in

Dato’ Fazley Yaakob Muncul Masterchef Selebriti Malaysia Pertama

Tahniah buat Dato’ Fazley Yaakob yang telah diumumkan sebagai pemenang program Masterchef Selebriti Malaysia Pertama.

Dato’ Fazley berjaya menewaskan Angah Raja Lawak pada episod akhir, Sentuhan Bintang yang telah disiarkan di Astro Ria jam 9 malam tadi.

Kemenangan Dato’ Fazley ini melayakkan beliau untuk menyumbang wang sumbangan sebanyak RM57,000 kepada Yayasan Jantung Malaysia.

Usaha gigih seorang pelakon, pengacara, perunding motivasi dan penyanyi yang terpaksa berdepan dengan pelbagai ujian menarik dan kritikan yang pastinya menguji kebolehan memasak, kreativiti serta ketahanan bukan sahaja daripada segi fizikal tetapi juga mental ternyata berbaloi apabila dinobatkan sebagai juara MasterChef Selebriti Malaysia yang pertama. Dato’ Fazley Yaakob berjaya menewaskan Angah Raja Lawak pada episod terakhir, Sentuhan Bintang yang ditayangkan di Astro Ria (Saluran 104) jam 9.00 malam tadi.

Fazley Yaakob Muncul Masterchef Selebriti Malaysia Pertama

Kemenangan Dato’ Fazley ini melayakkan beliau untuk menyumbang wang sumbangan sebanyak RM57, 500 kepada Yayasan Jantung Malaysia.

Juara MasterChef Selebriti Malaysia, Dato’ Fazley Yaakob berkata, “Dinobatkan sebagai juara Masterchef Selebriti Malaysia musim pertama merupakan antara pengalaman manis sepanjang karier saya dalam bidang seni. Banyak yang telah saya pelajari sepanjang pertandingan ini terutamanya ilmu-ilmu kulinari daripada chef-chef terkemuka, pendedahan dunia kulinari, pengalaman memasak dalam pelbagai situasi dan tempat berlainan yang unik terutama sekali dalam dapur profesional.

Tujuan utama saya bersetuju untuk menyertai program MasterChef Selebriti Malaysia adalah untuk membantu pihak badan kebajikan yang saya wakili dengan harapan ini adalah sumbangan kembali kepada masyarakat. Niat saya memasak adalah atas tujuan yang ikhlas dan khusus untuk membantu mereka yang mengalami masalah jantung.

Secara jujurnya, selama ini saya tidak pernah memasak. Detik pertama pengalaman saya mula memasak adalah sewaktu isteri saya masih dalam tempoh pantang selepas melahirkan anak yang pertama. Jadi, terus terang saya katakana bahawa peluang untuk memasak dalam MasterChef Selebriti Malaysia sebenarnya merupakan pembuka minda bukan sahaja untuk diri saya dan keluarga malah orang ramai yang menonton juga dan ini sekaligus membuktikan bahawa lelaki juga berkemampuan untuk membantu isteri di dapur.

Fazley Yaakob Muncul Masterchef Selebriti Malaysia Pertama

Dalam episod Sentuhan Bintang ini juga, semua menu yang saya sediakan adalah berkait rapat dengan soal cinta; iaitu cinta pada masakan dan cinta pada manusia. Justeru, saya lahirkan temanya Ma Che’re; yang bermaksud Dari Paris Ke London. Bersaing dengan Angah pada peringkat akhir merupakan suatu penghormatan yang besar kerana beliau juga merupakan seorang tukang masak yang sangat baik.

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro Ria di atas kepercayaan yang diberikan untuk terbabit dalam program Masterchef Selebriti Malaysia dan saya amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada fenomena ini. Tidak dilupakan kepada para juri, keluarga, rakan-rakan selebriti, para peminat, pihak produksi serta semua yang tidak putus-putus memberi sokongan dan semangat selama ini.

Untuk tugasan akhir dalam episod Sentuhan Bintang ini, dua orang selebriti yang terpilih sebagai finalis akhir iaitu Dato’ Fazley dan Angah perlu menyediakan menu lengkap termasuk pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut mengikut kreativiti masing-masing untuk dihidangkan kepada barisan juri dalam tempoh masa dua jam.

Dato’ Fazley harus menyediakan juadah lengkap tersebut dan memasak menu atau resipi terbaik beliau di Dapur Barat. Manakala Angah pula di Dapur Asia. Cabaran tugasan akhir ini ditentukan menerusi undian cabutan.

