in ,

Sekitar Pembukaan Butik Uniqlo di Mid Valley & Setia City Mall

UNIQLO Menguja Peminat dengan Pembukaan Kedai di Setia City Mall dan Mid Valley

Dalam proses pengembangan pesat di Malaysia, UNIQLO menyaksikan ratusan orang beratur seawal 7.00 pagi sempena pembukaan kedai terbarunya di Setia City Mall dan Mid Valley pada 17hb dan 24hb Mei.

Seramai 500 peminat UNIQLO di Setia City mall dan 700 peminat di Mid Valley berkumpul, menanti pembukaan kedai UNIQLO pada pagi Khamis biasa. Jenama fesyen No.1 Jepun dan peneraju dunia dalam pakaian kasual bangga menyaksikan sokongan kuat lagi kukuh sedemikian buat UNIQLO oleh rakyat Malaysia.

Uniqlo Mid Valley

500 tetamu pertama di kedua-dua kedai telah diberikan hadiah berupa sebuah beg jinjing UNIQLO. Kedai-kedai ini telah dibuka pada jam 9.45 pagi, iaitu suku jam lebih awal, untuk membenarkan para peminat yang setia menanti ke dalam kedai berukuran 16,461 dan 12,559 kps di Mid Valley dan Setia City Mall. Peminat UNIQLO turut dihiburkan dengan kemunculan khas duta-duta jenama, Fahrin Ahmad dan Carmen Soo apabila kedai dibuka dengan rasminya pada jam 10:00 pagi.

Setia City Uniqlo

Pengarah Urusan UNIQLO (Malaysia) Sdn. Bhd. dan UNIQLO (Singapore) Pte.Ltd., En. Satoshi Onoguchi berkata, “Kami amat menghargai sokongan berterusan daripada warga Malaysia terhadap UNIQLO dan telah mengatur peluang untuk Carmen dan Fahrin bertemu dan bergambar dengan para peminat. Kami ingin memberikan mereka satu ganjaran khas dengan membolehkan mereka untuk bertemu dengan duta bintang kami selain daripada menawarkan pakaian kasual berkualiti kepada para pelanggan kami yang begitu bersemangat.”

Kedua-dua kedai menawarkan koleksi untuk kaum lelaki, wanita dan kanak-kanak, para pelanggan boleh memilih pakaian kegemaran mereka daripada rangkaian khas lagi tersendiri UNIQLO seperti, Men’s Regular straight fit jean, Women’s color skinny fit straight jean, dan pelbagai T-shirt UTs (t-shirt grafik UNIQLO). Para peminat kini boleh menikmati pakaian ini dengan harga pengenalan yang menakjubkan.

Women’s Easy Legging Pants, Men’s Dry Packaged Crew Neck & V Neck T-Shirt, Men’s Chino Shorts, dan Women’s Color Rib tank Top menjadi pakaian yang paling laris di Setia City Mall.

Sementara itu, pakaian wanita seperti Color skinny fit jeans and Easy leggings dan pakaian lelaki bak Regular fit straight color jeans and Disney Graphic adalah di antara produk yang paling laris di kedai Mid Valley.

“Kami kekal komited ke arah menghidupkan falsafah jenama Direka Untuk Semua dengan menawarkan pakaian kasual yang inovatif lagi unik kepada semua orang. Pembukaan kedai-kedai Setia City Mall dan Mid Valley akan memberi kami keupayaan untuk menawarkan lebih ramai orang kemudahan memiliki pakaian yang membolehkan mereka mengekspresikan gaya tersendiri,” tambah Onoguchi.

Uniqlo Mid Valley

UNIQLO adalah sebuah jenama Fast Retailing Co. (FR), sebuah syarikat pemegangan runcit global Jepun terkemuka yang merekabentuk, mengeluarkan dan menjual pakaian di bawah lima jenama: Comptoir des Cotonniers, g.u., Princesse tam.tam, Theory, dan UNIQLO. Berdasarkan jualan bernilai 820 bilion yen bagi tahun kewangan 2011 berakhir Ogos 31, 2011, FR adalah syarikat runcit pakaian keempat terbesar di dunia dan UNIQLO adalah kedai jualan produk pengkhususan paling terkemuka di Jepun.

Hari ini, UNIQLO memiliki lebih 1,100 kedai di seluruh dunia, khususnya di A.S., U.K., Perancis, Russia, China, Hong Kong, Taiwan, Singapura, Malaysia, Thailand, Korea dan Jepun. UNIQLO terus membuka kedai berskala besar di bandar-bandar dan lokasi paling terkemuka di dunia, sebagai sebahagian daripada usahanya untuk memperkukuhkan statusnya sebagai sebuah jenama global.

UNIQLO menjalankan model perniagaan berintegrasi yang merekabentuk, mengeluarkan, memasarkan dan menjual pakaian kasual berkualiti tinggi selaras dengan falsafah ‘Direka untuk Semua’.

Berbekalkan pernyataan korporat yang komited ke arah mengubah pakaian, mengubah kelaziman dan mengubah dunia, FR berdedikasi ke arah menghasilkan pakaian unggul dengan nilai baru lagi unik bagi memperkayakan kehidupan orang ramai di mana-mana sahaja . Untuk maklumat lanjut mengenai UNIQLO dan syarikat-syarikat lain dalam kumpulan FR, sila layari www.uniqlo.com atau www.fastretailing.com

UNIQLO Fahrenheit 88
Lot G1.01.00, Ground Floor, Fahrenheit 88, 179, Jalan Bukit Bintang
55100 Kuala Lumpur
+603 2145 8852/53

UNIQLO Suria KLCC
Lot C19-21, Concourse Level, Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre
50088 Kuala Lumpur
+603 2166 3350

UNIQLO 1UTAMA
G135/F136 (Center court old wing), 1Utama Shopping Centre,
Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama Damansara 47800 Petaling Jaya
+603 7726 0296

UNIQLO Setia City Mall
#UG- 24 & 26, Setia City Mall, Jalan Setia Nusantara U13/17, Seksyen U13,
40170 Setia Alam
+03 3345 6008

UNIQLO Mid Valley
G-JA1C, Ground Floor, Mid Valley Megamall, Lingkaran Syed Putra, 59200
Kuala Lumpur
+603 2287 0296

Uniqlo Mid Valley

Uniqlo Mid Valley

Setia City Uniqlo

Setia City Uniqlo

Setia City Uniqlo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Puisi Cinta Rubiah Lakonan Intan Ladyana Zizan Nin & Linda Hashim

The Samsung Galaxy S III Arrives In Malaysia