in , ,

Pretty Ugly Rakam Semula JANGAN KAU MIMPI Tribute Buat Siti Sarah

Album khas buat peminat di atas sokongan selama 21 tahun Pretty Ugly berada di persada seni tanahair. Album ini mengandungi 11 buah lagu.

9 lagu adalah lagu yang dirakam semula dengan gubahan yang baharu. Dua yang lain adalah ‘Jangan Kau Mimpi’ & ‘Dirimu Tetap Ku Cinta.

Walaupun COVID Melanda’. Kami merakam semula ‘Jangan Kau Mimpi’ sebagai tribute buat Sarah Raisuddin yang meninggal baru-baru ini disebabkan COVID19. Untuk pengetahuan semua, Neves adalah pencipta & penulis lirik serta penerbit bagi lagu tersebut yang terkandung di dalam album ‘Kesetiaan’. 

Pretty Ugly Rakam Semula Jangan Kau Mimpi Tribute Buat Siti Sarah

‘Dirimu Tetap Ku Cinta Walaupun Covid Melanda’ pula adalah sebuah lagu baharu berkisahkan tentang dugaan percintaan sepasang kekasih yang hidup di dalam musibah COVID19. 

Single untuk album ni adalah ‘5300’. Lagu ini hanyalah sekadar ‘B Side’ di dalam album ‘Transformasi Ke Stereo’ yang diterbitkan pada tahun 2004. Kami memang pertaruhkan lagu ini sebagai single untuk album itu. Akan tetapi pihak label terdahulu tidak mempercayai kredibiliti lagu tersebut & menganggap lagu 5300 tidak cukup komersial.

Jadi untukk kali ini kami pertaruhkan lagu ini sebagai single. 

Album ini adalah satu projek di bawah dana CENDANA. Album ini hanya dipasarkan secara digital buat masa ini.

Pretty Ugly juga merancang untuk memasarkan album ini secara fizikal kelak. Album ini akan dipasarkan di semua digital platform pada 31 Jan 2022’.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Neelofa | 20

Neelofa, PU Riz Dikurnia Bayi Lelaki, Gambar Bayi Ni Masa Kecil Pula Jadi Perhatian

Chez Hamdan

Chez Professional Lancar Kempen #duitdijari, Sasar 1000 Agen Tahun Ini