Dato’ Fazley memilih untuk menghidangkan Fall In Love sebagai pembuka selera, An Afternoon Date In London sebagai hidangan utama dan French Poem By The Lake sebagai pencuci mulut. Manakala Angah menghidangkan Cyber Appetizer sebagai pembuka selera, Nasi Cyber sebagai hidangan utama dan Cyber Dessert sebagai pencuci mulut.

Barisan juri yang mengadili masakan kedua selebriti adalah yang terdiri daripada chef-chef profesional iaitu Chef Joe, Chef Zubir, Chef Adu yang juga merupakan juri tetap untuk program ini serta Chef Mozart daripada Cyberview Lodge yang merupakan juri jemputan.

Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Encik Nizam Sani berkata, “Kami amat berbangga dengan komitmen yang ditunjukkan oleh setiap selebriti yang terlibat dalam rancangan ini. Biarpun telah dimaklumkan bahawa kesemua hadiah kemenangan ini akan disumbangkan kepada badan kebajikan, selebriti-selebriti ini tetap sanggup untuk berkorban masa menghadirkan diri ke sesi rakaman dan meninggalkan rutin harian mereka.

Fazley Yaakob Muncul Masterchef Selebriti Malaysia Pertama

Kami juga amat berbesar hati dengan kehadiran badan kebajikan yang sudi untuk memberikan sokongan terhadap program ini. Biarpun MasterChef Selebriti Malaysia bukanlah program pertama yang melibatkan pertubuhan kebajikan secara langsung di Astro Ria, tetapi kami terharu dengan kesudian mereka untuk terus berkerjasama. Secara tidak langsung ini membuktikan kesungguhan kami yang penuh komited secara berterusan dalam usaha membantu masyarakat yang memerlukan.

Jalinan hubungan antara selebriti dan pertubuhan kebajikan menerusi usaha Astro Ria ini diharapkan dapat menunjukkan nilai positif kepada masyarakat. Jumlah sumbangan bukanlah untuk dijadikan ukuran utama tetapi nilai ingatan kepada mereka yang memerlukan lebih diberikan perhatian sewajarnya diberikan perhatian. Penglibatan para selebriti ini juga sekurang-kurangnya telah mendekatkan masyarakat untuk lebih mengenali pelbagai pertubuhan kebajikan yang ada disekeliling kita.”

Nizam turut menambah, “Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada PANASONIC ‘Cooking Magic’ dan Hong Leong Bank selaku penaja untuk program MasterChef Selebriti Malaysia. Sokongan yang telah diberikan oleh pelbagai pihak sepanjang penerbitan program ini amat kami hargai dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa depan.”

1. Mejar Dr. Faiz Yayasan Angkasawan Malaysia RM1000
2. Salamiah Hassan Pertubuhan Medifun Kuala Lumpur RM1500
3. Siti Sarah Raisuddin Malaysian Association For The Blind (MAB) RM2000
4. Serina Redzuawan Malaysian Liver Foundation RM2500
5. Louisa Chong Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor & Wilayah Persekutuan RM3000
6. Raja Azmi Kompleks Penyayang Baksi Sungai Buloh (JKM) RM3500
7. Karl Shafek House Of Joy RM4000
8. Thanuja Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia RM4500
9. Jehan Miskin Pusat Latihan Perindustrian Dan Pemulihan (PLPP) RM5000
10. Tomok Women’s Aid Organization (WAO) RM5500
11. Azwan Ali Taman Sinar Harapan (JKM) RM6000
12. Juliza Adlizan Persatuan Kebangsaan Angin Ahmar Malaysia RM6500
13. Farouk Hussein Pertubuhan Prihatin Sosial Malaysia (Prihatin Malaysia) RM6500
14. Soo Wincci Kiwanis Down Syndrome Foundation RM6500
15. Angah Raja Lawak Pertubuhan Kebajikan Orang-Orang Kerdil RM7500
16. Dato’ Fazley Yaakob Yayasan Jantung Malaysia RM57500
TOTAL RM123000

Fazley Yaakob Muncul Masterchef Selebriti Malaysia Pertama

Masterchef Selebriti Malaysia Finale

Masterchef Selebriti Malaysia Finale

Masterchef Selebriti Malaysia Finale

Masterchef Selebriti Malaysia Finale

Fazley Yaakob

Fazley Yaakob

Fazley Yaakob

Fazley Yaakob

Fazley Yaakob

Fazley Yaakob

Fazley Yaakob

Fazley Yaakob

Fazley Yaakob

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Promosi Innershine Menawarkan Istimewa Sempena Ramadhan & Lebaran

TGV Cinemas & Imax Expand Joint Revenue Sharing Agreement In Malaysia