in ,

Pusat Karaoke Dah Boleh Beroperasi Bermula 15 Julai Ini

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan pusat hiburan keluarga akan dibuka semula bermula 15 Julai ini.

Kelulusan ini membabitkan arked permainan atau taman funfair dalam bangunan, hiburan pendidikan (edutainment), gim permainan kanak-kanak, hiburan permainan berasaskan peralatan mesin dan hiburan teknologi serta pusat karaoke keluarga.

Bagaimanapun kelab malam dan disko masih tidak dibenarkan beroperasi.

Ismail Sabri berkata, perkara itu diputuskan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Pelaksanaan PKP selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Tambah beliau lagi, antara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk mereka yang terbabit perlu memuat turun aplikasi MySejahtera bagi proses pendaftaran, mengadakan saringan suhu badan, mengehadkan jumlah pengunjung berdasarkan saiz premis dan penjarakan sosial.

“Pengusaha pusat hiburan keluarga juga digalakkan untuk membuat penjualan tiket dalam talian, selain melakukan pembersihan serta disinfeksi secara berkala,” ujarnya.

“Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira lebih 3,000 yang terkesan dan sumbangan sejumlah RM500 juta daripada sektor itu kepada pendapatan negara.

“Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Pelaksanaan PKP mendengar cadangan daripada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

“Selain pusat hiburan keluarga yang disebut tadi, kita juga benarkan karaoke di majlis perkahwinan. Majlis perkahwinan tidak berapa meriah apabila rewang tidak ada karaoke, jadi kita benarkan,”

– Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semasa sidang media Mesyuarat Khas Menteri-Menteri mengenai Pelaksanaan PKP pada petang Jumaat.

Selain itu kerajaan turut memutuskan untuk membenarkan:

  • Penganjuran kejohanan dan pertandingan tempatan tanpa penonton melibatkan sukan tiada sentuhan fizikal dibenarkan bermula 15 Julai.
  • Aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal temasuk sukan berpasukan seperti bola sepak, ragbi, bola kerajang, sepak takraw serta sukan tempur dibenarkan mulai 15 Julai.
  • Penganjuran kejohanan dan pertandingan tempatan tanpa penonton termasuk Liga Super & Liga Premier bola sepak dibenarkan bermula 15 Ogos.

Namun, penganjuran acara antarabangsa melibatkan peserta dari luar negara tidak dibenarkan lagi buat masa ini.

Terdahulu pawagam ‘drive in turut dibenarkan tertakluk kepada SOP termasuk pengunjung mesti berada di dalam kenderaan masing-masing.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Muzik Video BLOOD SWEAT & TEARS dari BTS Cecah 600 Juta Tontonan

Jom Ke Ujibakat Program Realiti MIKROFON IMPIAN Musim Kedua