in

Promo Acara: Jams With PETERPAN Live in KL

Tapi jadi kumpulan ahli sihir pun senang nak berpecah jugak kalau takleh nak control. Dulu, pernah saya dengar macam-macam pasal kumpulan terkenal dari Indonesia yang satu ni. Ada orang cakap, Peterpan dah berpecah. Ada yang kata, dah tak sehaluan. Macam-macamlah. Tapi tup-tup hari Jumaat ni diorang ni datang buat pelancaran album terbaru di Kuala Lumpur. Bikin gempar la jugak walaupun tak ramai yang tahu pasal showcase diorang ni. 

Setelah sekian lama peterpan menyepikan diri, kini tibalah masanya mereka muncul kembali dengan album baru. Pelancaran album baru peterpan yang dianggotai oleh Ariel, Uki, Lukman & Reza akan berlangsung di Kuala Lumpur.

Jadi kepada semua sahabat peterpan Malaysia & Singapore yang ingin turut serta menjayakan Showcase bersama Peterpan, marilah kita bersama sama memeriahkan majlis Pelancaran Album baru oleh band kesayangan anda semua. Maklumat seperti di bawah:

Tarikh: 25th May 2007 (Jumaat)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Ruums KL
Harga tiket: RM30 satu kepala

Kepada semua yang nak join, kita jumpa di sana ya!

Ruums Bar & Club (formerly known as Warp)
Bangunan Life Centre
1st and 2nd Floor
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

[tags]Peterpan, Showcase Peterpan di Kuala Lumpur, Pelancaran album baru Peterpan[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Post Party Anugerah Industri Muzik 14 AIM14

Info Tentang Program Realiti TV Terbaru di TV3, MY STARZ. Apa Yang Anda Perlu Tahu?