in , ,

Program Majalah Wanita Her Hope Bantu Masalah Wanita

Sebilangan besar wanita gemar mengambil pendekatan tidak berkongsi masalah dialami, sebaliknya memendam perasaan hingga mudah mengalami kemurungan.

Namun ada juga yang sebenarnya kurang pendedahan tentang hala tuju dan pihak yang dapat membantu mereka. Memaparkan masalah yang dihadapi golongan wanita termasuklah yang diabaikan oleh masyarakat, pengetahuan tentang akta-akta dan hak-hak berkenaan dengan wanita serta memberi kaunseling kepada golongan berkenaan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan program diberi tajuk “Her Hope” sedang bersiaran setiap Rabu, pukul 11.30 pagi di TV2.

Menampilkan hos, Wong Sheau Harn menemubual tetamu dalam setiap episod berkenaan isu-isu berlainan di samping paparan cerita berdasarkan kisah benar. 13 episod program ini juga memperkenalkan pusat-pusat dan organisasi-organisasi yang boleh menghulurkan bantuan kepada golongan tersebut.

Berkongsi masalah dalam tajuk ‘Keganasan Rumah Tangga’ hos menemubual Wong Su Zane dari Persatuan Life Line Malaysia tentang tafsiran keganasan rumah tangga serta akta-akta dan hak-hak wanita dalam perlindungan diri dalam isu ini. Sebuah kisah benar tentang pengalaman seorang mangsa keganasan rumah tangga juga dipaparkan. 

Episod ‘Ibu Tunggal’ pula mewawancara Julie Lee Chin Lum dari Multi Mutual Charity Association KL & SEL tentang pelbagai masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu tunggal serta anak-anak mereka. Pelbagai saluran yang boleh menghulurkan bantuan juga diperkenalkan. 

Dengan tajuk ‘Ibu Menyusu’, tetamu Joey Ng dari Malaysia Breastfeeding Peer Counselor Association yang juga seorang ibu menyusu tentang masalah yang dihadapi oleh ibu menyusu khasnya di tempat kerja. Ng juga berkongsi tentang pelbagai acara yang diadakan oleh persatuan tersebut untuk menolong dan mendorong ibu-ibu menyusu demi kesihatan generasi anak-anak muda. 

Tafsiran keganasan seksual, peratus kes-kes yang berlaku di masyarakat, jenis-jenis pemangsa serta akta-akta dan hak-hak wanita dalam perlindungan diri dalam isu ini. Sebuah kisah benar tentang pengalaman seorang mangsa rogol oleh ayah kandungnya juga dipaparkan. Segalanya dalam episod tujuh menemubual Tan Hoon Kian dari Persatuan Life Line Malaysia.

Berikutnya, Wong mewawancara seorang peguam wanita, Ng Geok Chee tentang pelbagai masalah yang dihadapi oleh wanita-wanita yang telah bercerai serta akta-akta dan hak-hak mereka dalam isu ini serta cara menangani cabaran hidup selepas perceraian. Sebuah kisah benar tentang pengalaman seorang ibu yang telah bercerai juga dipaparkan. 

Cerita kehidupan selepas menghidapi penyakit kanser payudara mengundang Chang Chu San, seorang mangsa penyakit kanser payudara dari ‘Breast Cancer Welfare Association’/BCWA tentang peratus dan golongan pesakit kanser payudara serta cabaran dan pengalamannya dalam menangani penyakit ini. Beliau juga berkongsi tentang bantuan yang disediakan oleh BCWA. 

Empat lagi topik yang perlu diberikan tumpuan iaitu tentang kehamilan luar nikah menemubual Wong Su Zane dari Persatuan Life Line Malaysia tentang masalah kehamilan luar nikah di Malaysia dari segi punca-puncanya, statistik dan cabaran yang dihadapi oleh golongan tersebut serta saluran-saluran bantuan. 

Begitu juga perkongsian tentang ibu kurang upaya dimana Wong bertemu Maxine Chan, seorang ibu kurang upaya selaku bekas presiden ‘Petaling Jaya Beautiful Gate Foundation For The Disabled’ tentang pengalaman dan cabaran yang dihadapinya sebagai seorang ibu kurang upaya. Beliau juga telah berkongsi tentang pelbagai bantuan kebajikan yang disediakan oleh kerajaan untuk golongan ini. 

Bersama-sama tetamu undangan Justin Cheah selaku pengerusi ‘Kechara House’ tentang masalah dan statistik pesakit AIDS di Malaysia serta cabaran yang dihadapi oleh Kechara House dalam menghulurkan bantuan kepada golongan tersebut khasnya pesakit wanita. 

Akhir sekali mengetengahkan isu remaja perempuan bermasalah mewawancara Ps Daniel Choo dari Peace Charis Home tentang cabaran dan masalah yang dihadapi masyarakat dalam menangani isu ini serta punca-puncanya. Beliau juga berkongsi tentang aktiviti-aktiviti yang dikendalikan oleh pusat tersebut untuk membantu dan memulihkan golongan remaja tersebut. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu Berhantu Naim Daniel Dinobat Lagu Terbaik di SFMM34 Minggu Ke-2

Kayda Lancar Video Muzik MACAM-MACAM