in , , , ,

Kayda Lancar Video Muzik MACAM-MACAM

Muncul Dengan Single Rap Bahasa Melayu, Cina dan Inggeris, Kayda Selit Mesej Berguna Buat Kaum Hawa

Penyanyi wanita bertubuh genit berbakat besar yang sinonim dengan muzik bergenre hip hop, Wan Nur Khaleda Aziz atau lebih mesra dengan panggilan Kayda, 28, kembali dengan video muzik terbaharu berjudul ‘Macam-macam’. Dilancarkan beberapa minggu yang lalu, single ini dicipta dan dihasilkan oleh Lucka Sickta kolaborasi bersama Kayda sendiri. Single ‘Macam-macam’ merupakan lagu rap solo pertama dalam Bahasa Melayu, Cina dan Inggeris oleh beliau.

Bermula secara suka-suka seawal usia 13 tahun, Kayda menggemari penyanyi hip hop antarabangsa seperti Missy Elliott, Ak’Sent dan TLC.

Kayda Lancar Video Muzik MACAM-MACAM

Memilih kerjaya sebagai penyanyi rap di Malaysia bukanlah sesuatu yang mudah dan beliau telah pun mengorak langkah secara profesional pada usia 21 tahun,

Sejak kecil lagi saya telah didedahkan dengan pelbagai genre muzik, dan genre R&B serta hip hop menjadi pilihan kerana ia membuatkan saya berasa seronok mendengarnya. 

‘Macam-macam’ merupakan luahan saya secara peribadi yang saya terjemahkan dalam bentuk lagu dan membawa maksud kematangan saya sebagai seorang wanita.

Saya juga ingin mengajak para wanita di luar sana agar lebih berani dan kuat dalam menghadapi pelbagai jua rintangan.

Selain membawa mesej memperkasakan wanita, kaum Hawa jangan mudah cair dengan kata-kata manis sang Adam dan mampu berdikari dalam membuat sebarang keputusan hidup.

Sebagai wanita, kita juga mempunyai kelemahan diri tetapi jangan biarkan ia menjadi penghalang dalam mengejar cita-cita.”

– Kayda
Kayda Lancar Video Muzik MACAM-MACAM

 Bercerita mengenai pembikinan muzik video ‘Macam-macam’,

 “Proses penggambaran tidak memakan masa yang lama kerana team pengurusan dan krew sudah tahu shot apa yang dikehendaki.

Memandangkan saya juga rap dalam Bahasa Mandarin, saya ingin ketengahkan elemen Oriental melalui dekorasi yang gah di Hotel Federal dan membawa simbolik seorang maharani dalam generasi sekarang yang lebih kendiri, perkasa dengan nilai-nilai adat Timur.

Selain itu, saya juga ingin ketengahkan kepelbagaian budaya di Malaysia melalui video muzik ini di mana kita mampu hidup bersama dalam keadaan yang harmoni akan tetapi masih menghadapi masalah yang sama di zaman yang serba moden ini.

Saya berharap penggemar lagu hip hop di luar sana akan terhibur dengan buah tangan terbaharu daripada saya ini.”

– Kayda

Muzik video lagu ‘Macam-macam’ boleh ditonton secara eksklusif menerusi saluran YouTube ‘Kayda’ dan juga boleh dimuat turun di iTunes serta semua syarikat telekomunikasi tempatan sebagai nada dering panggilan dan boleh dinikmati melalui penstriman atas talian seperti iTunes, Spotify, Deezer, Joox dan Apple Music. Sila layari saluran YouTube ‘Kayda’ untuk maklumat lanjut.

Kayda Lancar Video Muzik MACAM-MACAM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Majalah Wanita Her Hope Bantu Masalah Wanita

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Filem BUSUT BONANG