in

3 Juta Tempat Duduk Percuma AirAsia Jadi Rebutan

AirAsia dan AirAsia X menawarkan 3 juta tempat duduk tambang rendah bersempena promosi tempat duduk percuma* AirAsia, yang mana ianya akan menghubungkan pelancong ke lebih 100 destinasi di 22 negara.

Tempat duduk promosi bermula dari tambang asas RM0, dengan hanya cukai dan yuran yang tertakluk akan dikenakan. Ia boleh ditempah bermula 7 hingga 13 Mac 2016 melalui laman airasia.com bagi tempoh perjalanan dari 1 Oktober 2016 hingga 22 Mei 2017. Promosi ini juga boleh ditempah melalui aplikasi serba baru AirAsia bagi iPhone dan Android, serta laman web mudah alih mobile.airasia.com.

Promosi 3 juta tempat duduk ini yang bermula dari tambang asas RM0 disediakan bagi destinasi AirAsia & AirAsia X

Ketua Komersial Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh berkata, “Kami amat teruja menawarkan 3 juta tempat duduk promosi ini. Para tetamu boleh mengambil peluang ini untuk membuat perancangan percutian lebih awal dan menikmati nilai tambahan untuk wang mereka. Kami telah memperkenalkan banyak laluan baru dan unik di seluruh rantau ini dan promosi tempat duduk percuma ini adalah cara terbaik untuk meneroka destinasi baru!”

“Tetamu boleh mengambil peluang dari perkhidmatan Fly-Thru kami untuk menyambung penerbangan ke banyak lagi destinasi menarik AirAsia X seperti Auckland, Sapporo, Tokyo, Gold Coast, Sydney dan banyak lagi. Sempena promosi istimewa ini, tempat duduk Premium Flatbed AirAsia X juga boleh ditempah pada harga promosi bagi semua destinasi AirAsia X, bermula dari RM799 sehala,” tambah Siegtraund Teh.

Sepanjang tempoh promosi tempat duduk percuma* ini, ahli AirAsia BIG dan ahli kad prabayar AirAsia BIG MasterCard boleh mendapat 1 mata ganjaran AirAsia BIG bagi setiap RM2 yang dibelanjakan ketika membuat tempahan tempat duduk promosi di airasia.com. Para tetamu yang gemarkan tawaran istimewa boleh juga menikmati penjimatan sehingga 50% atau lebih apabila mereka membuat tempahan hotel mereka bersama promosi tempat duduk percuma* ini melalui AirAsiaGo.com.

Tempah secara online berumla dari 7 hingga 13 Mac 2016 bagi tempoh perjalanan 1 Oktober 2016 hingga 22 Mei 2017

Tetamu juga boleh menikmati pilihan perkhidmatan Fly-Thru untuk menyambung penerbangan dengan bagasi yang didaftar masuk terus ke destinasi akhir tanpa perlu melalui imigresen di hab transit. Perkhidmatan pilihan ini membolehkan tetamu bergerak lancar di antara semua bandar-bandar Asia dan Australia, seperti dari Pulau Pinang ke Sydney melalui Kuala Lumpur.

AirAsia menggalakkan para tetamu untuk pra-tempah peruntukan bagasi yang mencukupi semasa membuat tempahan bagi menikmati penjimatan yang lebih. Tetamu juga boleh menggunakan fungsi ‘Urus Tempahan Saya’ bagi pra tempah atau menambah peruntukkan bagasi di laman airasia.com sehingga 4 jam sebelum waktu perlepasan. Tetamu diingatkan yang setiap penumpang hanya dibenarkan SATU bagasi kabin dengan berat yang tidak melebihi 7kg dan dimensi yang tidak melebihi 36cm (T) x 23cm (L) x 56cm (L).

Ikuti promosi dan aktiviti terkini AirAsia menerusi Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

*Tambang asas RM0 untuk tempat duduk percuma adalah tidak termasuk cukai, yuran dan perkhidmatan pilihan yang lain. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

One World Hotel Bags 4 Awards & A Global Recognition

Adaptasi Novel LEMBAYUNG KASIHMU Temukan Shah Jaszle & Fouziah Gous