in , ,

Peraduan Premiere With Budiey Filem A.X.L

Ini adalah hadiah Budiey kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!

Anda nak menghadiri Tayangan Premiere A.X.L – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas?

Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem aksi sci-fi cemas yang penuh dengan adegan tragis dan suspen ni.

Trailer A.X.L ini menunjukkan bagaimana seorang lelaki muda yang secara tidak sengaja menemui sebuah robot anjing canggih yang cukup besar. Robot eksperimen milik tentera ini kemudian mengiringi lelaki muda ini untuk bermain motosikal sehingga dia mempunyai pengembaraan yang mendebarkan kerana dikejar oleh musuh.

[pullquote align=”right”]Budiey ada 80 pass tiket untuk dihadiahkan kepada semua pembaca Budiey.com yang teruja untuk hadir menonton filem sci-fi yang sangat menarik.

Filem A.X.L. mengisahkan tentang kehidupan Miles (Alex Neustaedter) yang sangat gemar melakukan adegan berbahaya dengan motosikalnya. Rutin dan kehidupannya mula berubah apabila dia menemui sebuah robot yang menyerupai seekor anjing dan mula berinteraksi dengannya. Robot ini mempunyai “otak” tiruan yang sangat canggih tetapi mempunyai jantung organik anjing. Miles kemudian terpaksa melindungi rakan barunya dengan bantuan gadis tercintanya, Sara (BeckyG).

Filem ini dijayakan oleh pelakon hebat seperti  Thomas Jane, Becky G, Alex Neustaedter, Ted McGinley, Dominic Rains, Alex MacNicoll, Dorian Kingi, Eric Etebari, Stacey Arwen Raab, Patricia De Leon, Niko Guardado, Maggy Vick, Sam Upton, Madeline Bertani, Jonathan Camp, Ashley Gibson dan ramai lagi.

Filem ini akan berada di pawagam mulai 30 Ogos 2018.

Nak tahu best ke tidak aksi filem ni, anda semua dijemput untuk menonton trailer filem ini dan bacalah sinopsis ringkas tentang filem ini.

AXL

Sinopsis Filem A.X.L

A.X.L. adalah anjing robot yang dilengkapi dengan kecerdasan buatan manusia yang sangat kuat dan perkasa. Anjing ini telah dibangunkan oleh tentera. Anjing ini sangat canggih kerana ia menyerupai anjing. Pada suatu hari seorang remaja yang menunggang basikal, Miles (Alex Neustaedter) terlanggar  anjing itu. A.X.L., walaupun menjadi robot, tetapi dia mengembangkan emosi seperti anjing sebenar. Dia dan Miles tidak lama lagi menjadi serasi antara satu sama lain dan membina ikatan emosi sebagai kawan. Walau bagaimanapun, saintis tentera yang kecewa dengan anjing yang mereka buat, melakukan segala yang mereka dapat untuk membawanya kembali ke kemudahan ketenteraan. Anjing ini dibangun sebagai senjata, bukan untuk menjadi kawan kepada manusia.

Untuk mengelakkan A.X.L. diambil kembali, Miles meminta bantuan dari teman wanitanya yang sangat pintar dan cerdas, Sara (Becky G.), untuk melindungi rakan-rakan mereka dalam pengembaraan epik yang tidak dapat dibayangkan sebelum ini.

Peraduan Tayangan Premiere A.X.L

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 80 pass tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

28 Ogos 2018 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9:00 malam

Tempat:

GSC Mid Valley

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere A.X.L – Budiey.com di GSC Mid Valley. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #AXLMY

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini:  www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #AXLMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua orang pelakon filem A.X.L

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere A.X.L – Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Tayangan Premiere A.X.L – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:
27 Ogos 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada GSC Movies dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 30 Ogos 2018.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Filem KIN

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey Menonton Filem ALPHA