in ,

Pullman Jakarta: Meriah & Mewah di Tengah Kota Jakarta

Terletak di tengah-tengah bandaraya Jakarta, Pullman Jakarta tersergam megah menghiasi latar belakang bulatan H.I. Berdekatan dengan pusat membeli-belah Plaza Indonesia serta Grand Indonesia, hotel berjenama antarabangsa ini terus menjadi tumpuan mereka yang ingin bermalam dalam suasana mewah dan selesa.

Pullman Jakarta telah membuka pintunya beberapa tahun yang lalu dan merupakan bangunan Hotel Nikko yang lama. Kini ia menjadi antara pilihan terulung bagi tempat penganjuran mesyuarat-mesyuarat terpenting di ibunegara Indonesia ini. Sering juga menjadi tumpuan komuniti elit serta para profesional antarabangsa, hotel bertaraf lima bintang ini tersenarai sebagai salah satu hotel paling mewah di Jakarta.

HOTEL PULLMAN JAKARTA INDONESIA THAMRIN CBD-8491

Hotel ini mempunyai 427 buah bilik yang luas termasuk beberapa suite dan unit berkonsep pangsapuri. Kesemua bilik-biliknya diberi sentuhan gaya kontemporari bagi memenuhi keselesaan setiap tamu yang datang.

Senireka dalaman serta hiasannya juga menerapkan unsur-unsur moden masa kini. Sejajar dengan tarafnya sebagai sebuah hotel lima bintang yang eksklusif, setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan teknologi tercanggih yang merangkumi sambungan internet wi-fi, TV LCD, dan macam-macam lagi. Kelengkapan bilik mandi juga menggunakan barangan berkualiti tinggi serta barangan berjenama mewah yang lain.

Untuk tujuan menjamu selera pula, Pullman Jakarta menawarkan ajnas pilihan untuk bersantap. Ini termasuklah restoran Sana Sini: bagi tujuan sarapan, makan tengah hari dan makan malam, dan juga sebuah restoran Jepun iaitu Restoran Kahyangan. Tidak dilupakan juga adalah The Back Room bagi mereka yang ingin menikmati minuman sambil bersantai , dan juga Le Chocolat.

Selain kolam renangnya dan juga pusat kesihatan serta senaman, hotel ini turut dilengkapi dengan ruangan mesyuarat buat pelbagai kegunaan. Ia juga sering menjadi pilihan untuk penganjuran acara-acara besar seperti perkahwinan dan seumpamanya.

Dengan pemandangan terhebat bandaraya Jakarta dari setiap jengukan jendela, hotel ini memang sesuai menjadi tempat penginapan buat mereka yang menghargai perkhidmatan berkualiti tinggi. Sekiranya berpeluang ke Jakarta, bermalamlah di Pullman Jakarta kerana pengalamannya tidak akan anda lupakan!

UNA Indoor Daylight (2)

ACCENT SUITE Bedroom (2)

UNA Outdoor Night (3)

9J7C7502

Pullman Jakarta : Meriah dan mewah di tengah Jakarta
oleh Shah Shamshiri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Drama Adaptasi Novel PERGILAH AIR MATA

Kisah Tragis di Penghujung Ramadhan