in ,

Profile Album Terbaru Dari Ning “EastToWest”

blogAkhirnya album Inggeris pertama dari Ning Baizura yang dinanti-nantikan telah pun siap dirakam. Ianya telah dilancarkan di pasaran antarabangsa pada 28 Februari 2008. Album yang dirakam di London ini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Single pertama dari album penyanyi bersuara soprano ini, “Age Of Pollution” telah mula mendapat perhatian ramai penerbit dan penyampai radio.

Sejarah Penglibatan Ning Baizura
Ning telah memulakan karier nyanyiannya pada usia yang muda. Seawal usianya 6 tahun, Ning sudah giat menyanyi untuk radio dan iklan TV , Ning juga telah menuntut dengan penyanyi opera Indonesia yang terkenal Siti Chairani selama 5 tahun. Ning juga aktif di dalam kegiatan seni di mana beliau juga salah satu daripada ahli aktif kumpulan koir Akademi Seni Kebangsaan.

Pada tahun 1992 Ning telah memasuki industri muzik komersil dengan menjadi artis rakaman untuk beberapa syarikat rakaman seperti SONYBMG, AMS Records Japan dan WEA. Berkonsepkan genre R&B dan pop, Ning telah berjaya memenangi pelbagai anugerah dan penghormatan. Ning juga telah membuat persembahan bertaraf antarabangsa di luar Negara seperti UK, Italy, France, China, Indonesia, Korea, Japan, Singapore, Hong Kong, Switzerland dan di Monte Carlo, Monaco.

Apa Istimewanya EastToWest?
Album terbaru beliau “EastToWest” adalah idea Luigi Bajona (seorang produser, pemain piano klasikal, DJ radio dan kelab) apabila mereka bertemu buat pertama kali di Kuala Lumpur di salah satu pertunjukan showcase Ning. Projek pertama mereka bermula pada tahun 2004 apabila mereka memulakan tour ke Itali dan Monte Carlo. Berdasarkan sambutan kepada showcase Ning begitu menggalakan, Luigi dan rakan kongsinya DJ Morano mengambil keputusan untuk merakam album antarabangsa pertama untuk Ning. Proses pembikinan lagu telah bermula pada November 2006 dimana unsur electronic dan unsur muzik klasik digabungkan untuk mencipta satu genre baru yang dipanggil “class-tronic”. Unsur unsur muzik klasikal boleh didengari pada lagu lagu seperti “Drama” (versi inggeris) dan “Water and Salt” yang menampilkan pemain seruling terkenal, Andrea Griminelli.

Kesemua 12 lagu telah dirakam di Jamestown Studio di London selama 15 hari pada bulan May 2007. 9 komposer dan penulis lirik telah menyumbang lagu untuk album ini. Di antaranya adalah Olivias Cinquemani, Valerio Vincentini, Scobi Ryder, B. Bajona, Marco Morano, Zara Ruban, Audi Mok, Paul Gelsomine dan Ad Samad.

Album Ning “EastToWest” terbitan EQ Music Malaysia & Singapura

International Stage Name: Ning
Date Of Birth: 28 June
Genre : Pop, R&B, Soul
Occupation : Singer
Instruments : Violin & Voice
Musical Influences: Maria Callas, Kiri Te Kanawa, Ella Fitzgerald, Barbra Streisand, Sting & Luther Vandross

Lagu dalam album EastToWest:

  1. Tango In Paris
  2. Real Man-Eater
  3. Sharpening Your Blade
  4. Age Of Pollution
  5. Water And Salt feat. Andrea Griminelli
  6. Assassina
  7. East To West Express
  8. Again
  9. A Matter Of Time
  10. Senseless And Blind
  11. Mother
  12. Drama (English Version)

Info lanjut:
http://www.myspace.com/ningeurope 

Diskografi

  1. Dekat Padamu, 1993
  2. Ning. 1994
  3. Teguh. 1995
  4. Ke Sayup Bintang, 1997
  5. Always, 1997
  6. Pujaanku, 1999
  7. Natural Woman, 2001
  8. Selagi Ada…, 2003
  9. Erti Pertemuan, 2004
  10. 3113 (Greates Hits Compilation), 2006
  11. Drama (Featuring Nikki & Yanie, CD Single), 2006
  12. East To West, 2008

Anugerah yang telah digondol oleh Ning:

  1. Voice Of Asia, 1991
  2. Best Artiste Development Award, 1991
  3. AIM Awards best new Artiste, 1993
  4. AIM Awards Album Of The Year, 1993 (Dekat Padamu)
  5. Anugerah Juara Lagu: Best Song – Pop/Rock Category, Award as lyricist, 1993 (Kau dan Aku)
  6. AIM Awards Best Pop Album, 1994 (Ning)
  7. Anugerah Juara Lagu: Best Song – Ballad Category, 1994 (Curiga)
  8. Anugerah ERA Choice Female Artist, 2003
  9. AIM Awards Song Of The Year, 2004 (Selagi Ada Cinta)
  10. AIM Awards Best Album Cover, 2005 (Erti Pertemuan)
  11. AIM Awards Best Music Video, 2005 (Awan Yang Terpilu)
  12. AIM Awards Song Of The Year, 2005 (Awan Yang Terpilu)
  13. AIM Awards Best Pop Album, 2005 (Erti Pertemuan)

[tags]ning new album, international album, soprano, Tango In Paris, lyric Real Man-Eater, melody, guitar cord, Sharpening Your Blade, Age Of Pollution lirik, older singer, bisnes tips, domain name, dot.com, dot my tips, exabytes website, how to buy album, digital music, Idea, jaring, kl host, akademi fantasia 6, suri cruise, julie estella, stars without make up, malaysia, money, mynic, pilihanraya, reseller, second level domain name, shinjiru, hottest fasha sandha, wakenabeb, Water And Salt feat. Andrea Griminelli, Assassina, East To West Express, Again song, video A Matter Of Time, Senseless And Blind, Mother theme, Drama English Version[/tags]
[/tags]

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

5 Pembaca Sensasi Selebriti ke Pra Tonton Filem Congkak

Mystery, Love, Action, Comedy & Horror @ TV3