in ,

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem WARCRAFT

Salam semua pembaca Budiey.com yang budiman,

Bagi memeriahkan lagi acara Premiere With Budiey pada bulan Jun 2016 ini, Budiey.com ingin menjemput Budieyators semua bersama selebriti untuk menonton sebuah filem aksi yang pastinya membuatkan korang teruja menontonnya. Filem yang Budiey maksudkan ialah filem WARCRAFT THE BEGINNING. Yeah, kali ini anda semua dapat menonton filem ini dalam bentuk 3D. Teruja tak?

Sebelum apa-apa, Budiey mahu korang tonton trailer filem penuh aksi yang diadaptasi dari games, WARCRAFT di mana anda dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa ke pawagam. Beberapa orang selebriti dan influencers juga akan dijemput untuk memeriahkan tayangan ini.

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer WARCRAFT yang telah diriliskan di dada Youtube saluran United International Pictures Malaysia.

Budiey kira, ramai yang super-duper excited nak tengok movie Hollywood yang dengan drama, aksi serta komedi yang menarik ni.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 9 Jun 2016.

Untuk kalian yang menyukai filem aksi, pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

Warcraft

Sinopsis Filem WARCRAFT

Filem ini mengisahkan tentang pertarungan antara faksi manusia yang beraliansi melawan Horde, kumpulan dari prajurit Orc yang jahat dan mengerikan. Perang ini bermula kerana perselisihan antara bangsa manusia dan Horde. Draenor, tempat dunia di mana Orc tinggal telah berada di ambang kehancuran sehingga para Orc melarikan diri darinya melalui Dark Portal yang merupakan pintu gerbang yang menghubungkan antara Draenor dan dunia manusia. Puak manusia yang dipimpin oleh Anduin Lothar (Travis Fimmel) terpaksa bertarung dengan bangsa Orc yang dipimpin oleh Durotan (Toby Kebbell) demi kelangsungan masa depan kaum mereka masing-masing. Di sisi lain bangsa Azeroth yang berada di ambang kepunahan kemudian bekerja sama dengan bangsa manusia untuk melawan Orc.

Peraduan Tayangan Premiere Filem WARCRAFT (3D)

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 146 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

8 Jun 2016 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

TGV 1 UTAMA

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere WARCRAFT – Budiey.com di TGV 1 UTAMA. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #WarcraftMy

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/uipmalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #WarcraftMy kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pengarah filem WARCRAFT

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere WARCRAFT – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

301679647 9798145995 O | 4

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere WARCRAFT – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

4 Jun 2016

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada www.facebook.com/UIPMalaysia dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup mengkagumkan ini mulai 9 Jun 2016.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/UIPMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel United International Picture : www.youtube.com/UIPMalaysia

Dapatkan info lanjut di laman website: www.uip.com.my

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Penonton Filem DEMOLITION

Jun Juara Ceria Popstar 2016