in , ,

Program Syahadah Menang Anugerah di Festival Filem Dunia Cannes

Dokumentari ini menjalani penggambaran bermula 14 Februari hingga 17 Februari 2022 selama 4 hari di sekitar Lutong, Bahagian Miri, Negeri Sarawak Bumi Kenyalang.

Satu kebanggaan pastinya buat seluruh warga Radio Televisyen Malaysia (RTM) apabila program dokumentari Syahadah terbitan Unit Majalah dan Dokumentari RTM menerima pengiktirafan peringkat antarabangsa dengan mengungguli kategori Filem Dokumentari Pendek Terbaik di Festival Filem Dunia Cannes (CWFF) pada 26 Disember lalu.

Kemenangan berganda apabila episod sama dengan tajuk ‘Hijrah Muhibah’ (Migration Goodwill Malaysia) ini juga terdahulu pada 30 November 2022 turut dijulang sebagai pemenang kategori Dokumentari Pendek Kali Pertama Terbaik di Anugerah Antarabangsa Dokumentari Pendek Bangkok (BKK Short Doc). 

Program Syahadah Menang Anugerah Di Festival Filem Dunia Cannes

Dua kejayaan besar ini tentunya menjadi aspirasi penggerak dalam menjana peluang penciptaan bahan yang bertaraf dunia oleh RTM. Penerbit program Azry Ahmad Mustafa Hadi, berkongsi rasa gembira dapat merakamkan realiti sebenar yang dilalui masyarakat beragama Islam dan Kristian di Lutong, Miri, Sarawak yang mengamalkan semangat muhibah. Apatah lagi produk tempatan ini berjaya diangkat di peringkat dunia.

Bagi yang belum berkesempatan menyaksikannya, RTM menayangkan semula program ini pada 30 Disember, Jumaat, pukul 10.30 malam menerusi saluran TV1 serta di TV Okey, pukul 4.30 petang pada 1 Januari depan.  

Pengisian dokumentari ini tentang penghijrahan jauh beribu batu oleh Mohd Zulkifli Mohd Adnan, seorang guru agama dari Terengganu ke Lutong, Miri, Negeri Sarawak Bumi Kenyalang. Penghijrahan ini berlaku kerana Zulkifli akur kepada nasihat guru agama dan juga ibu bapanya. 

Namun penghijrahan sementara ini bertukar menjadikan beliau pemastautin tetap setelah merasai sendiri pengalaman menjalani kehidupan muhibah antara berlainan agama di Lutong, Miri, Sarawak. Semangat muhibah ini berjaya menambat hati guru agama ini untuk terus tinggal menyumbang tenaga bagi pendidikan agama di sana sehingga kini. 

Zulkifli ketemui erti muhibah di sana. Hijrah Muhibah itu benar-benar terjadi kepada dirinya. Kehadiran beliau amat disenangi oleh warga Miri yang mengamalkan semangat keharmonian serta toleransi antara agama yang baik.

Dokumentari ini menjalani penggambaran bermula 14 Februari hingga 17 Februari 2022 selama 4 hari di sekitar Lutong, Bahagian Miri, Negeri Sarawak Bumi Kenyalang.

Program Syahadah Menang Anugerah Di Festival Filem Dunia Cannes

Pasukan Penerbitan Syahadah 2022 (Hijrah Muhibah):- 

Penerbit – Azry Ahmad Mustafa Hadi

Penolong Penerbit – Danny Gubes

Jurukamera – Hasfawizlan Harun

Juruaudio – Faiza Musa

Penolong Jurukamera – Irnul Hulaifah Mohammad

Pemandu – Suhaily Amit dan Lukas Jenau Peggie

Penerbit Penyelaras – Hisyamudin Ahmad

Penerbit Eksekutif – Siti Nurbaini Khairi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ziana Zain 2020 | 18

Konsert Ambang Tahun Baru 2023 Suria FM di IOI City Mall Putrajaya

Samsung

“Samsung Galaxy Z Flip4 Kecil Tapi Impak Besar,” – Nadirah Zakariya