in

Promosi Innershine Menawarkan Istimewa Sempena Ramadhan & Lebaran

Innershine Menawarkan Promosi Istimewa Sempena Bulan Ramadhan Dan Lebaran Yang Bakal Menjelang

Dengan kehadiran bulan Ramadhan serta Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, InnerShine ingin memastikan para penggunanya bersedia untuk kelihatan cantik, cerah dan berseri bagi menyambut sambutan yang penuh dengan keceriaan tersebut.

Di lebaran yang mulia ini, InnerShine menawarkan promosi istimewa kepada para penggunanya. Dengan setiap pembelian 12 botol InnerShine Pati Prune Plus atau InnerShine Pati Beri, para pengguna boleh mendapatkan sebuah cawan ‘InnerShine lah dulu!’ secara percuma. InnerShine menawarkan tiga jenis cawan ‘InnerShine lah dulu!’ yang direka khas sempena dengan pek promosi ini.

InnerShine Pek Promosi Hari Raya

“Pek promosi yang disertakan dengan sebuah cawan ‘InnerShine lah dulu!’ adalah salah satu cara istimewa kami untuk mengucapkan Selamat Berpuasa dan Salam Aidilfitri kepada semua para pengguna kami yang beragama Islam serta penghargaan kami kepada mereka yang terus menyokong produk ini. Kami yakin dan percaya mereka akan mendapat manfaat dan khasiat daripada produk-produk keluaran InnerShine ini sebagai persediaan untuk menyambut sambutan Hari Raya nanti,” kata Siti Noraini Nuawi, Pengurus Kumpulan Produk, Cerebos Malaysia.

InnerShine Prune Plus dengan ramuan tambahan pulpa dan kulit prun membekalkan lebih serat, anti-oksidan dan Vitamin C, diperkaya dengan kebaikan semula jadi pati prun untuk membantu menyerikan kulit dan merangsang kesihatan badan dari dalam. Produk yang bebas gula, bahan pengawet dan pewarna ini juga boleh membantu melancarkan pengekalan kekenyalan kulit, sekali gus memberi penampilan yang tampak lebih muda.

Amalkan meminum InnerShine Prune Plus setiap malam kerana ianya boleh membantu membersihkan sistem tubuh badan dari dalam serta mencernakan proses penghadaman dalam badan pada tahap yang optima.

InnerShine Pati Beri pula dirumuskan dari campuran buah-buahan beri yang berkualiti tinggi seperti blueberry, cranberry, blackcurrant dan chokeberry dari Eropah, yang setiap satu daripada jenis beri ini membekalkan khasiat anti-oksida yang terbukti bermanfaat kepada mata.

InnerShine Pati Beri ini juga diperkaya dengan Vitamin A, C, E dan Zink bagi memberikan nutrien terbaik yang diperlukan mata, selain melindunginya dari radikal bebas dan kesan persekitaran.

Pek promosi InnerShine Prune Plus dan InnerShine Pati Beri yang mengandungi 12 botol bersaiz 42ml boleh didapati di semua pasar raya dan farmasi di seluruh negara, pada harga RM54.90 bagi setiap pek.

Bagi sebarang maklumat lanjut mengenai produk serta promosi InnerShine, sila layari laman web www.innershine.com.my atau hubungi Talian Prihatin Pelanggan Cerebos Malaysia di 1-300-228-300.

Dapatkan satu cawan “InnerShine lah dulu!” dengan setiap pembelian pek promosi 12-botol InnerShine Pati Prun atau InnerShine Pati Beri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Malam Penghargaan Masterchef Selebriti Malaysia

Dato’ Fazley Yaakob Muncul Masterchef Selebriti Malaysia Pertama