in

Program Menarik ntv7 Tahun 2011

Tahun Baru ini pasti membawa berita baik untuk penonton setia ntv7 yang bakal menyiarkan pelbagai rancangan menarik dan terbaik, antarabangsa dan tempatan.

L-R- ntv7 GM Airin Zainul, 8TV GM Lam Swee Kim, Grp CEO Dato Sri Farid Ridzuan, Grp GM BMG TV3&TV9 Pn Nurul, TV9 GM Pn Sherina

“ntv7 kekal komited membawa rancangan sindikated dan tempatan yang terbaik untuk terus mengukuhkan kedudukan kami dalam pasaran penonton Cina dan urban,” kata Pengurus Besar ntv7, Airin Zainul. “ntv7 bukan sahaja akan membawa balik musim baru rancangan-rancangan popular, kami juga akan memperkenalkan rancangan antarabangsa dan tempatan yang baru dan hebat.”

“Kami akan terus memberi sokongan kepada industri tempatan dengan memperkenalkan kandungan tempatan seperti rancangan bualbicara Bella yang disasarkan kepada wanita, rancangan realiti Take Me Out, drama Tribulations of Life dan sitkom Radio Life,” tambahnya di Majlis Pratonton Rangkaian Televisyen Media Prima 2011 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

“Kami turut menyasarkan untuk mengadakan lebih banyak acara masyarakat seperti Karnival Yuan, yang juga akan diadakan di Malaysia Timur tahun depan. Kami akan memperkenalkan Feel Good Run, sebuah lagi acara masyarakat yang bukan sahaja membawa keceriaan sambil bersantai bersama rakan-rakan dan keluarga tetapi juga baik untuk kesihatan. Kerja awal untuk Golden Awards juga akan berterusan untuk memastikan acara anugerah yang berprestij ini, lebih menarik pada tahun yang berikutnya,” kata Airin.

Baru-baru ini, ntv7 telah menjadi hos anugerah sulung Golden Awards, satu-satunya anugerah industri yang memberi peluang kepada industri televisyen Cina tempatan untuk menempa nama di persada seni negara. Siaran langsung anugerah tersebut berjaya meraih 724,000 orang penonton, sekaligus merangkap 50 peratus bahagian penonton Cina di seluruh tanahair.

Dengan penguasaan 22 peratus penonton Cina (setakat bulan September), ntv7 kekal menjadi penyumbang penting terhadap keberjayaan Media Prima menguasai jumlah besar penonton Cina secara kolektif. Saluran Ceria Anda juga masih mengekalkan kedudukan yang baik dalam segmen penonton bandar umur 4, keatas dengan penguasaan 7.3 peratus bahagian penonton tersebut.

ntv7 GM Airin Zainul at the MPB TVN Screenings 2011

Rancangan sindikated Amerika Syarikat terbaru yang akan keudara di ntv7 adalah siri aksi pengintip seksi Nikita dan siri seram The Gates. Sementara itu rancangan tempatan baru yang akan keudara pada waktu perdana adalah rancangan realiti bertemakan pencarian cinta, Take Me Out, yang akan mempunyai dua versi: lelaki dan wanita.

Rancangan gameshow yang unik, The Kitchen Musical, pula akan menampilkan peserta dari pelbagai negara Asia Tenggara dan menyajikan apa yang digemari ramai iaitu lagu-lagu hit, resipi sedap dan koreografi tarian menarik. Rancangan hiburan Mr Chinese Malaysia dan Kids Ask Big Questions juga akan keudara di ntv7 bersama dengan drama Cina tempatan Tribulations of Life dan Radio Life.

Rancangan tempatan yang mempunyai pengikut setia seperti rancangan realiti Wakenabeb, kisah paranormal Seekers, rancangan komuniti Talian Hayat , dan Mandarin Battlestar, gameshow kanak-kanak yang berteraskan pendidikan, akan kembali dengan format yang diterapkan unsur segar dan menarik. Peminat tarian dan budaya juga tentunya tertunggu-tunggu untuk musim terbaru Dansa yang akan kembali membawa penonton ke lokasi eksotik.

Kandungan Mandarin yang dikenali ramai melalui rancangan hal ehwal semasa berunsurkan siasatan, Mandarin Siasat , dan rancangan majalah berteraskan gaya hidup, Women’s Zone, juga akan kembali membawa kisah hal-ehwal dan gaya hidup semasa tanahair.

Sementara itu slot popular TVB pada malam Isnin hingga Rabu masih kekal dan akan mengudarakan drama hit seperti Born Rich, E.U. dan Sweetness in the Salt. Be Fabulous Forever (BFF) slot pagi juga akan terus membawa rancangan kegemaran ramai The Oprah Winfrey Show, The Martha Steward Show dan The Rachael Ray Show, disertai dengan rancangan bicarawara baru Bella.

Beberapa rancangan ntv7 yang akan keudara:

ntv7 (musim baru) – Fringe (Musim ke-3), Bones (Musim ke-5), Lie To Me (Musim ke-2), The Mentalist (Musim
ke-3), V (Musim ke-2), Drop Dead Diva (Musim ke-2), Grey’s Anatomy (Musim ke-8), Private Practice (Musim ke-3), Glee (Musim ke-2), Wakenabeb (Musim ke-4), Seekers (Musim ke-8), Mandarin Battle Star (Musim ke-2), Talian Hayat (Musim ke-4), Dansa (Musim ke-2), Women’s Zone (Musim ke-3), Siasat Mandarin, Fighting Spiders (Musim ke-2), e7, Shout Out! It’s Show Time, Finding Angels
ntv7 (rancangan baru) – Nikita, The Gates, Bella, Take Me Out, The Kitchen Musical, Radio Life, Kids Ask Big
Questions, Mr Chinese Malaysia, Tribulations of Life, Footprints in the Sand, Woman’s Palm, My Family, The Seeds of Life, I’m No 1.

Untuk maklumat lanjut, layarilah www.ntv7.com.my or www.tonton.com.my. Ikutilah perkembangan semasa rancangan ntv7 melalui Facebook dan Twitter.

Fringe S2 - ntv7

drop-dead-diva-pic

117609_D_0046

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hercules, The Terminal & The Mistress Of Spices

Appreciation Concert in Memory of Tan Sri P. Ramlee