in , ,

Drama Bersiri 5 Bujang Arahan Dato Eizlan Yusuf

Drama Bersiri “5 Bujang” Arahan Dato’ Eizlan Yusuf Komedi Santai Petang Hari di TV1

Drama komedi, “5 Bujang” menjadi pilihan pelakon Dato’ Eizlan Yusuf menceburi bidang pengarahan drama bersiri disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi episod pertamanya mulai 1 Januari lalu di TV1. Diterbitkan Saphire Screen Sdn Bhd, saksikan aksi komedi mencuri hati lakonan Ako Mustafa, Zed Zaidi, Zul Yahya, Hairul Azreen dan Zarina Zainuddin setiap Isnin hingga Khamis, jam 2.05 petang dalam slot Cindai.

[pullquote align=”right”]Drama Bersiri 5 Bujang Arahan Dato Eizlan Yusuf akan disiarkan mulai 1 Januari lalu di TV1[/pullquote]

Lima watak utama Tarmizi, Benn, Otai, Johari dan Borhan tinggal serumah dan masing-masing tidaklah berpendidikan tinggi dan mencari rezeki dengan kerja-kerja biasa yang bersesuaian dengan minat masing-masing. Mereka rakan serumah yang akrab sekali. Walaupun mereka semua berlainan pekerjaan tetapi saling mengambil berat erti persahabatan sebenarnya.

drama 5 Bujang

[dropcap]B[/dropcap]orhan berbadan kurus walaupun dia bekerja sebagai seorang chef di restoran walaupun makan banyak tetapi tetap kurus melidi. Walaupun dia kurus melidi, dia tetap mahu dikenali sebagai “Bob”, nama popular dikalangan bertubuh gempal. Kadang-kadang Chef Bob Borhan akan membuat persembahan masakannya di depan pengunjung restoran tersebut. Malah C.B.B mempunyai kelebihan menyanyi sambil menari ketika masakbila C.B.B membuat persembahan istimewanya siap ada pemuzik yang mengiringinya. Walaupun C.B.B terkenal namun dia mempunyai cita-cita mahu menjadi ahli gusti dan ini menyebabkan dia menjadi bahan gelak ketawa sesiapa yang mendengar impian dah cita-citanya itu.

Menjadi pengarah filem adalah cita-cita yang terpendam lama oleh Mat Taib. Panggilannya Otai kerana pekerjaan yang dilakukannya sebagai pencetak CD. Kerana terlalu mengagungkan P.Ramlee, setiap dialog P.Ramlee dalam setiap filemnya semua Otai ingat dan kadang-kadang menjadi bahan gurauan bersama rakannya. Otai dapat tahu tentang sendiket cetak rompak yang telah di lakukan oleh taukeh tempat dia bekerja.Mulalah Otai siasat kenapa nak mengapa boleh jadi macam satu sendiket yang mula berleluasa. Otai mula cari punca sendiket ini. Sambil bekerja Otai mula tanam semangat nak cuba hapuskan cetak rompak. Setiap kali berangan dah tentu-tentu objektifnya…hidup ceria tanpa cetak rompak. Dalam angan-angannya semua rakan-rakannya semestinya terlibat sama…ada yang jadi baik ada jugak yang menjadi dalang.

Begitu jugak dengan rakan mereka Johari. Berangan nak jadi penyanyi dan mempunyai group sendiri dan komposer yang terkenal yang mencipta lagu untuk penyanyi tanah air. Yang lucu tentang Johari dia menjadi kegemaran pengunjung karaoke. Walaupun sebagai cd progammer sahaja tetapi Johari suka berinteraksi dengan pengunjung karaoke. Telatah lucunya pasti akan membuat pengunjung gembira. Satu kelebihan ada pada Johari dia sememangnya pandai mengaji. Selalu mengusik kawannya mengunakan usikan dalam bentuk ngaji tapi bahasa Melayu.Johari penyeri bila semua moody.

Berlainan dengan perinsip Tarmizi kerana hendak berbakti pada negara adalah niat utamanya. Duit padanya terletak pada tangga kedua kerana cintanya pada alam semulajadi. Tarmizi bekerja sebagai pembantu perubatan di sebuah hospital terkenal. Setiap hari Tarmizi akan berhadap dengan pesakit dengan berbagai kerenah namun Tarmizi gembira dengan kerjanya yang berbakti pada negara dan manusia. Namun cita-cita asalnya ialah menjadi ahli bomba.

Arbani nama penuh tapi nama glomour Benn. Bekerja di pusat Renang terkenal sebagai penjaga pool. Cuci pool dan membantu keperluan ahli renang. Berbadan besar dan sasa cukup syarat menjadi lifeguard dan itu pun idaman Benn sejak bekerja di pusat renang dan dari dahulu lagi. Mula belajar berenang dan sedar bertapa penting tahu berenang.

Seorang gadis menjadi impian 5 orang jejaka ini tetapi semuanya tak tahu isi hati masing-masing dan dalam setiap angan-angan mereka wajah gadis ini akan timbul dengan berbagai watak dan dia mempunyai bapa yang garang dan menakutkan teruna berlima itu.

Semua angan-angan 5 sahabat ini kita akan visualkan ketika mereka bercuti. Mereka berkumpul dan memancing dan berkhemah. Apakah yang terjadi sewaktu mereka meluangkan masa bersama itu? Adakah mereka berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan?

Tenaga kerja menjayakan drama bersiri 5 Bujang

Dato' Eizlan Yusuf di lokasi penggambaran 5 Bujang

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rabbani & Datuk Sharifah Aini di Makan Malam Amal Hospital For Gaza H4G

Lakonan Nasha Aziz Sebagai Ibu Dalam Telemovie 7 Dulang Asam Pedas