar Malaysia yang belajar disana apabila telah dikeluarkan dari kumpulan whatsApp tugasan universiti mereka.

JANNA NICK

Belum start sem dan kena kick

JANNA NICK

“Harap tak jadi dekat adik aku”

Walaupun perkongsian tersebut tidak dapat dipastikan kebenarannya, namun menerusi komen yang mereka sertakan, terlihat ramai yang terkesan dengan kontroversi berkenaan kerana membawa nama Malaysia.

Mereka juga khuatir akan ada ramai lagi pelajar yang akan menerima nasib yang sama hanya disebabkan kontroversi tersebut.

JANNA NICK

Dekat aplikasi lain pun ada yang kena kick

JANNA NICK

Setakat ini,  #jannanickisgoingtopartyjail masih lagi trending dan puluhan ribu ciapan dibuat menggunakan hashtag tersebut.

Perkara ini bermula disebabkan ada individu yang memuat naik kembali satu rakaman mendakwa pelakon Melastik Cinta itu mempersendkan kematian seorang anggota kumpulan SHinee pada tahun 2018.

Selepas itu, satu tangkapan skrin menunjukkan Janna menyindir girlband Blackpink ketika mempromosikan drama arahannya bertajuk Delen.

Janna Nick NyahAktif Akaun Media Sosial, Fokus Selesaikan Penggambaran #MarryMeSenorita

Nama pelakon Janna Nick menjadi bualan hangat sejak semalam. Semuanya gara gara isu lapuk yang dibangkitkan semula oleh segelintir peminat berkaitan dunia seni dan artis Korea Selatan atau K Pop yang pernah didakwa berkaitan dengan dirinya. Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Janna kemudian dilihat ‘hilang’ dari platform akaun media sosialnya termasuk Twitter dan Instagram.

“Mengenai alam maya, saya yang menghilangkan diri dari alam maya. Tapi saya minta maaf kerana saya tidak boleh komen banyak.

“Setakat ini siasatan polis sedang dijalankan dan saya tidak mahu komen,” akui Janna saat dihubungi Gempak melalui Google Meet sebentar tadi.

Menurut Janna, walaupun sedar media sosial amat penting buat dirinya meneruskan komitmen bersama klien dan mengemas kini aktiviti serta kerja, namun dia memilih untuk tidak berada dalam radar alam maya buat masa ini.

“Secara peribadi, saya okay tiada sosial media. Tapi saya juga ada komitmen dengan klien. Mujur klien memahami dan biarlah dulu sehingga semua selesai.

Saya serahkan kepada pihak guaman untuk tindakan undang undang sebab negara kita ada undang undang. Tunggulah mungkin ada press conference,” kata Janna lagi.

Janna mengatakan saat ini fokusnya 100 peratus diberikan terhadap penggambaran drama #MarryMeSenorita. Sebagai peneraju utama yang membawa watak Sofiy Leia bergandingan dengan kekasihnya, Dini Schatzmann atau Isa Alejandro, karier adalah hal yang perlu diberi keutamaan.

Sementelah, drama yang sedang hangat ditayangkan menerusi slot Megadrama di Astro itu hanya berbaki sekitar dua hari penggambaran.

“Penggambaran hanya berbaki dua hari lagi. Sebagai seorang pelaku seni, fokus saya saat ini adalah terhadap naskhah ini. Apa lagi banyak adegan konflik selepas episod ke 11 menuju penghujung iaitu episod 28.

“Dan saya tidak boleh put on hold kerja hakiki saya hanya kerana ada masalah. Sebenarnya bekerja adalah membuat saya melupakan masalah dan memastikan mental saya sihat. Mental sihat sangat penting bagi saya,” kata Janna tanpa berselindung.

Ditanya mengenai karya #MarryMeSenorita yang diadaptasi dari novel ini, Janna mengaku bergandingan dengan Dini tidak mudah, apa lagi dia perlu membenci lelaki yang ironi amat disayanginya.

“Dalam drama ini saya paling benci Dini atau Isa. Saya fikir ada ke lelaki seperti ini di luar? Tapi saya tahu benci itu hanya di bibir, tapi tidak dalam hati,” hurai Janna.

Malah pada saat netizen menggemakan tagar boikot di Twitter, Janna optiimis mengatakan penonton wajib menonton naskhah ini sehingga ke penghujung lantaran plot twist yang disusun Michael Ang.

“Apa yang boleh saya kata, pembaca novel ini pun kena tengok sehingga habis kerana pengakhirannya cukup berbeza daripada naskhah asal,” kata Janna yang baru mengarahkan telemovie perdananya, Delen.

