in , ,

Peraduan Premiere With Budiey – Filem THE GLASS CASTLE

Hai semua pembaca setia…. Budiey.com dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan sebuah tayangan Premiere With Budiey mengajak anda untuk menonton sebuah filem yang diadaptasi dari kisah benar buku memoir paling laris berjudul THE GLASS CASTLE. Yang menariknya, filem ini menerima komen yang positif daripada pengulas filem antarabangsa. Comfirmed best kan?

Filem The Glass Castle

Jadi, di sini Budiey nak mengajak anda semua menghayati sebuah filem yang wajib ditonton ini di mana anda yang hadir dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa masuk ke pawagam.

Untuk info pembaca, filem THE GLASS CASTLE telah mendapat reaksi dan kritikan yang memberangsangkan daripada pengulas serita pengkritik filem antarabangsa di mana ada antara mereka menjangkakan filem ini adalah antara yang terbaik untuk tahun 2017.

[dropcap]K[/dropcap]alau nak tahu, filem yang dilakon oleh pelakon yang pernah tercalon di anugerah filem ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 26 Oktober 2017.

Filem ini merupakan arahan dari pengarah filem bernama Destin Daniel Cretton yang sekaligus merangkap sebagai penulis naskah skrip dan jalan ceritanya, dan dibantu oleh seorang penulis lainnya, iaitu Andrew Lanham. Filem ini diterbitkan oleh Erik Feig, Ken Kao dan Gil Netter.

Sementara itu, filem ini dibintangi oleh pelakon Brie Larson sebagai Jeannette Walls, Naomi Watts sebagai Rose Mary Walls, Woody Harrelson sebagai Rex Walls, Sarah Snook sebagai Lori Walls, Max Greenfield sebagai David, Iain Armitage sebagai Brian Walls (berumur 5), Dominic Bogart sebagai Robbie, dan Ella Anderson sebagai Jeanette Walls (berumur 10).

[pullquote align=”right”]Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem yang penuh dengan babak drama yang memberikan banyak mesej kepada penonton ini bersama beberapa selebriti, Budieyators dan influencers yang dijemput khas? Caranya ada kat bawah ni, jadi jangan berlengah-lengah lagi, okay?[/pullquote]

Apa tunggu lagi, usah tunggu-tunggu lama lagi ya untuk mendapatkan tiket bagi menonton filem ini nanti.

Filem THE GLASS CASTLE adalah sebuah filem drama biografi yang dihasilkan di Amerika Syarikat. Filem ini bercerita tentang sebuah keluarga miskin yang terdiri daripada seorang anak gadis dengan wajah yang sangat cantik, ibunya seorang yang bekerja dalam bidang seni. Ayahnya pula merangsang imaginasi anak-anak untuk kehidupan yang lebih baik gara-gara kemiskinan yang mereka tempuhi. Ikuti kisah selanjutnya nanti.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam, okay?

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer THE GLASS CASTLE yang telah diriliskan di dada Youtube TGV Pictures.

Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak?

Untuk kalian yang menyukai filem bergenre drama ini, tunggu apa lagi… sertai peraduan ini dan dapatkan tiket anda!

Filem The Glass Castle

Sinopsis Filem THE GLASS CASTLE

Chronicling the adventures of an eccentric, resilient and tight-knit family, THE GLASS CASTLE is a remarkable story of unconditional love. Oscar® winner Brie Larson brings Jeannette Walls’s best-selling memoir to life as a young woman who, influenced by the joyfully wild nature of her deeply dysfunctional father (Woody Harrelson), found the fiery determination to carve out a successful life on her own terms.

Peraduan Tayangan Premiere Filem THE GLASS CASTLE

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 60 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
24 Oktober 2017 (Selasa)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
9.15 malam

Tempat:
TGV Cinemas 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere THE GLASS CASTLE – Budiey.com di TGV Cinemas 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #TheGlassCastleMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #TheGlassCastleMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.


Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua orang pelakon utama filem ini.

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere THE GLASS CASTLE – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere THE GLASS CASTLE

Tarikh tutup peraduan:

23 Oktober 2017 (Isnin)

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 26 Oktober 2017.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures: www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Filem The Glass Castle

Filem The Glass Castle

Filem The Glass Castle

Filem The Glass Castle

Filem The Glass Castle

Filem The Glass Castle

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anugerah Skrin 2017 Fakta Menarik Yang Anda Perlu Tahu

Betty Rahmad Bertunang Bakal Nikah Januari Depan