in , ,

Peraduan Premiere With Budiey – Filem LOGAN LUCKY

Hai semua pembaca setia…. Budiey.com dengan kerjasama TGV Pictures akan menganjurkan sebuah tayangan Premiere With Budiey mengajak anda untuk menonton sebuah filem berbentuk jenayah dan komedi berjudul LOGAN LUCKY.

LOGAN LUCKY

Budiey nak mengajak anda semua menonton sebuah filem yang wajib ditonton ini di mana anda yang hadir dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa masuk ke pawagam.

Lucky Logan

[dropcap]K[/dropcap]alau nak tahu, filem arahan Steven Soderbergh ini bakal menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 7 September 2017.

Bagi korang yang suka menonton filem, pastinya nama Steven Soderbergh sudah tak asing lagi di telinga. Sebelum ini Steven Soderbergh pernah mengarah filem Ocean’s 11, 12, 13, MAGIC MIKE dan filem BEHIND THE CANDELABRA yang dibintangi Michael Douglas dan Matt Damon. Filem ini adalah antara projek impian Steven Soderbergh yang dirancang selama 16 tahun lalu di mana beliau mahu buat filem yang dilakonkan oleh ramai nama-nama besar.

[pullquote align=”right”]Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem yang penuh dengan babak aksi mengujakan ini bersama beberapa selebriti, Budieyators dan influencers yang dijemput khas? Caranya ada kat bawah ni, jadi jangan berlengah-lengah lagi, okay?[/pullquote]

Apa tunggu lagi, usah berlengah lagi ya untuk mendapatkan tiket bagi menonton filem ini nanti. Filem ini mengisahkan tentang satu rompakan jenayah yang dirancang oleh sekumpulan penjenayah semasa perlumbaan kereta NASCAR.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam, okay?

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer LOGAN LUCKY yang telah diriliskan di dada Youtube TGV Pictures.

Apa pendapat anda dengan trailer ni? Menarik tak?

Untuk kalian yang menyukai filem bergenre komedi, jenayah dan drama ini, tunggu apa lagi… sertai peraduan ini dan dapatkan tiket anda!

Selain tiket menonton di malam premiere, Budiey juga mahu menghadiahkan 5 helai baju T LOGAN LUCKY dan 3 buah beg toiletris LOGAN LUCKY untuk anda yang menghantar slogan yang PALING KREATIF.

Lucky Logan

3 buah beg toiletris LOGAN LUCKY

Lucky Logan

5 helai baju T LOGAN LUCKY

Sinopsis Filem LOGAN LUCKY

Trying to reverse a family curse, brothers Jimmy (Channing Tatum) and Clyde Logan (Adam Driver) set out to execute an elaborate robbery during the legendary Coca-Cola 600 race at the Charlotte Motor Speedway.

Lucky Logan

Peraduan Tayangan Premiere Filem LOGAN LUCKY

Sensasi Selebriti dengan kerjasama TGV Pictures ingin menghadiahkan 80 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton dan boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:
6 September 2017 (Rabu)

Masa Pendaftaran:
8.00 malam

Tayangan Filem:
9.00 malam

Tempat:
TGV Cinemas 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere LOGAN LUCKY – Budiey.com di TGV Cinemas 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #LuckyLoganMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/TGVPictures & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #LuckyLoganMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.


Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pengarah filem ini.

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere LOGAN LUCKY – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere LOGAN LUCKY

Tarikh tutup peraduan:

5 September 2017 (Selasa)

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada TGV Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 7 September 2017.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/TGVPictures dan jangan lupa langgan atau subscribe Youtube Channel TGV Pictures: www.youtube.com/TGVCinemas

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dokumentari Keunikan Habitat Haiwan Liar Dalam ZED WILDLIFE STORY

Peraduan GSC International Screens Filem TSUKIJI WONDERLAND