in , ,

Muzik Video BLOOD SWEAT & TEARS dari BTS Cecah 600 Juta Tontonan

Video muzik kumpulan K-pop BTS, Blood Sweat & Tears menarik lebih 600 juta tontonan di YouTube, menjadikan ia video ketujuh yang mencecah tahap itu, lapor Yonhap memetik agensi pengurusan kumpulan itu, pada Jumaat.

Big Hit Entertainment memberitahu, Blood Sweat & Tears iaitu lagu yang terkandung dalam album penuh kedua kumpulan berkenaan, Wings, mencapai angka itu di YouTube pada jam 5 pagi Jumaat. Ia menjadi video muzik ketujuh BTS yang mendapat jumlah tontonan popular di laman penstriman video dunia, menjejaki DNA, Boy With Luv, Fake Love, Fire dan dua lagu lain.

Sejak dilancarkan pada Oktober 2016, Blood Sweat & Tears menerima populariti meluas, kerana menggambarkan konflik serta perkembangan remaja terhadap rentak dan irama Moombahton.

Album Wings menduduki tempat ke-26 di carta album utama Billboard 200, pada masa itu, yang juga kedudukan tertinggi pernah dicapai artis Korea Selatan untuk carta itu. – BERNAMA

Sumber: BERNAMA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shaheizy Sam 2020 Blog | 14

Sukan Ekstrem di Thailand, Indonesia dan Malaysia Dalam Travelog PANTANG DICABAR

Ismail Sabri Menteri Pertahanan | 15

Pusat Karaoke Dah Boleh Beroperasi Bermula 15 Julai Ini