in , ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Menonton Filem ALPHA

Salam semua pembaca Budiey.com, sebuah filem aksi dan thriller yang luar biasa berjudul ALPHA akan menemui penonton tidak lama lagi. Sudah tentu ramai peminat filem ini mahu mengetahui kisah menarik untuk filem kali ini.

Jadi, dengan itu, Budiey dengan kerjasama Sony Pictures Malaysia mahu mengajak anda menghadiri Tayangan Premiere Filem ALPHA yang akan diadakan di TGV 1 Utama pada 3 September 2018.

FILEM ALPHA

Filem ini diarahkan oleh Albert Hughes dan skrip pula ditulis oleh Albert Hughes turut dibantu oleh kawan rapatnya iaitu Dan Wiedenhaupt.

Filem Alpha menceritakan tentang kehidupan yang survival semasa Zaman Ais terakhir yang kira-kira 20,000 tahun yang lalu. Dalam filem ini, watak utama adalah seorang lelaki muda bernama Keda (Kodi Smit-McPhee) yang berjuang dengan gigih mendepani cabaran yang getir dan sukar untuk mencari jalan pulang setelah dia gagal melakukan ekspedisi berburu. Kisah yang berlangsung selama berabad-abad – ini adalah salah satu cerita naratif yang hebat yang mengambil tema hubungan antara “anjing” dan manusia. Keduanya menjadi kawan baik walaupun mereka adalah dari makhluk yang berbeza.

Ianya dibintangi oleh Leonor Varela, Mercedes de la Zerda, Kodi Smit-McPhee, Jens Hultén, Marcin Kowalczyk, Priya Rajaratnam, Spencer Bogaert, Patrick Flanagan, Kyle Glenn Thomas, Michael Kruse-Dahl, Louis Lay, Blake Point dan juga Nestor de la Zerda.

Kepada yang nak tonton filem ini, nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 6 September 2018.

Untuk kalian yang menyukai filem yang padat dengan aksi ini pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

Peraduan Tayangan Premiere Filem ALPHA

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 80 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

3 September 2018 (Hari Isnin)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

8.45 malam

Tempat:

TGV 1 Utama

Anda ingin hadir? Senang sahaja.

Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere ALPHA – Budiey.com di TGV 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Pemenang dipilih berdasarkan slogan PALING KREATIF : Jangan lupa hashtag ini: #PremiereWithBudiey #AlphaMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni.

Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan seorang pelakon dalam filem ALPHA

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem ALPHA kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: 

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere With Budiey ALPHA

Tarikh tutup peraduan: 2 September 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Sony Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 6 September 2018.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel Sony Pictures : www.youtube.com/SonyPicturesMalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

FILEM ALPHA

FILEM ALPHA

FILEM ALPHA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Filem A.X.L

Konsert Big Stage Minggu Ke-4 Bertemakan Cover Tapi Bukan Aku