in , , ,

Anugerah Skrin 2017 Fakta Menarik Yang Anda Perlu Tahu

Majlis anugerah berprestij, Anugerah Skrin yang memartabatkan hasil seni televisyen dan layar perak tanah air akan kembali pada 3 November 2017. Membawakan tema “Mencipta Fenomena”, Anugerah Skrin 2017 menyeru seluruh warganegara untuk mengiktiraf sejarah, meraikan masa kini, dan bersedia untuk masa hadapan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak “Tahun ini ASK2017 mengetengahkan ‘Mencipta Fenomena’ sebagai temanya sebagai satu usaha untuk memartabatkan setiap pengorbanan yang dilakukan oleh semua penggiat seni tanah air tidak kira di hadapan atau di belakang tabir. Ini merupakan siri yang ke-21, dan sehingga tahun ini, Anugerah Skrin masih relevan dan memainkan peranan sebagai pemangkin industri penyiaran supaya para karyawan seni tanah air terus mencipta fenomena. Oleh itu, kami memperkenalkan beberapa pembaharuan pada ASK tahun ini, antaranya adalah Majlis Prelude ASK 2017. Di samping itu, kami berterima kasih kepada RTM, HyppTV, dan BERNAMA kerana sekali lagi menyokong ASK dengan menghantar pencalonan. Kami turut menghargai penyertaan penaja utama, Olay, penaja bersama Oppo dan rakan penaja McCafé dalam menjayakan program berprestij ini. Oleh itu, kami berharap fenomena terus dicipta bagi mewarnai industri penyiaran.

ASK2017 Memartabatkan Pencipta Fenomena Seni Tanah Air

Pengurus Besar P&G Malaysia, Puan May Teoh berkata ”Anugerah Skrin anjuran TV3 adalah acara berprestij yang mengiktiraf bakat-bakat seni tempatan yang mewarnai industri perfileman dan televisyen Malaysia. Keyakinan dan keunggulan yang ditampilkan oleh mereka dicerminkan dalam jenama-jenama P&G seperti Olay, Pantene, Oral-B, Gillette dan Head & Shoulders. Dengan itu, kami menyokong sepenuhnya acara anjuran ini dan amat berbangga untuk bekerjasa dengan TV3 pada Anugerah Skrin 2017”.

Temubual Eksklusif Bersama Fahrin Ahmad: Cabaran Hos Anugerah Skrin 2017

Selain saluran-saluran Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (TV3, ntv7, 8TV, dan TV9), Anugerah Skrin 2017 (ASK2017) tahun ini turut menerima penyertaan daripada HyppTV, RTM, dan BERNAMA. Pemilihan pencalonan-pencalonan ASK2017 adalah berdasarkan produksi-produksi yang telah ke udara dalam tempoh 1 Julai 2016 hingga 30 Jun 2017.

Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) akan bersiaran langsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur (PWTC) secara tiga bahagian. Bahagian pertama merupakan Majlis Prelude ASK2017 yang julung kalinya disiarkan secara langsung di kaca televisyen pada pukul 5 petang.

Bahagian keduanya merupakan Acara Karpet Merah yang akan ke udara secara dua peringkat iaitu secara strim langsung di portal video tonton pada pukul 8 malam dan siaran langsung di Pop TV, TV9 pada pukul 8.30 malam. Malam kemuncak ASK2017 merupakan bahagian terakhir yang akan ke udara secara langsung pada pukul 9 malam di TV3.

Anugerah Skrin 2017

Majlis Prelude ASK2017 ini akan dihoskan oleh Haiza Kool FM dan Issey Fazlisham (Titan) di ruang karpet merah ASK2017 untuk menyampaikan 13 anugerah. Selain itu, penonton juga akan dihiburkan dengan persembahan hebat daripada Haiza & Aepul, Aiman Tino, dan Tajul & Wany Hasrita.

Acara Karpet Merah ASK2017 akan bermula sekitar pukul 7.45 malam di ruang legar hadapan Dewan Merdeka, PWTC. Barisan artis yang terdiri daripada penghibur ASK2017, penyampai anugerah ASK2017, dan calon-calon ASK2017 akan berjalan sambil memperagakan busana glamor mereka sehingga masuk ke dalam Dewan Merdeka. Para pengikut setia ASK2017 berpeluang untuk saksikan Acara Karpet Merah ASK2017 ini secara langsung di portal video tonton pada pukul 8 malam dan Pop TV (TV9) pada pukul 8.30 malam.

