in , , ,

Program Santai Menarik Sepanjang Minggu di TV2

Sepanjang minggu ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2 tampil dengan pelbagai pilihan program-program santai mengisi slot yang sememangnya sudah memiliki pengikutnya sendiri.

Pengemar filem Hindustan luangkan masa menonton tayangan fiem bertajuk “Special 26” pada 17 Februari ini, pukul 9.30 malam yang menyorot kisah sekumpulan penipu (Scammer) menyamar sebagai pegawai CBI dan melakukan serbuan ke atas ahli perniagaan serta ahli politik untuk merampas wang haram yang mereka kumpul dari jalan yang salah. Menggunakan CBI yang sebenar, mereka memutuskan untuk melakukan sebuah rompakan yang paling besar. Lakonan mantap Akshay Kumar, Anupam Kher dan Manoj Bajpayee.

Esoknya menyusul filem “Kungfu Hustle” mengisi slot Golden Dragon, pada 18 Februari ini, pukul 9.30 malam membawakan plot cerita sekumpulan gangster mengganas di sebuah kawasan kejiranan. Namun, tanpa mereka diketahui, tiga orang pakar seni mempertahankan diri tinggal di sana dan bersedia untuk menentang kembali. Filem ini lakonan mantap Stephen Chow, Yuen Qiu dan Bruce Leong.  

Dalam slot Citra pula disiarkan telemovie “Rujuk” pada 19 Februari ini, pukul 9.30 malam tentang watak utama bernama Jefry seorang suami yang sentiasa melayani isterinya, Dian dan dua orang anaknya Amira dan Amirul dengan penuh kasih sayang. Kematian rakan sepejabatnya Amy yang membunuh diri akibat kemurungan setelah ditinggalkan suami yang mati akibat kanser menghantui fikiran Jefry. Jefry tidak mahu musibah yang sama menimpa isteri dan anak-anaknya apabila dia disahkan mengidap kanser. Dia rela mati sendirian jauh dari keluarganya kerana tidak sanggup melihat keluarganya menderita dan meratapi kematiannya. Ia menampilkan pelakon utama Datuk Rosyam Nor, Marisa Yasmin, Yuna Rahim  dan Fimie Don.

Bergelak ketawa dan ceria dengan siri popular “Running Man” (2017) mulai 21 Februari ini, setiap Sabtu dan Ahad, pukul 5.00 petang. Rancangan realiti berkonsepkan ‘Game Show’ yang disertai oleh artis-artis popular Korea. Setiap episod, mereka akan diberikan tugasan dan mereka perlu bersaing antara satu sama lain. Kongsikan aksi menarik Jae-Suk Yoo, Suk-Jin Jee, Jong-Kook Kim dan ramai lagi dalam siri ini.

Akhir sekali, ikuti filem Tamil dalam slot Spice of India bertajuk “Alai Payuthey” pada 21 Februari ini, pukul 9.30 malam. Seorang pemuda kaya jatuh cinta dengan seorang wanita daripada keluarga sederhana. Oleh itu, hubungan mereka tidak direstui kedua-dua keluarga menyebabkan mereka berkahwin secara rahsia. Namun, setelah berkahwin mereka menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan sebagai suami isteri. Berjayakah mereka mengharungi dugaan dalam perkahwinan mereka?  Lakonan berkesan Madhavan, Shalini dan Swarnamalya.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kerjasama Kilafairy dengan UFORA Bantu Golongan Terkesan Dengan Pandemik Covid-19

Lupakan Episod Lama, Shukri Zainal Bangkit Semula Abadi Lagu Buat Arwah Nassier Wahab