#MarryMeSenorita bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 2 Februari 2021 menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

“Mengejek Bukan Savage, Itu Biadab!” – Hani Fadzil Bidas Tindakan Melampau Pelakon Wanita Ejek Bintang K-Pop

Penyampai radio Hani Fadzil tampil membidas tindakan melampau seorang pelakon wanita yang keterlaluan mengejek kematian bintang Korea seperti yang viral baru-baru ini.

Hani dalam pada itu menyelar tindakan pelakon terbabit yang turut mengejek nama beberapa artis termasuk anggota kumpulan K-Pop terkenal dalam naskhah arahannya.

JANNA NICK

“Dah lama perhati dia ni. First masuk allkpop for thinking she’s so funny for mocking a person’s death.

Then she chose to konon acah savage & name a character in something she directed by mocking a kpop group? Ni namanya clout sebab dia tahu semua akan triggered dan bagi dia attention.

“Nak promote product pandai pulak “nak tak look korean..?”dan lain-lain lagi,” ciap Hani di Twitter.

Sebagai peminat setia K-Pop, Hani jelek dengan isu terbabit dan menasihati pelakon wanita itu agar tidak keterlaluan memperlekehkan minat individu lain sekiranya tidak sependapat.

As a person like me yang dah lama minat kpop and dah kena mock for liking kpop since 2006. I’m just sick of this issue.

If you dont like a certain genre/ fandom, just keep it to yourself. You think everyone likes your acting/ singing? Think again.

It’s not about taksub. It’s about respect. RESPECT!!! Mocking something you have no idea about is not “savage”. It’s plain RUDE!” tambah Hani.

Selain itu, Hani turut berpesan kepada orang ramai agar tidak terus membuli pelakon terbabit secara melampau biarpun apa yang diperlukannya untuk viral sudah tercapai.

Even though what she did was wrong, we should not cyber bully her back because that would just make us the same.

For all we know, she’s happy she’s trending & getting all the attention she wants. This is why at first I thought I wanted to choose to be quiet,” tambah Hani beserta emoji marah.

*Sumber: Gempak

Janna Nick Nyahaktif Akaun Instagram? Apa Punca Trend #JannaNickIsGoingToJailParty..

Saban minggu, nama pelakon dan pengacara, Janna Nick pasti tidak pernah lekang daripada menduduki carta topik trending di Twitter.

Namun semuanya dilihat kerana kontroversi ‘perbalahan dengan warganet’ hingga menyeret namanya ke lubuk negativiti.

Kami sangkakan Janna sudah lali dengan cercaan yang dilontarkan kepadanya…tetapi satu lagi kontoroversi melandanya.

Kali ini, situasinya sedikit berbeza apabila Janna dikaitkan dengan seorang selebriti K-pop yang telah meninggal dunia kira-kira tiga tahun lalu iaitu Jonghyun, salah seorang ahli grup SHINee.

Biarpun sudah tiga tahun berlalu sejak video tular Janna dan pelakon, Sharifah Sakinah mengelakkan pemergian artis K-pop itu, nampakn K-Netz tidak mudah untuk melupakannya ya.

Lalu, demi memperbetulkan tanggapan orang ramai terhadap video yang kembali ditularkan itu, Janna memuat naik video baharu di akaun media sosialnya.

“Jujur demi Allah, saya tak tahu-menahu pasal video artis K-pop itu. Saya tak tahu pun Sakinah rakam video itu. Saya hanya gelak sahaja dalam video itu.

“Tapi kalau perkara ini dibesarkan sampai melibatkan emak saya, perkara ini sudah tak kelakar. Apa ini adik-adik? Jadi saya nak beritahu saya sumpah demi Allah saya tak tahu,” katanya sambil memegang Al-Quran ketika melakukan pengakuan itu.

Okay, Janna pun sudah perjelaskan semuanya, mengapakah warganet masih seakan berdendam dengannya?

Mengikut tinjauan REMAJA kepada kata-kata warganet mengenai isu ini, Janna kata mereka dilihat kembali ‘menghentam’ peminat K-pop yang disifatkannya melontarkan kata-kata yang terlalu kasar dan kesat.

“Segala kritikan kalau orang kutuk lakonan saya tak bagus, atau saya menyanyi tak sedap.. saya boleh terima. Kalau orang nak cakap arahan saya tak bagus pun saya boleh terima.

“Mungkin kadang-kadang saya terlebih cakap. Tapi apa yang awak rasa itu sama ke dengan apa yang saya rasa,” katanya yang merasakan dirinya difitnah dengan kata-kata segelintir warganet.

