in ,

Israel Sasar Youtuber Muslim Seluruh Dunia, Selit Iklan Propaganda Untuk Raih Simpati

Tidak cukup dengan menyebarkan berita palsu tentang keadaan sebenar yang berlaku dalam konflik Israhell-Palestin, terbaru Israel dikatakan telah mensasarkan youtuber muslim untuk menyebarkan iklan propaganda manipulatif rejim Zionis.

Antara youtuber yang menjadi mangsa adalah youtuber bernama Ali Dakwah yang mempunyai 599,000 pengikut di saluran YouTubenya.

Ali yang sebelum ini kerap memuat naik video di YouTube berkaitan kekejaman Israel terhadap penduduk di Palestin mengakui terkejut apabila video yang dimuat naiknya diselitkan iklan propaganda Israel.

Iklan yang bertajuk Israel under attack itu muncul beberapa saat sebagai iklan sebelum video memaparkan kezaliman Israel dimainkan.

Dalam iklan propaganda Israel itu, mereka telah menuduh roket dari Gaza menyebabkan banyak perumahan di Israel musnah selain turut menunjukan situasi tegang di Ashkelon, Tel Aviv dan lain-lain dengan diringi tangisan kesian daripada rakyat Israel yang menjadi mangsa dalam serangan itu.

Tidak cukup dengan itu, iklan itu turut meletakkan soalan “bagaimana jika ia berlaku di Washington, Paris dan London?” pada pengakhiran iklan.

Menurut Ali, mereka (Israel) sengaja menyiarkan iklan terbabit bagi menutup kekejaman mereka dan menunjukkan kesalahan berpunca daripada Hamas.

Ya, Hamas lancar roket ke Israel. Tetapi Israel mempunyai kubu bawah tanah untuk orang awam berlindung. Sedangkan roket mereka membunuh ramai rakyat Palestin yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak.

IKLAN

Mengikut undang-undang antarabangsa, penduduk yang berada dalam kepungan berhak untuk melawan dan mempertahankan diri mereka dan salah ke orang-orang Palestin bertindak balas terhadap penindasan ke atas mereka?”

Selain Ali, saluran YouTuber muslim yang menjadi sasaran iklan proaganda itu termasuk Mohammed Hijab, Daud Kim, Smile to Jannah dan lain-lain youtuber yang mempunyai pengikut yang ramai.

Kredit: Sinar Harian

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Iklan Raya Memori Eidulfitri Dapat Sambutan Penonton, Ini Hidangan Istimewa Raya dari Monsta!

Program Istimewa & Menarik Sempena Aidilfitri 2021 di Radio ERA, SINAR, GEGAR & ZAYAN