Tepat pada pukul 9 malam, 3 November 2017 itu pula, ASK2017 akan mula bersiaran langsung bersama tiga pengacara bertenaga, Jihan Muse, Fahrin Ahmad, dan Shuk. Ketiga-tiga pengacara ini akan turut bergandingan bersama 15 penyampai anugerah iaitu Anim Ezzati, Aiman Tino, Aaisyah, Farah Nabila, Fattah Amin, Nabila Huda, Neelofa, Raja Ilya, Rozita Che Wan, Saiful Apek, Sara Adiba, Shukri Yahya, Wany Hasrita, Zizan Razak, dan Zul Ariffin sepanjang majlis anugerah itu berlangsung.

Menghiburkan para penonton malam itu adalah barisan artis hebat iaitu, Akim & The Majistret, Haqiem Rusli, Issey, Abam & Mark Adam, Stacy, Salam Musik, Nora Ariffin, Ayda Jebat, Hael Husaini, Zizan Razak & Azira Shafinaz, dan Black & Jaclyn Victor.

Pengundian atas talian bagi pencalonan Drama Rantaian Popular Media Sosial telah dibuka bermula 15 September yang lalu hingga 20 Oktober di mana para peminat Drama Rantaian Popular Media Sosial, Andainya Takdir, Pembancuh Kopi Mr. Vampire dan Pergilah Air Mata boleh mengundi drama pilihan mereka di laman sesawang rasmi ASK 2017 (www.anugerahskrin.com) dengan had undian sebanyak dua undian sehari.

Untuk pertama kalinya, Olay akan menjadi Penaja Utama Anugerah Skrin 2017. Baru- baru ini Olay telah mengubah formula dan pembungkusan koleksi anti-penuaan – Regenerist, White Radiance dan Total Effects – dalam jenama terbesarnya. Produk generasi baru Olay adalah kuasa penuh dengan bahan-bahan yang terbukti secara saintifik yang boleh membantu mengesan kulit secara visual dalam masa 28 hari. Dengan ini, P&G menjemput wanita untuk mencuba Olay 28 Day Challenge / Cabaran Olay 28 hari untuk membuka rahsia kecantikan awet muda.

Oppo, jenama telefon kamera pintar popular di Malaysia, turut berkolaborasi dengan Anugerah Skrin selaku penaja bersama. Sempena pelancaran produk baru Oppo F5, Oppo Malaysia akan mencipta rekaan eksklusif edisi ASK2017. Untuk memenangi model rekaan eksklusif ini, orang ramai boleh menyertai aktiviti di laman sesawang Oppo.

Sebagai rakan penaja, McCafé, McDonald’s bakal menerbitkan sebuah drama bersiri lima episod di TV3 yang bakal diumumkan pada malam kemuncak Anugerah Skrin 2017 kelak.

Di samping itu, Anugerah Skrin 2017 turut mendapat sokongan rakan-rakan media online iaitu OhBulan! dan Harian Metro Online yang akan memberikan sokongan terhadap sepanjang fenomena ASK ini.

Ikuti fenomena Anugerah Skrin 2017 pada 3 November, pukul 5 petang untuk siaran langsung Majlis Prelude ASK2017 di TV3, Acara Karpet Merah ASK2017 di tonton dan PopTV pada pukul 8 malam, dan Anugerah Skrin 2017 pada pukul 9 malam di TV3. Hidupkan juga perbualan di media sosial dengan tanda pagar #ask2017. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan youtube TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Anugerah Skrin 2017

MAJLIS PRELUDE ASK2017
5 PETANG – 6 PETANG (SIARAN LANGSUNG DI TV3)
RUANG KARPET MERAH ASK2017
DEWAN MERDEKA, PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA, KUALA LUMPUR

Kategori-kategori anugerah yang akan disampaikan adalah:

