in , ,

Celcom Bangunkan 250 Tapak Baru Dan Mengoptimum 8,000 Tapak

* Pelaburan rangkaian yang berterusan untuk menambahbaik pengalaman pelanggan dan memenuhi keperluan peningkatan pelanggan; tambahan 1 juta pelanggan YoY

Celcom Axiata Berhad (Celcom) terus melaksanakan pelaburan yang berterusan dalam inisiatif penambahbaikan rangkaian untuk memastikan pengalaman rangkaian yang konsisten untuk semua rakyat Malaysia memandangkan permintaan terhadap data terus meningkat, yang memperlihatkan peningkatan prestasi menyeluruh yang ketara dalam suku ketiga (Q3) sehingga kini (YTD21)

Sehingga kini, Celcom sudah melaksanakan pelaburan perbelanjaan modal (capex) sebanyak RM825 juta dalam membangun 250 tapak rangkaian baharu serta mengoptimumkan 8,000 tapak dengan liputan dan kapasiti 4G yang telah dipertingkatkan. Pelaburan rangkaian Celcom telah meningkatkan liputan populasi 4G LTE dengan kualiti rangkaian yang lebih pantas terutamanya di Sabah, Pahang, Terengganu, Sarawak, Negeri Sembilan dan Kedah, sejak 9 bulan yang lalu. 

Celcom telah mencapai purata lebih daripada 94% liputan populasi LTE seluruh negara, dengan 98% atau lebih liputan populasi di 9 negeri. Penambahbaikan yang dilaksanakan oleh Celcom di seluruh negara antaranya melibatkan lebih 1800 tapak di Sabah dan Sarawak, yang masing-masing memperlihatkan peningkatan liputan populasi LTE sebanyak 4G LTE pop coverage by 6pp dan 1.9pp.  

Penambahbaikan ini bagi menangani peningkatan ketara trafik data yang direkodkan pada 54.3% dalam pertumbuhan YoY dengan 581.9 million GB berbanding 377.2 million GB pada 3Q20. Penggunaan data purata bulanan bagi setiap pengguna meningkat pada 37.3% YoY dengan 25.4 GB setiap bulan bagi setiap pelanggan berbanding 18.5GB setiap bulan bagi setiap pelanggan pada tahun sebelumnya. Celcom juga mempertingkatkan kapasiti rangkaian keseluruhan pada 1.6Tbps berbanding 810Gbps dalam Januari 2020. Rangkaian Celcom kini memiliki lebih daripada 14 juta pengguna, termasuk pengguna Mobile Virtual Network Operators (MVNO). 

Pelaburan dan penambahbaikan rangkaian berterusan memacu prestasi yang positif

Dalam suku ketiga 2021 (3Q 2021), Celcom meneruskan momentum pertumbuhan dengan peningkatan hasil (tidak termasuk peranti), pada 1.2% QoQ (+4.6% YTD), penambahan bersih QoQ sebanyak 157 ribu pelanggan. Pelanggan prabayar mencatat kenaikan sebanyak +14.4% YoY, yang dipengaruhi oleh pelan prabayar yang mampu dimiliki, dengan ARPU kukuh pada RM30. Segmen pascabayar pula mencatat pertumbuhan selama lima suku tahun berturut-turut dengan peningkatan sebanyak +6.7% YoY dan ARPU kekal pada RM82, disokong oleh Pelan Keluarga Celcom MEGA™ dan segmen perniagaan iaitu Perusahaan Mudah Alih.

Celcom juga memperlihatkan pertumbuhan EBITDA dan PATAMI lebih pantas daripada prestasi terbaik,hasil daripada inisiatif pengurusan kos. Tidak meliputi Penstrukturan Semula Pekerja dalam YTD20, YTD EBITDA meningkat sebanyak RM240 juta (+7.3%) disebabkan oleh pengurusan kredit yang lebih baik dan usaha mengoptimumkan kos. YTD PATAMI meningkat RM33 juta (+6.9%) disebabkan oleh susut nilai yang dipercepat dan kos kewangan bersih yang lebih rendah

Mengulas berkenaan prestasi Celcom pada suku ketiga 2021, Datuk Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata, “Trajektori pertumbuhan kami merupakan hasil daripada fokus berterusan dalam pengurusan kos operasi dan pelaburan rangkaian yang dipacu, serta disokong dengan prestasi pasaran kukuh oleh pasukan jualan kami dan portfolio produk yang kompetitif.”

“Pelanggan kami dapat menikmati salah sebuah daya pengeluaran yang tertinggi dengan rangkaian kami. Kami akan terus melabur dalam usaha mempertingkat rangkaian dan menangani trafik data yang meningkat bagi memastikan rangkaian kami menjangkau kesemua lapisan masyarakat, termasuk kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak. Kami sedang memodenkan rangkaian kami dengan teknologi rangkaian terkini, termasuk teknologi 8T8R RAN, yang akan meningkatkan kapasiti mudah alih dan pengalaman pengguna dengan ketara. Penambahbaikan rangkaian kami juga termasuk penamatan perkhidmatan 3G yang akan membolehkan kami memperuntukkan lebih banyak sumber rangkaian dan spektrum kepada 4G LTE, menjadikan rangkaian kami bersedia untuk rangkaian 5G. 

“Tumpuan berterusan kami akan tertumpu pada pengurusan kos yang cekap, membolehkan penjimatan kos sambil mengekalkan keuntungan. Dengan pertumbuhan pelanggan yang menggalakkan, termasuk pertumbuhan pengguna daripada MVNO, inisiatif penjimatan kos Celcom tidak akan menjejaskan atau membebankan pelanggan kami sebaliknya ia membolehkan kami menawarkan produk dan perkhidmatan yang lebih inovatif pada harga berpatutan, terutamanya dalam pasaran Perusahaan,” kata Datuk Idham.

Baru-baru ini, Celcom telah mengambilalih dua syarikat ICT yang terkemuka iaitu, Infront Consulting Group (M) Sdn. Bhd. untuk Perkhidmatan Awan dan Rangkaian Terurus dan Bridgenet Solutions Sdn. Bhd. untuk penyelesaian keselamatan siber, penyelesaian rangkaian dan perkhidmatan terurus.

“Celcom menyasarkan untuk menawarkan penyelesaian ICT yang inovatif, terutamanya dalam Keselamatan Siber kepada perusahaan tempatan, membolehkan mereka melindungi sistem pengendalian dan data pelanggan mereka dengan lebih berkesan. Ini akan membantu mereka untuk menjadi lebih mampan secara digital, berdaya saing dan cekap apabila Malaysia menjadi peneraju ekonomi digital serantau yang terkemuka,” tutup Idham.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zul Ariffin

Primeworks Studios Raih 8 Anugerah di Festival Filem Malaysia Ke-31

Jovian Mandagie

JOVIAN & Shopee Bersatu Demi Super Brand Day 13 & 14 Disember