in

Program Kewartawanan Awam U-WARTAWAN di Astro Awani

WARGA MALAYSIA BOLEH MENJADI WARTAWAN AWAM DI U-WARTAWAN

Mulai malam Mac 16, Astro AWANI, saluran berita dan informasi 24-jam pertama Malaysia, akan memberikan satu lagi program pertama seumpamanya di skrin TV Malaysia dengan menyiarkan program Kewartawanan Awam yang dinamakan U-Wartawan.

U-Wartawan, yang bersiaran di dalam Bahasa Malaysia, ialah rancangan ehwal semasa interaktif yang memberikan penonton peluang membabitkan diri dalam laporan berita menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi.

Program ini yang dikendalikan oleh Nazri Kahar, mendapatkan berita serta pandangan dari orang awam dan blogger setiap hari berkaitan topik penting kepada masyarakat dan negara.

Nazri, yang pernah menjadi hos program perbincangan Astro AWANI seperti Perspektif Kita dan Analisis AWANI, akan disertai seorang tetamu di studio untuk membincangkan topik pilihan secara mendalam semasa program yang disiarkan pada 10mlm dari Isnin hingga Jumaat.

“Dengan kemajuan teknologi, wartawan tidak professional di kalangan masyarakat awam, penonton kami dan pemikir.boleh memberikan laporan,” menurut Rozina Aziz, Pengurus Besar Astro AWANI. “Bersama wartawan terlatih kami, mereka dapat membantu warga Malaysia melihat sesuatu laporan dari sudut berbeza.”

Mereka yang berminat menjadi Wartawan Awam boleh menghantar laporan tentang topik pilihan dalam pelbagai cara iaitu melalui blog, emel, facebook, SMS, MMS dan video.

“AWANI Pagi dan U-Wartawan ialah program terbaru yang dilancarkan oleh Astro AWANI,” Rozina berkata

Pada Mac 9, buletin baru waktu perdana saluran ini, Agenda AWANI,  dan program perbincangan yang unik dan bertepatan, Focus Economy, memulakan siaran.

“Kami sentiasa berusaha memberikan berita dan maklumat yang berkaitan dengan penonton kami. Pasukan editorial professional kami ingin menyampaikan laporan yang mendalam dan seimbang serta perbincangan yang mencabar dan menarik dari segenap sudut dalam isu-isu berkenaan,” tambah Rozina.  

Nazri Kahar sebagai hos U-Wartawan pada 10mlm Isnin hingga Jumaat di Astro AWANI. U-Wartawan disiarkan pada 10mlm Isnin hingga Jumaat di Astro AWANI, saluran 501.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Majlis Perasmian Tower Beach Soccer Langkawi 2009

Drama Grey’s Anatomy Musim ke-5 di NTV7