1. Videografi Drama Terbaik
2. Penyunting Drama Terbaik
3. Drama Rantaian Popular Media Sosial
4. Rancangan Dokumentari Terbaik
5. Rancangan Bual Bicara Terbaik
6. Rancangan Hiburan Terbaik
7. Laporan Khas Berita Terbaik
8. Videografi Filem Terbaik
9. Suntingan Filem Terbaik
10. Penataan Cahaya Terbaik Rancangan Siaran Langsung
11. Penataan Bunyi Terbaik Rancangan Siaran Langsung
12. Reka Bentuk Set Terbaik
13. Montaj Terbaik

ANUGERAH SKRIN 2017
9 MALAM – 11.30 MALAM (SIARAN LANGSUNG DI TV3)
DEWAN MERDEKA, PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA, KUALA LUMPUR

Kategori-kategori anugerah yang akan adalah seperti berikut:

1. Drama Terbaik
2. Pengarah Terbaik Drama
3. Lakon TV Terbaik
4. Pelakon Lelaki Terbaik Drama
5. Pelakon Wanita Terbaik Drama
6. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama
7. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama
8. Drama Rantaian Terbaik
9. Pelakon Komedi Terbaik
10. Drama Komedi Terbaik
11. Rancangan Majalah Terbaik
12. Rancangan Realiti Terbaik
13. Rancangan Anugerah Terbaik
14. Filem Terbaik
15. Lakon Layar Terbaik
16. Pengarah Terbaik Filem
17. Pelakon Wanita Terbaik Filem
18. Pelakon Lelaki Terbaik Filem
19. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem
20. Pelakon Pembantu WanitaTerbaik Filem
SENARAI PENCALONAN FILEM & DRAMA-DRAMA TERBAIK
ANUGERAH SKRIN 2017
9 MALAM (SIARAN LANGSUNG DI TV3)
DEWAN MERDEKA, PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA, KUALA LUMPUR

PENCALONAN FILEM TERBAIK PENCALONAN DRAMA TERBAIK
DORM MELATI DALAM KASUT
J REVOLUSI HAYAT
ADIWIRA KU MAK TAK BAGI BALIK
HOSPITAL TRAUMA
LEBUHRAYA KE NERAKA TERIMA KASIH RAMADAN
PEKAK YANG TERAKHIR UNTUKKU
VOLKSWAGEN KUNING KAPCAI AYAH
ALIF DALAM 7 DIMENSI MENGHARAP SEBUAH KEREDHAAN
ZACK KAPCAI PETANDA
ROCK BRO SALING
KAMPUNG DRIFT STESEN, SERONDENG, SAMPAN SERINGGIT
SOULMATE HINGGA JANNAH KAPUR KUNING BUAT PUTEH
BOPENG KEMBALI KEPADA FITRAH
PESAN DARI TUHAN
IBUKU SYURGAKU
TETAMU ALLAH
CINTA KHOLDI
MENANTU MATERIAL

DRAMA KOMEDI TERBAIK DRAMA RANTAIAN TERBAIK
BUDAK IJAT ANDAINYA TAKDIR
MAK CUN S3 7 HARI MENCINTAIKU
MISTERI WAN PEAH AMSYAR
JOYAH MY SWEET LAVENDAR
DENGAN BEETLE KAMI BERAYA PERGILAH AIR MATA
KEMBALI SENYUM SEHARUM MAWAR
PENJAGA GARISAN ITU SUAMI AKU DI SEBALIK WAJAH
PAPA SAYANG SYURGAKU TAK SEMPURNA
PENGANTINKU JATUH DARI LANGIT CINTA FB
SAYANG ACHU KETAT-KETAT MR STALKER..SAYA CINTAKAN AWAKLAH!
DIA NENG LUAR BIASA

DRAMA RANTAIAN POPULAR MEDIA SOSIAL
ANDAINYA TAKDIR
PEMBANCUH KOPI MR.VAMPIRE
PERGILAH AIR MATA

Anugerah Skrin 2017
Anugerah Skrin 2017

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pertunjukan Fesyen BIANCO MIMOSA di International Fashion Week Dubai Bakal Cipta Sejarah Tersendiri

Peraduan Premiere With Budiey – Filem THE GLASS CASTLE