in , ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Filem PANDEMIC

Ini adalah hadiah Budiey kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!

Anda nak menghadiri Tayangan Premiere PANDEMIC – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem thriller yang penuh dengan adegan kejutan dan suspen ni. Budiey ada 100 pass tiket untuk dihadiahkan kepada semua pembaca Budiey.com yang teruja untuk hadir menonton.

Budiey juga nak ajak korang tonton sebuah filem dramatik thriller suspen lagi sadis berjudul PANDEMIC lakonan Rachel Nichols, Alfie Allan, Paul Guilfoyle dan ramai lagi. Pasti ramai yang ramai nak tengok filem suspen macam ni, kan?

Pandemic, adalah sebuah film Sci-Fi Action Amerika yang akan ditayang pada 14 April 2016. Filem ini bercerita tentang bahana virus yang tersebar. Diarahkan oleh John Suits, dan penulis skrip pula Dustin T. Benson. Filem ini dikeluarkan oleh XLRator Media dan dibintangi Rachel Nichols, Alfie Allan, Paul Guilfoyle, Pat Healy, Pyle, Mekhi Phifer.

PANDEMIC

Sinopsis Filem PANDEMIC

Ringkasan filem berikut ini dirilis rasmi oleh XLRator Media. Sebuah pandemi (penyebaran virus tak terhentikan) akan terjadi dalam waktu yang tidak lama lagi. Sebuah jenis virus yang menyebar dengan keadaan yang sangat luar biasa terjadi di bumi. Infeksi yang terjadi pada manusia akan mengambil alih bumi dalam waktu yang tidak lama.

Akan lebih banyak manusia yang terinfeksi dibandingkan yang tidak, dan manusia sudah kehilangan kekuatan mereka untuk mampu bertahan hidup. Hanya ada harapan untuk mencari dan menemukan ubat yang dapat menjaga mereka yang tidak terinfeksi untuk tetap bertahan.

Kota New York telah jatuh dan hancur setelah sebaran virus merajai kota itu, seorang dokter bernama Lauren (Rachel Nichols) mengembara ke Los Angeles untuk meninggalkan New York untuk sebuah misi, memimpin sebuah tim kecil untuk mencari dan menyelamatkan orang-orang yang masih bertahan dan tidak terinfeksi.

Tidak diketahui apakah virus ini sekedar membuat para korban hanya tewas begitu saja, atau justru akan jadi sebuah makhluk mengerikan seperti zombie di World War Z. Kita ikuti saja perkembangan selanjutnya.

Peraduan Tayangan Premiere PANDEMIC

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 100 pass tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

12 April 2016 (Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9:00 malam

Tempat:

GSC Mid Valley

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere PANDEMIC – Budiey.com di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini:  www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #PANDEMIC kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan seorang pelakon yang membintangi filem PANDEMIC

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere PANDEMIC – Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Tayangan Premiere PANDEMIC – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:
12 April 2016

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada GSC dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 14 April 2016.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

2016 MTV MOVIE Awards Winners: Complete List

Lima Sebab LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON Jadi Tumpuan