Promo: Ujibakat Pengacara, Hos, Talent Astro Oasis @ Astro

Kepada pembaca yang berminat untuk menjadi pengacara, hos dan juga talent untuk program terbitan Astro Oasis, bolehlah menghadiri satu ujibakat yang akan diadakan pada 5 dan 6 April ini.

Inilah peluang untuk mencuba nasib dan mungkin akan menjadi ikon pengacara Astro Oasis.

Uji Bakat bagi pencarian Pengacara/Hos/Talent untuk program-program penerbitan Astro Oasis yang mana Uji Bakatnya bakal berlangsung seperti berikut:

Tarikh:
5 dan 6 April, 2008

Hari:
Sabtu dan Ahad

Masa:
9 pagi hingga 3 petang

Tempat:
Astro (Pusat Penyiaran Asia)
Pintu Masuk  (North Entrance)
Taman Teknoloji Malaysia
Lebuhraya Puchong – Sungei Besi
Bukit Jalil, 57000, Kuala Lumpur

Kriteria:

  1. Sila bawa sekeping gambar terkini berukuran 4R (gambar penuh)
  2. Satu salinan Kad Pengenalan
  3. Kelulusan minumum SPM
  4. Berperwatakan menarik, kemas, dan selesa dihadapan Kamera
  5. Berpengetahuan tentang agama Islam
  6. Fasih Bahasa Melayu (Kelebihan berbahasa Arab dan Inggeris)
  7. Lelaki  Islam – Berusia 17 hingga 45 tahun
  8. Wanita Islam dan Bertudung – Berusia 17 hingga 35 tahun
  9. Remaja Lelaki dan Perempuan (bertudung)  – Berusia 15 dan 16 tahun

Di antara rancangan-rancangan  menarik Astro Oasis yang bakal di hoskan oleh mereka yang terpilih adalah:

  1. Rancangan Temu-bual Agama
  2. Rancangan Gaya hidup muslimin dan muslimah
  3. Rancangan Pengembaraan/travelogue
  4. Rancangan Muzikal lagu-lagu ketuhanan
  5. Rancangan Masakan
  6. Rancangan Inter-aktif Keagaman
  7. Rancangan Kanak2 dan Remaja
  8. Rancangan Hal Ehwal Semasa dan Dokumentari
  9. Rancangan Kuiz 

[tags]ujibakat, astro, oasis, kuiz, semasa, jilbab, fitna, video, [tags]ambobzeela, fitna the movie, Geert Wilders’ film, duke gong, gambar, gig, hujan 2u, liveleaks, controversial, indie, koleksi gambar, kord gitar, kumpulan hujan, lirik lagu, meet uncle hussin, mp3 melayu, noh, selamat hari ibu, slumber, tanah air, the strokes, underground, wikipedia, how to be a host, tips public speaking[/tags]

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Konsert Mingguan Akademi Fantasia Di Istana Budaya?

John Ford Coley Live Di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur