in , ,

Rabbani & Datuk Sharifah Aini di Makan Malam Amal Hospital For Gaza H4G

Makan Malam Amal H4G pada 26 Januari 2013

[dropcap]M[/dropcap]embicara perihal Gaza pada hari ini merupakan isu yang sentiasa memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita. Kesengsaraan dan derita seolah-olah tidak akan putus. Biarpun kita sentiasa berdoa , kerisauan bagi orang yang bersimpati kepada derita Gaza yang menjadi sasaran Israel dan Zionis sementalahan itulah saja tanah yang ada di Palestin untuk umatnya meneruskan kehidupan dan menyambung generasi yang akan datang.

[pullquote align=”right”]Serangan demi serangan. Biarpun Zionis menghentikan serangan pada waktu ini, menyingkap sejarah perilaku negara, Zionis Israel boleh melakukan serangan pada bila-bila masa biarpun tanpa alasan.[/pullquote]

Bagi penduduk Gaza yang sememangnya lali dengan perangai Israel mereka tidak putus asa mempertahankan hak mereka demi kesinambungan hidup untuk generasi yang akan datang. Mangsa yang terlalu naïf terutamanya wanita dan kanak-kanak secara tidak langsung terbabit teraniaya dalam keseronokan Israel ini.

[pullquote]Rakyat Malaysia tidak wajar sekadar menjadi pemerhati sahaja kepada keganasan yang dilakukan ini.[/pullquote]

Rabbani kumpulan nasyid tanahair sedang berusaha bersama MAPIM (Majlis Perundingan Islam Malaysia) untuk pembangunan sebuah hospital Materniti dan Pediatrik di Gaza. Mapim telah mendapat restu dari OIC yang merupakan badan yang bertanggungjawab untuk memastikan penduduk Gaza dapat hidup dengan aman dan makmur.

OIC merupakan persatuan antarabangsa yang kedua terbesar di dunia melibatkan pelbagai negara selepas PBB. Projek H4G (Hospital For Gaza) sedang diusahakan pertengahan tahun ini (2012) yang melantik Rabbani sebagai Duta Hospital 4 Gaza.

Segera memulakan langkah awalnya Rabbani menganjurkan, Majlis Makan Malam Amal H4G. Majlis makan malam ini bukan untuk berseronok tetapi mencetuskan keinsafan dan tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang ditanggung oleh penduduk Gaza. Hasrat melihat kewujudan hospital lengkap dengan ciri keselamatannya yang tersendiri itu menjadi cita-cita Rabbani.

[pullquote align=”right”]Majlis Makan Malam Amal akan berlangsung di Hotel Singgahsana Petaling Jaya pada 26 Januari 2013 menampilkan Rabbani & Datuk Sharifah Aini.[/pullquote]

Penyumbang sangat dialukan untuk menjadi ahli H4G di mana mereka boleh menyumbang secara berterusan sehingga hospital itu siap. Sebelum ini kita mendengar hospital di Gaza yang tidak dapat membantu rakyat yang menderita kerana kehabisan ubat, olehitu ahli H4G akan sentiasa menyumbang mengikut kemampuan mereka sehinggalah Palestin merdeka dan hospital yang dibangunkan itu dapat berjalan dengan sendiri. Ahli H4G boleh dianggap sebagai pemegang saham kepada pembangunan hospital ini semoga mereka meraih keuntungan pelaburan mereka di akhirat nanti.

Sebagai kelangsungan mengajak sebanyak mungkin rakyat Malaysia yang ingin memikul tanggungjawab ahli H4G, Rabbani telah mengatur strategi dengan mengadakan Majlis Makan Malam Amal H4g dan Konsert Malam Amal H4G ke seluruh negara. Rabbani juga mengalu-alukan mana- mana pihak yang ingin memikul tanggungjawab ini bersama-sama menjadi penaja kepada acara yang dianjurkan. Mereka boleh menjadi penaja utama atau penaja bersama.

Majlis Makan Malam Amal yang akan berlangsung di Hotel Singgahsana Petaling Jaya pada 26 Januari 2013 ini adalah langkah pertama kepada usaha ini. Penyumbang boleh membeli meja makan yang disediakan dengan harga RM5000, RM 2000 dan RM 1500. Selain dari jamuan turut dipersembahkan hiburan oleh Rabbani dan Datuk Sharifah Aini.

Sebagai ransangan kepada projek H4G di sepanjang tahun 2013 ini Rabbani telah mengambil inisiatif menerbitkan sebuah album yang berjudul Mawar Berdarah. Diharapkan album ini dapat membuka mata para pendengar terhadap perjuangan rakyat Palestin dan Gaza. Sebuah lagu berjudul Mawar Berdarah membawa penghayatan pendengar kepada pengorbanan para pejuang yang menjadi syuhadak di bumi Palestin.

Selain dari itu turut dihidangkan lagu pilihan dari koleksi album Rabbani yang mempunyai konsep perjuangan. Album yang boleh didapatkan di pasaran tidak lama lagi ini turut memberi sumbangan kepada pembinaan hospital di Gaza, di mana RM1 akan diberikan kepada tabung H4G bagi setiap pembelian album ini.
Segala maklumat boleh didapati dengan menghubungi 03 6272 1225.

Poster Makan Malam Hospital For Gaza (H4G)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shila Amzah, Nora Danish, Neelofa, Stacy Dalam Program Riuh

Drama Bersiri 5 Bujang Arahan Dato Eizlan Yusuf