in ,

Peraduan Tayangan Premiere Filem THE HUNTSMAN : WINTER’S WAR

Mirror Mirror on the Wall, Who Is the Fairest of Them All?

Ya, dialog kat atas ini dah cukup buat korang excited kan? Bagi memeriahkan lagi acara Premiere With Budiey pada bulan April 2016 ini, Budiey.com ingin menjemput Budieyators semua bersama selebriti untuk menonton sebuah filem fantasi penuh aksi dan dramatik yang pastinya membuatkan korang teruja menontonnya. Filem yang Budiey maksudkan ialah filem THE HUNTSMAN : WINTER’S WAR.

Untuk info, filem sekuel lanjutan dari Snow White and the Huntsman (2012) dari Hollywood yang berjudul THE HUNTSMAN : WINTER’S WAR ini diarahkan oleh Cedric Nicolas-Troyan dan skrip jalan cerita pula ditulis oleh Evan Spiliotopoulos dan Craig Mazin. Filem ini dibintangi oleh Jessica Chastain, Chris Hemsworth dan Emily Blunt dan ramai lagi. Karakter Snow White yang dilakonkan Kristen Stewart tak lagi dipakai dalam filem ini.

Sebelum apa-apa, Budiey mahu korang tonton trailer filem penuh dramatik  THE HUNTSMAN : WINTER’S WAR di mana anda dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa ke pawagam. Beberapa orang selebriti dan influencers juga akan dijemput untuk memeriahkan tayangan ini.

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer THE HUNTSMAN : WINTER’S WAR yang telah diriliskan di dada Youtube saluran United International Pictures Malaysia.

Budiey kira, ramai yang super-duper excited nak tengok movie Hollywood yang dengan drama yang sungguh tragis ni.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 14 April 2016.

Untuk kalian yang menyukai filem komedi, pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

THE HUNTSMAN_INTL_1SHT

Sinopsis Filem THE HUNTSMAN : WINTER’S WAR

Filem arahan Cedric Nicolas-Troyan ini menceritakan tentang nasib The Huntsman (lakonan Chris Hemsworth) dan Queen Ravenna (lakonan Charlize Theron), yang asyik dalam sebuah hubungan percintaan yang sangat mencabar. Sementara itu, ratu jahat Ravenna (Theron) telah berjaya dikalahkan oleh pedang Snow White, dia diam-diam memerhatikan bagaimana kakak perempuannya Freya (Blunt) harus menderita atas pengkhianatan dan telah meninggalkan kerajaan mereka.

Freya mempunyai kuasa ajaib iaitu dapat membekukan musuh-musuhnya, ratu yang masih muda itu telah menghabiskan waktu beberapa tahun ditempat yang jauh dalam sebuah istana musim dingin untuk membesarkan sebuah kelompok huntsmen.

Ketika Freya belajar setalah kematian kakaknya, dia segera mengumpulkan tentara yang masih dimilikinya untuk membawa cermin sihir (Magic Mirror) sebagai satu-satunya yang tersisa untuk mendapatkan kekuatan darinya. Tetapi setelah dia mendapat tahu bahawa Ravenna ternyata dapat dibangkitkan, adik kakak itu terancam dengan kekuatan kegelapan yang belum pernah ada.

The_Huntsman_Intl_OV_1-Sht-Payoff_Lovers_Edit

Peraduan Tayangan Premiere Filem THE HUNTSMAN : WINTER’S WAR

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 97 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

13 April 2016 (Hari Rabu)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.15 malam

Tempat:

GSC 1 UTAMA

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere THE HUNTSMAN : WINTER’S WAR – Budiey.com di GSC 1 UTAMA. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #TheHuntsmanWintersWar #Budieyators

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/uipmalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #TheHuntsmanWintersWar kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan dua pelakon filem THE HUNTSMAN : WINTER’S WAR

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere THE HUNTSMAN : WINTER’S WAR – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere THE HUNTSMAN : WINTER’S WAR – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

11 April 2016

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada www.facebook.com/UIPMalaysia dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup mencuit hati ini mulai 14 April 2016.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/UIPMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel United International Picture : www.youtube.com/UIPMalaysia

Dapatkan info lanjut di laman website: www.uip.com.my

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

The_Huntsman_Intl_OV_1-Sht-Payoff_Queens_Edit

The_Huntsman_Intl_Ov_Character_1-Sht-Payoff_Charlize-Edit

The_Huntsman_Intl_Ov_Character_1-Sht-Payoff_Jessica_Edit

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Kurnia Slam di StarXpo Centre, Kenanga Mall

Filem LU MAFIA GUA GANGSTER Bukan Komedi Biasa