in ,

Jun Juara Ceria Popstar 2016

Program realiti nyanyian kanak-kanak, Ceria Popstar telah sampai ke penghujungnya apabila Jun, peserta kelahiran Tawau, Sabah dinobatkan selaku juara Jumaat lalu. Jun atau nama sebenarnya Siti Junaidah Bekri menewaskan saingat terdekat, Rezza yang terpaksa berpuas hati di tempat kedua.

Dalam pusingan battle yang menemukan kedua-dua peserta ini, Jun menyerlah dengan rendisi tersendiri lagu Bahtera Merdeka manakala Rezza menyanyikan lagu Mewangi, nyanyian asal Akim & The Majistret. Jun dan Rezza layak ke pusingan battle, selepas mengenepikan dua lagi peserta pada pusingan pertama, Aniq dan Hazmil.

Barisan Pemenang

Bawa pulang wang tunai RM 23,000.00 dan Anugerah Bintang Genius

Terdahulu, pusingan pertama Konsert Kemuncak Ceria Popstar menyaksikan Jun membawakan lagu Sesal Separuh Nyawa, yang pernah dipopularkan Alyah. Rezza pula melantunkan lagu Dealova. Aniq memilih genre kegemarannya, rock menerusi lagu Taman Rashidah Utama sambil diiringi kumpulan Wings sendiri.

Hazmil tampil memukau meskipun mencabar dirinya menyanyikan lagu dari genre pop, Aku Yang Tersakiti. Pemarkahan pusingan pertama ini menggunakan format penjurian professional (50 %) dan undian SMS (50 %). Dua peserta teratas mara untuk bertanding di pusingan battle bagi merebut kejuaraan Ceria Popstar di mana pusingan battle menggunakan format penjurian professional 100 %.

Konsert Kemuncak Ceria Popstar telah pun bersiaran Jumaat lalu, 27 Mei 2016, jam 9 malam di tiga saluran iaitu Astro Ceria, Saluran 611 , Astro Maya HD, Saluran 135 dan Astro Prima, saluran 105.

Konsert kali ini menampilkan Nabil Ahmad selaku pengacara manakala pelakon dan pelawak popular, Zizan Razak diundang selaku juri jemputan bagi menilai persembahan setiap peserta yang bertanding di samping juri tetap, Awie dan Dato’ Siti Nurhaliza. Pengacara tersohor tanahair, Datuk Aznil Haji Nawawi bertindak selaku penaung dan ‘father-figure’ kepada program ini.

Berikut merupakan senarai lagu tugasan yang telah dipersembahkan di Konsert Kemuncak Ceria Popstar 2016:

Keputusan Nama Peserta & Cikgu Asal Lagu Tugasan Lagu Battle
Juara Siti Junaidah Binti Bekri (Jun) – Black Sabah Sesal Separuh Nyawa (Alyah) Bahtera Merdeka (Versi Lan Typewriter)
.Naib Juara Muhammad Shahrezza Bin Abu Samah (Rezza) – Mark Adam Sarawak Dealova (Opick) Mewangi (Akim & The Majistret)
Tempat Ketiga Muhammad Aniq Iffat Bin Ruzaimi (Aniq) – Jaclyn Victor Perak Taman Rashidah Utama (Wings)
Tempat Keempat Hazmil Bin Hassan (Hazmil) – Mark Adam Sarawak Aku Yang Tersakiti (Judika)

Selaku Juara Ceria Popstar 2016, Jun membawa pulang hadiah berbentuk wang tunai sebanyak RM 20,000.00 beserta trofi sumbangan Astro. Jun turut memenangi Anugerah Bintang Genius tajaan Qu Puteh IQ Genius kerana menerima undian SMS tertinggi penonton membolehkan anak gadis berusia 14 tahun itu membawa pulang wang tunai RM 3,000 berserta trofi.

Naib juara, Rezza pula memenangi wang tunai sebanyak RM 15,000.00 beserta trofi. Aniq selaku pemenang tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM 10,000.00 dan juga trofi dan Hazmil di tempat keempat pula meraih wang tunai RM 5,000 dan trofi.

Konsert Kemuncak Ceria Popstar 2016 juga diserikan dengan persembahan jemputan istimewa dari kumpulan Wings, Hazama dan Hafiz Suip. Konsert tersebut telah disiarkan secara langsung dari Kompleks Studio Merdeka FINAS.

Juara Ceria Popstar 2016

Jun Dan Cikgunya, Black

Jun Di Pusingan Battle

Jun Ketika Membuat Persembahan Pertama

Jun, Juara Ceria Popstar 2016

Persembahan Sistar Dan Eylia

Rezza Dengan Lagu Dealova

Rezza Di Pusingan Battle

Rezza, Naib Juara

Aniq Dan Joe Wings

Aniq, Tempat Ketiga

Hazmil Tampil Memberi Kelainan

Hazmil Terima Hadiah Daripada Dato' Siti Nurhaliza

Hazmil, Tempat Keempat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem WARCRAFT

Rahsia Ramuan 7 Jenis Bunga dari K.A.W BY KEENA