in

Radhi Study Go! Radhi OAG Dari Rock ke Ulat Buku?

Artis kegemaran rock di Malaysia beralih dari mikrofon ke buku? Aoa citer? Dah takde modal? Dah takde energy nak melompat-lompat dah ke? Huhu!

Sanggupkah anda meninggalkan gaya hidup sebagai artis rock untuk kembali belajar di kolej? Artis rock tempatan yang tersingkir dari Sehati Berdansa, Radhi dari band alternatif OAG sanggup melakukannya!

Peluang yang diberikan kepadanya untuk kembali ke alam kolej dan diberi status sebagai pelajar istimewa telah memberi Radhi kebebasan untuk menukar dari satu kursus ke kursus yang lain. Rancangan realiti terbaru, Radhi, Study, Go! menemui para penonton di stesen 8TV pada setiap hari Ahad, jam 10 malam.

“Rancangan Radhi, Study, Go! merupakan sebuah rancangan realiti baru yang perlu ditonton kerana ia menggambarkan personaliti seorang selebriti di dunia realiti. Penonton di rumah berpeluang untuk berkongsi pengalaman suka duka Radhi sebagai seorang pelajar kolej dan dapat menyaksikan telatahnya yang nakal tetapi mencuit hati. Selain dari mengikuti pengalaman Radhi mengikuti kuliah di kolej tempatan, program ini juga dapat memberi peluang kepada peminat OAG untuk mengenali Radhi dengan lebih dekat sebagai seorang bapa yang periang serta penyayang ini. Radhi merupakan pilihan terbaik untuk program realiti ini kerana dia diminati melalui muzik yang dibawanya serta penampilannya yang bersahaja sesuai di kalangan pelajar kolej.” – Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Penjenamaan di 8TV, Cik Airin Zainul.

Segi College telah dijadikan institusi terbaik untuk mengendalikan program ini. Radhi terpaksa meninggalkan hidupnya sementara sebagai ahli muzik dan menggantikannya dengan buku-buku kuliah dalam menyesuaikan dirinya sebagai seorang pelajar kerana kehidupan sebagai seorang pelajar kolej bukanlah satu perkara yang disangkakan mudah.

Di sepanjang program ini, Radhi akan diperkenalkan kepada kursus-kursus yang berlainan seperti Fotografi, Perawatan, dan Muzik. Kursus-kursus ini mungkin tidak sukar untuk dipelajarinya tetapi bagaimana pula dengan kursus seperti Kejuruteraan Kimia, Pengurusan Hotel atau kursus Automotif?

Radhi bukan sahaja akan diberikan tugasan-tugasan ilmiah yang memerlukan buku-buku sebagai bahan rujukan tetapi juga kerja-kerja praktikal seperti membuat sabun, mengurus tadika dan bekerja di hotel.

Adakah Radhi akan meneruskan perjuangannya sebagai pelajar? Adakah kolej tersebut akan bersabar dengan kelakuan artis rock seperti Radhi atau rela melihat Radhi meninggalkan kolej tersebut?

Segala persoalan akan terjawab dengan menonton rancangan realiti terbaru ini di 8TV pada setiap hari Ahad, jam 10 malam. Radhi, Study, Go! Juga boleh ditonton di Astro melalui saluran 708.

[tags]radhi, tv programme, rock mp3, reality tv, lirik oag, radhi over, radhi bercerai, majlis kahwin radhi, sharifah aleya kahwin, weddin sharifah aleya photo, online foto roundpic, dr halina mohd yunus, nori abdullah badawi, fashion zaman 60 an, airin zainul, go under, tips study smart, channel axn, music video, courses[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kes Mahkamah Pelakon Selamat Pagi Cinta, Nur Fazura Bela Diri

Poster filem Cintaku Forever & Cinta Nan Satu Sama?