in

Psy Ajak Snoop Dogg Jadi Kameo Dalam Video Muzik

Macam-macam cara telah dicuba oleh Psy untuk mengembalikan semula kegemilangannya ketika keluar dengan lagu Oppa Gangnam Style.

Terbaru, Psy telah mengajak penyanyi rap popular Snoop Dogg untuk tampil jadi kameo dalam video muzik terbaru yang akan menjalani pengambaran hujung bulan Januari 2014. Menerusi Twitter miliknya, Psy telah mengkhabarkan kolaborasi bersama Snoop Dogg dengan menulis “Snoop Dogg X Psy. Akan Datang” beserta gambarnya bersama penyanyi rap popular itu.

Sebelum ni, Psy pernah muncul sebagai artis undangan dalam GGN News milik Snoop Dogg untuk episod Doggystyle Meets Gangnam Style.

Mungkin sebab itulah, penyanyi kulit hitam ini mahu membalas jasa Psy dengan bersetuju untuk muncul dalam video muzik Psy. Mmm, Budiey tak sabar nak tengok hasilnya nanti.

psy

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Awi Rafael Nafi Ada Kekasih di Jakarta

Jelajah Anugerah Juara Lagu 28 di Menara MARA Hari Ini