in , ,

Preview Eksklusif Muzik Video IZ: BERSAMA TOGETHER Nora Danish

Setelah lahirnya muzik video bagi single GONNA BE ALRIGHT yang berkonsepkan 1MALAYSIA September lalu, IZ sekali lagi tampil di dalam muzik video yang lebih bersifat ‘playful’, remaja dan penuh warna bagi single BERSAMA Together Featuring Nora Danish, di mana ianya diserikan lagi dengan penampilan istimewa finalis Akademi Fantasia, Anding (Drama bersiri Ghost di 8TV) dan finalis rancangan realiti One In A Million 2, Tunku Tiara (Drama bersiri ASTRO, Gadis Cuci).

Single ke-2 berbahasa Melayu hasil garapan IZ ini adalah amat istimewa bagi IZ kerana ianya merupakan lagu Melayu pertama yang ditulis beliau. Single mid-tempo ini juga menampilkan suara manja Nora Danish, seorang pelakon wanita tempatan yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Lagu ini pada asalnya telah ditulis liriknya di dalam bahasa Inggeris tetapi IZ mendapat idea secara tiba-tiba untuk menulis lirik Melayu lagu ini sejurus selepas GONNA BE ALRIGHT versi Mandarin dirakamkan.

Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada Bambang Sutrisno dari Hairkunst, The Curve Damansara untuk tajaan lokasi & rambut. Juga kepada Roxy dari butik SEVENDAYS, Bangsar bagi tajaan pakaian.

Terima kasih sekali lagi kepada ZAAF Productions & krew yang menaja penggambaran keseluruhan muzik video ini.

BUTIR LAGU Featuring Nora Danish on spoken words – Written, composed & produced by Iz Sulaini [IzWorkz Music] & Adam Luck [ADM Records Australia] – Malay lyrics by Iz Sulaini – Vocals arranged by Iz Sulaini – All Vocals by Iz Sulaini – Vocals recorded by Keith Yong @ The Ark Studios, KUALA LUMPUR – All instruments arranged & recorded by Adam Luck @ ADM Studios, SYDNEY – Mixed by Keith Yong & Mastered by Nick Lee @ The Ark Studios, KUALA LUMPUR – *Nora Danish appears courtesy of herself.

Layari: www.iz-one.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Spread The Entertainment Showcase Sony Ericsson and AXN

Astro Oasis Lancar Program Realiti Segunung Harapan