in ,

Qa’rabah Lancar Muzik Video Lagu TAUBAT

Qa’rabah dalam bahasa Arab bermaksud kerabat atau sahabat terdekat. Itulah nama yang dipilih oleh tiga sahabat iaitu Jeff Samad, Shajiry dan Izzuwin Shah yang pada mulanya hanyalah rakan kongsi Beatbox Studio.

Kini mereka muncul sebagai sebuah trio dan menjadi artis pertama di bawah Imaan Musik.

Qa'rabah

Baru-baru ini, kumpulan trio telah menghasilkan sebuah single terbaru berjudul TAUBAT. ‘Taubat’ merupakan taruhan pertama Qa’rabah yang turut menampilkan RJ. Walaupun membawa lagu berunsurkan ketuhanan, kumpulan nasyid. Mereka mempunyai cara tersendiri menyebarkan dakwah menerusi lagu-lagu yang dibawakan mereka.

Selain memberi mesej-mesej positif serta motivasi menerusi lagu kepada para pendengar, Qa’rabah juga menjadikan karya-karya mereka sebagai peringatan untuk diri mereka sendiri. Taubat adalah karya kedua Jeff Samad selepas menghasilkan Haq yang pernah dinyanyikan oleh Dato’ AC Mizal dan Mawi.

Follow Facebook: https://www.facebook.com/pages/Imaan-Music

Video Lirik
Taubat : https://www.youtube.com/watch?v=Xp4B9AjqqZw

Qa'rabah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bestnya Berbuka Dengan OLDTOWN White Coffee 3in1 Hazelnut

Pelancaran Tiket Konsert SUARA HATI AFGAN