in , ,

Primeworks Studios Raih 8 Anugerah di Festival Filem Malaysia Ke-31

Mengungguli Kemenangan Menerusi Dua Genre Aksi Dan Animasi SANGKAR – EJEN ALI THE MOVIE – WIRA

Primeworks Studios mengungguli kemenangan dalam dua genre aksi dan animasi dengan meraih 8 anugerah menerusi filem Sangkar, Ejen Ali The Movie dan Wira di Festival Filem Malaysia Ke-31 (FFM 31) yang bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada malam semalam. 

Sangkar terbitan bersama empat syarikat penerbitan iaitu Primeworks Studios, Infinitus Gold, Astro Shaw dan MM2 Entertainment melakar kejayaan dengan membolot 5 trofi di FFM 31 iaitu Pengarah Terbaik – Kabir Bhatia, Pelakon Lelaki Terbaik – Zul Ariffin, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Remy Ishak, Penataan Seni Terbaik – Nazrul Asraff Mahzan dan Tatarias Terbaik – Ella Sandera. 

Ejen Ali The Movie terbitan WAU Animation dan Primeworks Studios berjaya ​​merangkul 2 trofi iaitu Anugerah Box Office yang merupakan anugerah khas dan Penataan Bunyi Terbaik – Fadhli Abu Shafian, Hakim Kamal dan Shafiq Isa. 

Wira terbitan Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw dan Primeworks Studios turut memenangi Pelakon Wanita Harapan – Fify Azmi.

Dato’ Khairul Anwar Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios berkata, “Malam yang penuh gemilang menyaksikan Primeworks Studios berjaya meraih kejayaan besar dan menerima pengiktirafan di FFM 31 menerusi filem genre aksi dan animasi. Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada warga kerja di Primeworks Studios dan juga rakan – rakan kami, Infinitus Gold, Astro Shaw, MM2 Entertainment atas kemenangan besar filem Sangkar, WAU Animation atas kejayaan Ejen Ali The Movie serta Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw atas kemenangan filem Wira. Karya mereka yang berpiawaian tinggi pasti akan membawa nama Malaysia ke persada global. Dari segi pemasaran serta perkembangan perniagaan yang disediakan oleh Media Prima, kami akan sentiasa menyokong para penggiat filem yang berbakat agar terus menjadi pemangkin semangat untuk anak muda berkarya serta menghasilkan filem berskala epik yang boleh ditonton oleh semua peringkat umur.”

Sangkar diarahkan oleh Kabir Bhatia, dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin dan Mira Filzah mengisahkan permusuhan dan penebusan antara dua orang atlet sukan bela diri campuran (MMA) tempatan, serta perjuangan mereka demi maruah dan keluarga masing-masing. Filem aksi ini telah mencapai RM 12.9 juta ketika tayangannya. 

Filem cereka animasi tempatan pertama, Ejen Ali The Movie yang berlatar belakangkan dunia perisikan futuristik yang mengangkat budaya Malaysia sebagai inspirasi merupakan kesinambungan siri animasi Ejen Ali terbitan Primeworks Studios and WAU Animation. Filem animasi yang diarahkan oleh Usamah Zaid Yasin ini telah mengumpul lebih RM30 juta di kutipan box office semasa tayangan awalnya pada tahun 2019. Kejayaan itu bukan saja menjadikannya filem Malaysia dengan kutipan tertinggi pada tahun tersebut sekaligus memenangi Anugerah Box Office di FFM 31.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Chazynash Dani Kurama

Paduan Dinamis Chazynash & Dani Kurama Menerusi JIKA AKU PERGI

Jovian Mandagie

JOVIAN & Shopee Bersatu Demi Super Brand Day 13 & 14 Disember