“Saya minta maaf kepada adik-adik peminat si mati, peminat fanatik K-pop. Saya minta maaf sekiranya saya tercuit dan perkara itu buatkan awak terasa. Saya minat maaf,” tuntas pelakon ‘Melastik Ke Hatimu’ itu.

Sehari selepas permohonan maaf Janna Nick itu dilakukan, hashtag #JannaNickIsGongToJailParty dilihat tiba-tiba bertebaran di radar Twitter Malaysia.

Rupa-rupanya, isu video dari tahun 2018 itu telah mendapat perhatian peminat K-pop dari Korea Selatan dan hashtag tersebut telah disokong oleh peminat di sana.

Bukan hanya isu mempersendakan mendiang Jonghyun yang membuatkan mereka tidak berpuas hati. Malah, mereka turut menyelar salah seorang karakter dalam telemovie arahan Janna ‘Delen’ yang diberikan nama Lisa Blackpig (merujuk kepada Lisa Blackpink).

Lantas mereka tidak membuang masa dengan mengutuk perbuatan Janna tersebut kerana tidak menghormati idol kegemaran mereka itu. Tinjauan REMAJA kepada akaun Instagram Janna Nick pula mendapati ia telah ‘kosong’ tanpa sebarang muat naik dan info.

Adakah Janna mengambil keputusan untuk menyahaktifkan akaunnya itu demi mendapat ketenangan buat sementara waktu atau akaunnya telah dinyahaktif kerana laporan peminat K-pop?

Mungkin benarlah telahan selebriti yang pernah terlibat dalam ‘perang’ bersama warganet sebelum ini, mereka tidak boleh menang apabila menentang mereka.

*Dipetik dari Remaja

Janna Nick Beri Kenyataan Isu Tular, Akui Berdepan Ugutan Jenayah & Serangan Peribadi – “Sebagai Individu Yang Juga Meminati ‘Korean Culture’…,”

Pelakon dan hos, Janna Nick tampil memberikan kenyataan berhubung isu tular yang melibatkan dirinya.

Jannah atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 26, tampil memberikan reaksi selepas menerima komen yang boleh membawa kepada fitnah selain menerima ugutan serta serangan peribadi.

“Meskipun penjelasan telah saya berikan menerusi video yang saya muatnaik sebelum ni, namun masih terdapat individu yang membuat kenyataan fitnah terhadap saya yang turut membabitkan keluarga saya apabila mengatakan saya mempersendakan mendiang Kim Jong-hyun serta Lisa Manoban.

“Saya juga berdepan dengan ugutan jenayah dan serangan peribadi terhadap Janna Nick dan Janna Nick Studios.

“Saya ulangi di sini, saya sama sekali tidak mempersendakan mana-mana individu apatah lagi mempersendakan mendiang Kim Jong-hyun menerusi video yang direkodkan dan dimuatnaik oleh Sharifah Sakinah pada tahun 2018 yang kini telah dimuatnaik dan disensasikan semula di media sosial ataupun menyamakan Lisa Manoban dengan ‘Lisa Blackpig’ sebagaimana yang ditohmah.

“Adalah amat kesal apabila individu-individu yang mengeluarkan kata-kata kesat, fitnah dan ugutan jenayah terhadap saya memilih untuk menerima tafsiran video atau sebarang penulisan yang dirujuk dalam perkara ini hanya dari sudut pandangan mata sendiri meskipun perkara yang berlaku adalah berlainan sama sekali.

“Ini adalah amat dikesali apatah lagi Sharifah Sakinah sendiri juga telah menjelaskan perkara ini dan memohon maaf pada tahun 2018 dan saya juga telah memberikan penjelasan di pihak saya. Walaupun hakikat perkara sebenar sama sekali tidak sebagaimana yang mereka tafsirkan, tetapi demi untuk tidak memanjangkan isu ini daripada berlarutan, saya juga telah membuat pernyataan maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan perkara tersebut,” katanya.

Bintang drama Marry Me, Senorita ini turut menjelaskan mengenai dakwaan mempersenda anggota kumpulan K-Pop BLACKPINK iaitu Lisa Manoban dengan menulis Lisa BLACKPIG dalam hantaran di Instagram.

“Berkenaan tohmahan yang kononnya saya menyamakan atau menggelar Lisa Manoban sebagai ‘Lisa Blackpig’, ianya adalah terpesong sama sekali.

“Sebagai seorang individu yang juga meminati ‘Korean culture’ yang bukan setakat industri hiburan mereka bahkan budaya, fesyen, makanan, teknologi, kecantikan dan tempat-tempat di Korea, tohmahan sebegitu terhadap saya adalah sangat tidak berasas.

