in ,

Putus Bukan Sebab Hantaran, Sufian Mahu Bersihkan Imej

PELBAGAI andaian telah dibuat oleh netizen ekoran kisah putus tunang antara penyanyi Sufian Suhaimi dengan pelakon kecil molek, Elfira Loy pada 18 Februari yang lalu.

“Saya percaya, dalam hal sebegini, banyak pihak seperti mahu menjadi yang pertama. Seolah-olah, mereka tahu segala-gala yang berlaku,” katanya dipetik daripada BH Online.

Disebabkan terlampau banyak fitnah yang dilemparkan, Sufian telah menepis segala dakwaan kononnya punca mereka putus tunang ialah kerana pihak keluarga Elfira telah menetapkan jumlah wang hantaran yang tinggi hingga membuatkan dia tidak mampu untuk memenuhi impian mereka.

“Tidak kurang juga yang membuat andaian dan kesimpulan sendiri, termasuklah dalam soal wang hantaran. Sedangkan, hakikatnya tiada isu pun dalam perkara itu.

Sufian Mahu Bersihkan Imej

“Silalah berhenti daripada membuat kesimpulan sendiri dan hormatilah keluarga saya serta Elfira,” ujarnya lagi.

Tambah Sufian lagi, selama tempoh pertunangan mereka itu, tiada langsung jumlah wang hantaran yang ditetapkan oleh keluaraga pihak perempuan.

Namun, apa yang ditetapkan ketika majlis pertunangan pada Oktober tahun lalu ialah Sufian sekadar perlu membaca Surah al-Mulk sebagai syarat untuk memperisterikan pelakon drama Kerna Syurga Bukan Percuma itu.

“Sebelum berkahwin dengan anaknya, ibu Elfira ada meletakkan syarat seperti saya perlu menghafal Surah al-Mulk, selain menabung sejumlah wang setiap hari,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, Sufian turut mengambil keputusan untuk keluar dengan single baharunya berjudul Di Matamu pada 23 Mac ini sebagai tanda memperingati tarikh mereka berdua sepatutnya bernikah.

Malah, lagu nyanyiannya sebelum ini yang berjudul Terasa Ada telah membuatkan netizen mulut jahat mempersendekan judul lagu tersebut sehingga mewujudkan tanda pagar #terasaadawalausekejap.

Bagaimanapun, tumpuan pemuda berusia 26 tahun itu hanya memulihkan imej dirinya yang kini tercalar serta perlu berdepan dengan pelbagai kontroversi sejak kejadian putus tunangnya.

“Dalam hal mempersendakan ini, ia tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka. Begitupun, saya maafkan mereka kerana masing-masing tidak tahu apa yang berlaku,” tambahnya.

Selain itu, single keempatnya yang berjudul Di Matamu kini sudah trending di YouTube walaupun masih belum mempunyai lirik mahupun muzik video rasmi.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Kumpulan Kiut Dikatakan Bakal Bergelar Juara Gegar Lawak

Peraduan Menang Barangan Premium DuckTales