in , ,

Peraduan Tayangan Menonton Filem SEARCHING

Salam semua pembaca Budiey.com, sebuah filem bergenre drama, thriller penuh misteri berjudul SEARCHING akan menemui penonton tidak lama lagi. Sudah tentu ramai ‘moviegoers’ mahu mengetahui kisah menarik untuk filem kali ini.

Jadi, dengan itu, Budiey dengan kerjasama Sony Pictures Malaysia mahu mengajak anda menghadiri Tayangan Premiere Filem SEARCHING yang akan diadakan di TGV 1 Utama pada 19 September 2018.

SRCH_INTL_OnLine_1SHT_Lk6_Msia

Filem ini diarahkan oleh Aneesh Chaganty yang turut menulis skrip bersama Sev Ohanian.

Filem SEARCHING menceritakan tentang Margot (lakonan Michelle La) adalah seorang gadis remaja biasa yang sedang menikmati masa mudanya yang bebas. Namun, pada suatu ketika Margot menghilang dan membuatkan di rumahnya panik.

Tidak terkecuali David Kim (John Cho) ayahnya sendiri. David kemudian melaporkan peristiwa kehilangan anaknya pada pihak polis. Detektif Rosemary Vick (Debra Messing) merupakan petugas yang membantunya untuk menyelesaikan masalah kehilangan Margot.

Namun, dalam waktu 37 jam, Margot tak berjaya ditemui. Meskipun pihak polis tetap berusaha membantu David, namun sayang ayah punya jalan sendiri untuk mencari anaknya.

David kemudian mencari petunjuk-petunjuk tentang kehilangan anaknya melalui rakaman percakapan yang tersimpan di dalam laptop anaknya. David berusaha menghubungi satu per satu kawan rapat anaknya, dan merungkai petunjuk dari pesan yang ditinggalkan oleh teman-temannya.

Mampukah David memecahkan permasalahan ini, berjayakah beliau menemukan kembali anaknya yang hilang itu?

Ianya dibintangi oleh John Cho, Debra Messing, Kenneth Joy, Sara Sohn, Jerico, Vincent dan ramai lagi.

Kepada yang nak tonton filem ini, nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 20 September 2018.

Untuk kalian yang menyukai filem yang padat dengan adegan suspen ini pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

Peraduan Tayangan Premiere Filem SEARCHING

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 100 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

19 September 2018 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

8.45 malam

Tempat:

TGV 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja.

Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere SEARCHING – Budiey.com di TGV 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Pemenang dipilih berdasarkan slogan PALING KREATIF : Jangan lupa hashtag ini: #PremiereWithBudiey #SearchingMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni.

Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pengarah yang mengarah filem SEARCHING

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem SEARCHING kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: 

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere With Budiey SEARCHING

Tarikh tutup peraduan: 18 September 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Sony Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 20 September 2018.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel Sony Pictures : www.youtube.com/SonyPicturesMalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Filem SEARCHING

Filem SEARCHING

Filem SEARCHING

Filem SEARCHING

Filem SEARCHING

Filem SEARCHING

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Misi Bantuan Asnaf Shukri Yahaya Pada Hari Malaysia

Kaka Azraff & Aizat Amdan Nyanyi Lagu Tema GOL & GINCU VOL. 2