in ,

Jelajah Anugerah Juara Lagu 28 di Menara MARA Hari Ini

Bahang Anugerah Juara Lagu ke-28 semakin Budiey rasai dengan acara Jelajah AJL28 yang akan diadakan pada hari12 Januari 2013 di Busana @ Menara Mara, Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Budiey akan turut berada di sana untuk buat liputan dan #LiveUpdate di Instagram & Twitter. Korang follow okay!

Jelajah Anugerah Juara Lagu 28 di Menara MARA Hari Ini

Oh ya, kenangan tahun lepas, Budiey masih ingat, semasa Siri Jelajah Anugerah Juara Lagu Ke-27 di Melaka, ramai artis yang turun dan acara gimik pun sangat best dan happening sebab ramai orang Melaka dan Johor turut sama datang tengok show.

Antara artis yang akan hadir pada petang ini, Stacy, Jaclyn Victor, Hafiz, Awi Rafael & Altimet, Alyah, Hazama & Azlan & The Typewriter.

[pullquote align=”right”]Anugerah Juara Lagu 28 akan bersiaran secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil bermula 9.00 hingga 11.30 malam pada 26 Januari 2014.[/pullquote]

Saksikan persembahan hebat daripada 12 artis berkumpulan dan solo seperti Aizat Amdan & Noh Salleh (In Love With You), Alyah (Kau Yang Terindah), Awi Rafael & Altimet (Kalau Aku Kaya), Azlan & The Typewriter (Tanda Tanya), Black (Takkan Terpisah), Hafiz (Bahagiamu Deritaku), Hazama & The Penglipurlara (Penglipur Lara), Hyper Act (Hanya Aku), Jaclyn Victor (Ikut Rentakku), Najwa Latif feat Sleeq & Syamkamarul (Sahabat), Salammusik (Aku Pelat), dan Stacy (Bosan).

Jelajah Anugerah Juara Lagu 28 di Menara MARA Hari Ini

Demam Anugerah Juara Lagu ke-28 kini kembali menyengat. Budiey juga turut ‘tersengat’ dengan bahang AJL28 kali ini. Anda pulak macamana?

ajl28

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Psy Ajak Snoop Dogg Jadi Kameo Dalam Video Muzik

Konsert UNGU Tercipta Untukku Live In Malaysia