“Saya sendiri pernah berkolaborasi dengan pihak pengurusan serta artis Korea dalam kerjaya saya dan saya amat menghormati mereka. Ianya adalah amat pelik dan tidak boleh diterima akal untuk saya menggelar atau menyamakan nama besar dalam industri seperti Lisa Manoban Blackpink dengan sebarang nama yang mengaibkan.

“Namun begitu, saya telah dilemparkan dengan pelbagai tuduhan, ugutan jenayah dan serangan peribadi daripada pesalahlaku-pesalahlaku secara terang-terangan mahupun secara personal di mana mereka turut menyebarkan hashtag dan kata-kata kesat yang mengaibkan, menjatuhkan serta merosakkan nama baik saya serta Janna Nick Studios bukan setakat dalam negara bahkan di luar negara,” jelasnya.

Dalam masa sama, Janna sekali lagi menegaskan, dia tidak pernah sama sekali mempersenda kematian penyanyi Korea, Kim Jong-hyun pada 2018.

“Saya ingin menjelaskan kepada semua, penggunaan terma “Si Mati” adalah merujuk kepada seseorang yang telah meninggal dunia dan digunakan secara meluas dalam prosiding di Mahkamah sebagai kata ganti diri yang sopan apabila merujuk kepada individu yang telah meninggal dunia tanpa mengira bangsa dan agama.

“Sila rujuk kepada perintah-perintah Mahkamah yang dikeluarkan, khususnya melibatkan harta pusaka individu yang telah meninggal dunia,” katanya.

Janna turut membuat laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) serta bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melemparkan fitnah, ugutan dan komen keterlalaun.

“Saya ingin maklumkan bahawa laporan polis telah dibuat berhubung perkara ini di mana siasatan telah dijalankan oleh pihak polis dan pihak Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia turut terlibat dalam mengenalpasti individu-individu pesalahlaku meskipun mereka cuba berlindung di sebalik nama dan akaun samaran.

“Saya dimaklumkan, dengan kemajuan teknologi yang digunakan dan maklumat daripada sistem data internet yang dikesan daripada alat peranti yang digunakan sama ada telefon pintar, komputer atau sebagainya, individu-individu pesalahlaku ini berjaya dikesan untuk tindakan lanjut akibat daripada tindakan jenayah, salahlaku dan pelanggaran undang-undang yang mereka lakukan.

“Saya juga dimaklumkan bahawa terdapat juga kanak-kanak dan remaja di kalangan individu pesalahlaku ini di mana alat peranti dan sistem data internet yang digunakan oleh mereka adalah direkodkan di bawah nama ibu bapa dan/atau penjaga mereka.

“Saya juga dimaklumkan pihak berkuasa, termasuk tetapi tidak terhad kepada pasukan polis, pegawai penyiasat dan pasukan peguam saya sedang dalam proses menyimpan segala rekod yang diterbitkan di Twitter, Instagram, Facebook dan semua media sosial yang memfitnah, membuat ugut jenayah serta menyebarkan tohmahan dan hashtag negatif membabitkan perkara ini untuk tindakan undang-undang yang akan mengakibatkan mereka disaman dan dihadapkan ke Mahkamah kerana salahlaku mereka adalah suatu kesalahan jenayah yang serius dan/atau telah mengakibatkan kerosakan termasuk menjejaskan reputasi dan nama baik saya dan Janna Nick Studios bukan sahaja di dalam Malaysia bahkan di luar negara.

“Sama ada pesalahlaku ini sedar ataupun tanpa sedar, tindakan tidak bertanggungjawab yang mereka lakukan ini sama seperti mengada-adakan sesuatu yang tidak wujud malah diperbesar-besarkan dan ini mencalarkan imej negara dan kita sendiri secara amnya selaku rakyat Malaysia di kalangan pengguna media sosial dan dunia maya global.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan media, teman-teman dan penyokong dan peminat saya khususnya yang mempertahankan segala tuduhan dan tohmahan negatif yang dilemparkan oleh pesalahlaku-pesalahlaku ini.

Saya berharap perkara sebegini tidak akan berlaku lagi sama ada di peringkat industri hiburan tanah air mahupun antarabangsa,” katanya lagi.

*Dipetik dari Media Hiburan

What do you think?

45 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Selepas Tujuh Tahun Menanti, Jehan Miskin Kini Bergelar Bapa Kepada Axel Nova Rhee

Radio ERA Perkenal ‘JoHaRaRy Pagi ERA’, Kini Sherry Alhadad Jadi Penyampai Radio