in , ,

Puisi Cinta Rubiah Lakonan Intan Ladyana Zizan Nin & Linda Hashim

Cinta Tiga Segi Intan Ladyana, Zizan Nin dan Linda Hashim Dalam 26 Episod Puisi Cinta Rubiah Di TV2

Slot Selekta Prima di TV2 yang menghiburkan malam penonton dengan tayangan drama bersiri menarik kembali menemui penonton dengan sebuah drama rantaian 26 episod bertajuk Puisi Cinta Rubiah mulai 30 Mei ini, setiap Rabu, jam 9.00 malam.

Dibintangi pelakon utama Intan Ladyana, Zizan Nin dan Linda Hashim selain dibantu oleh Fazreen Rafi, Mas Muharni, Rosnah Johari dan Fadilah Mansor, plot Puisi Cinta Rubiah mengangkat watak Rubiah, gadis bijak dalam pelajarannya sanggup meninggalkan keluarga dan kampung halamannya semata-mata mengejar cinta milik teman lelaki yang dikenalinya menerusi laman sesawang bernama Kamal. Tindakannya itu tidak direstui oleh ayahnya, Idris yang merupakan ketua kampung dihormati dan ibunya, Faezah yang begitu taatkan suami. Kesibukkan Idris dengan urusan penduduk kampung yang sentiasa memerlukan di luar rumah tidak kira masa menyebabkan Faezah terpaksa mengambil alih tanggungjawab menguruskan keluarga.

Babak Dalam Puisi Cinta Rubiah

Rubiah miliki seorang abang, Rizman yang sedang berusaha membina nama sebagai novelis dan penulis skrip. Rubiah sangat rapat dan manja dengan abangnya dan percaya dengan kata-kata manis Kamal akhirnya berjaya meyakinkan kedua ibu bapanya untuk ke Kuala Lumpur dengan alasan menemui rakan perempuannya.

Namun apa yang diangankan Rubiah tidak kesampaian. Rubiah sedar yang dia telah membuat kesilapan lalu melarikan diri dari situ apabila satu hari kecurangan Kamal terbongkar. Dia kemudiannya terpaksa mencari pekerjaan dan temannya menawarkan kerja sebagai pelayan kelab malam. Mujur dia telah diselamatkan pihak berkuasa dan dia dihantar ke pusat pemulihan akhlak kerana masih di bawah umur.

Begitu pun Rubiah terpaksa berdepan situasi amat sedih apabila ayahnya enggan mengaku dirinya sebagai anak. Ibunya pula terpaksa menurut kata suaminya itu. Rubiah cuba bangkit dan menyedari kesilapannya. Dia nekad mengubah peribadinya ketika berada di pusat pemulihan akhlak. Kemuncaknya apabila ibunya secara curi-curi mahu melawatnya di situ tanpa pengetahuan ayahnya. Namun takdir menentukan ibunya meninggal dunia akibat kemalangan. Sejak itu Idris menyimpan dendam terhadap Rubiah dan enggan mengakuinya sebagai anak.

Mujur Rubiah masih miliki Rizman yang begitu mengambil berat soal dirinya. Rubiah menerima ketentuan takdir tersebut dan bertekad mengubah dirinya. Rubiah berhubungan baik dengan Faridah, seorang usahawan dan menjadi kaunselor sukarelawan di situ. Faridah sentiasa memberikannya dorongan dan merasakan bahawa Rubiah bukanlah gadis liar yang tidak boleh dijinakkan. Di pusat pemulihan Rubiah diajar berbagai kemahiran untuk menyediakannya berdikari setelah dibebaskan nanti.

Setelah dua tahun, Rubiah akhirnya dibebaskan. Dia berkenalan dengan gadis yang baik hati bernama Sakinah yang menawarkan pekerjaan di pejabat ayahnya. Dia kemudiannya terlibat dengan konflik cinta tiga segi antara Sakinah dan Firdaus tunangannya. Firdaus jatuh hati terhadap Rubiah dan Sakinah redha menerima ketentuan tersebut.

Satu hari Rubiah kemalangan dan koma. Perhatian diberikan Sakinah dan Firdaus membuatkan hatinya begitu tersentuh dengan kebaikan keduanya. Dalam diam Sakinah mahu menjodohkan Rubiah dengan abangnya, Kamal tanpa mengetahui keburukan sikap Kamal yang mempermainkan cinta Rubiah satu ketika dahulu.

Rubiah akhirnya sedar. Dia mula menjauhkan diri daripada Firdaus meskipun mengakui mula jatuh hati pada lelaki itu. Dia tidak sanggup menyakiti hati teman baiknya itu. Firdaus pula dalam diam cuba menyiasat latar belakang Rubiah dan akhirnya dia menemui jawapan yang dicarinya.

Apakah perkara yang cuba dibongkar oleh Firdaus itu? Bagaimanakah penghujung kisah Rubiah yang tersepit dengan dugaan hidup yang sangat mencabar? Apakah balasan yang diterima oleh Kamal yang tidak henti-henti mahu menyakitinya?

Barisan Pelakon Puisi Cinta Rubiah

Watak 'Hitam' Dijayakan Oleh Mas Muharni Dan Rosnah Johari

Antara Babak Dalam Puisi Cinta Rubiah

Adegan Puisi Cinta Rubiah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teater Komedi Fauziah Nawi MARATHON

Sekitar Pembukaan Butik Uniqlo di Mid Valley & Setia City Mall