in

Quotes of The Day: Saya Tak Patah Semangat – Jamal Abdillah

Semasa ditemui selepas menghiburkan lebih 1,000 pengunjung yang menghadiri Program Bual Bicara Kenali Anak Kita anjuran Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), tajaan Petronas, di Tambun, Ipoh, baru-baru ini, Jamal Abdillah berkata:

“Saya diberitahu, Ogy mempunyai komitmen lain. Jadi peranan dia (Ogy) diganti dengan Pengarah Istana Budaya (IB) sendiri iaitu Zainal Abidin Bujang, manakala saya sendiri berperanan menghasilkan olahan skrip teater muzikal itu kerana ia mengisahkan kehidupan saya sepanjang 30 tahun bergelar anak seni. Apa pun, penarikan itu tidak melemahkan semangat saya untuk beraksi, sebaliknya menjadi perangsang kuat kepada saya untuk memberi persembahan terbaik kepada peminat.” [sumber]

jamal abdillah 

Foto oleh Irwandy

Tindakan Ogy Ahmad Daud menarik diri sebagai pengarah Konsert Jamal Abdillah bermula 5 Ogos ini di Istana Budaya adalah kerana Ogy ada komitmen dan tanggungjawab lain. Namun, penarikan ini tidak sedikit pun mematahkan semangat Jamal.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ziana Zain Selamat Melahirkan Anak Kembar Lelaki dan Perempuan

Roslin Hashim Saman Bekas Isteri