in

Program The Malaysia Book of Records 2017 di TV1

Memaparkan kecemerlangan rakyat Malaysia mencipta dan memecah rekod dalam pelbagai bidang yang melebihi kelebihan orang lain, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan program terbaharu bertajuk ‘The Malaysia Book of Records’ sedang bersiaran setiap Isnin hingga Rabu, pukul 11.30 malam menerusi saluran TV1.

Program The Malaysia Book of Records 2017 di TV1

Program The Malaysia Book of Records 2017 di TV1

13 episod program menampilkan Farish Aziz sebagai hos ini bertemakan rakaman penciptaan rekod-rekod yang mengagumkan oleh rakyat Malaysia seperti yang tercatat dalam Malaysia Book of Records. Setiap episod bakal berkongsi pencapaian tiga rekod baru dikongsikan dengan semua penonton.

Antara perkongsian menarik dalam episod memaparkan pengiktirafan yang telah diberikan kepada seorang pemuzik Malaysia yang terkenal, yakni Dato’ Mokhzani Ismail. Beliau telah catatkan rekod sebagai Duta Muzik Pertama untuk Jenama Piano Antarabangsa dan Pemain Piano Malaysia Yang Pertama Bermain Piano di Tembok Besar Cina. Segmen kedua memaparkan rekod yang telah dicatit oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang telah berjaya untuk membina Rantaian Patung Buatan Tangan Terpanjang pada 4 Mac 2017 di Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Segmen ketiga ialah pencapaian Badan Amal Kasih Ibu yang telah menganjurkan Konvoi Basikal Wanita Terbesar iaitu seramai 11,412 orang peserta yang telah dijayakan pada 11 Mac 2017 di Putrajaya sempena dengan Hari Wanita Sedunia 2017.

Ikuti juga rekod penciptaan rekabentuk logo terbesar oleh satu kelab permotoran dengan menggunakan beratus-ratus kereta yang terdiri dari satu model khusus, jahitan pakaian jeans yang terbesar oleh sekumpulan pekerja dan pendakian Gunung Kinabalu tanpa berhenti oleh seorang individu.

Seterusnya rekod dicipta iaitu pembentukan Pokok Krismas Yang Terbesar di Malaysia di Berjaya Times Square, penanaman Paya Bakau Secara Besar-Besaran di Pulau Dayang Bunting, Langkawi dan pembentukan Logo Gergasi 1 Malaysia yang terbesar dengan hiasan kolam oleh pelajar-pelajar KDU Pulau Pinang.

Program The Malaysia Book of Records 2017 di TV1

Penciptaan tiga rekod peringkat negara iaitu Penyertaan Paling Ramai Dalam Acara Sukan Berhalang, Kubung Terbang Terpanjang dan Lanskap Terbesar Bertemakan Krismas Diperbuat dari Belon.

Penonton pastinya teruja dengan rekod Penanaman Pokok Terbanyak Dalam Satu Acara di Kepong, Siaran Radio Tanpa Henti Yang Paling Lama Di Gunung Kinabalu dan Pemain Sape Paling Ramai di Miri Sarawak.

Ikuti juga pengikhtirafan diberikan kerana pencapaian tiga rekod baru iaitu Pengumpulan Spesimen Cengkerik Paling Banyak yang telah diadakan di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Yuk Chai, Petaling Jaya, pembinaan Replika Monyet Paling Banyak Dibuat daripada Lego, di Legoland Malaysia dan penghasilan Kad Ucapan Hari Guru yang Terpanjang oleh Sekolah Presint 8(1) Putrajaya.

Rekod dicipta juga melibatkan pembinaan Replika Kostum Singa Terbesar di Mahkota Parade, Melaka, Perenang Termuda Di Kolam oleh seorang anak perempuan kecil berumur 1 tahun 11 bulan dan Membancuh Kopi Pada Puncak Tertinggi. Turut dikongsikan pencapaian tiga rekod baru iaitu pembinaan Merry-Go-Round Bersalut Kristal, Rekaan Seni Perkataan 3 D pada dinding sekolah dan Penanaman Buluh sempena World Bamboo day.

Program The Malaysia Book of Records 2017 di TV1

Saksikan program yang bertindak sebagai medium untuk mengakui rakyat Malaysia yang telah mempromosikan negara dengan mencipta rekod ini di TV1.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Daftar First Platinum Plus Celcom Dapat Telefon Bimbit OPPO F5 PERCUMA

Peluang Kedua Bekas Banduan Dalam Telemovie JALAN SEHALA