in ,

Program QURBAN KASIH NEELOFA AIDILADHA Dapat Sambutan

PROGRAM Qurban Kasih Neelofa Aidiladha anjuran Pertubuhan Kasih Neelofa yang diumumkan baru-baru ini mendapat sambutan memberangsangkan daripada orang ramai.

Neelofa berkata, kehidupan normal baharu berikutan penularan Covid-19, baru-baru ini yang memerlukan kita untuk sentiasa menjaga jarak dan duduk di rumah, kebanyakan daripada mereka mengambil peluang ini untuk melaksanakan ibadah korban menerusi program ini.

Katanya, pihak pertubuhan akan menjalin kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta bagi merancakkan program Qurban Kasih Neelofa Aidiladha.

neelofa
Neelofa

“Kami ingin memperluaskan program ini. Justeru, kerjasama dengan badan-badan NGO memudahkan pihak kami bagi proses pengagihan dan mengenal pasti individu yang memerlukan di setiap negeri,”

– Neelofa

Menerusi program itu, satu bahagian lembu dikenakan bayaran sebanyak RM750. Urusan pemilihan lembu korban sehinggalah penyembelihan dan pengagihan daging kepada golongan asnaf dan fakir miskin diuruskan Pertubuhan Kasih Neelofa.

Bagi yang ingin menyertai program Qurban Kasih Neelofa Aidiladha, pendaftaran masih dibuka sehingga 23 Julai ini iaitu seminggu sebelum Aidiladha.

Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Samsung Galaxy Note 20 Tertiris, Ada Tiga Kamera Belakang

Mas Khan Didenda RM17,000 Curi Wallet Kripto Milik A Aida