in ,

Precession Capital Berhad (PCB) Kekal Teguh Dengan Misi Untuk Memacu PKS

Precession Capital Berhad (PCB), sebuah firma latihan keusahawanan dan pengurusan pelaburan yang sedang menempa nama dengan kepakaran dalam bidang strategi kewangan kekal teguh dengan misi mereka untuk memacu dan memperkasa PKS tanah air.

Bergerak sebagai sebuah syarikat pelaburan portfolio yang mendidik, memupuk, dan melabur dalam perniagaan-perniagaan yang berpotensi memberi pulangan tinggi atau ‘profitable’, PCB mengusahakan semula dan mengembangkan program Advance Business Course (ABC) – sebuah siri kursus perniagaan unik yang mensasarkan para pengasas perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan pemilik perniagaan yang berkeinginan untuk memajukan taraf perniagaan mereka daripada ‘mampu laksana’ kepada ‘berdaya labur’

Sejak penubuhannya pada 2016, PCB terus mengekalkan fokus dalam mendatangkan pulangan yang luar biasa dan dalam jangka masa yang panjang bagi kedua-dua pihak pelabur dan syarikat-syarikat yang dipupuk menerusi pemikiran luar kotak, kajian teliti, pelaksanaan yang unik dan tersendiri, integriti dan akauntabiliti. 

NASH DAN SHAH MOHAMED di satu sesi latihan

Menurut Nash Idrus, Ketua Pegawai Eksekutif PCB, “PKS memainkan peranan yang besar dalam memacu pasaran ekonomi, terutama sekali dalam negara-negara yang sedang membangun. PKS mempunyai pegangan besar dalam pasaran perniagaan global dan merupakan antara penyumbang penting kepada peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi dunia. PKS mewakili 90% perniagaan dan lebih daripada 50% ruang pekerjaan di seluruh dunia. Di Malaysia, PKS menyumbang sekitar 38% atau lebih daripada RM500 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Dengan kewujudan 1.15 juta perniagaan PKS di seluruh negara, mereka membentuk 97.2% daripada jumlah keseluruhan perniagaan di Malaysia dan membuka ruang pekerjaan kepada hampir 70% tenaga kerja di negara ini.”

Beliau menambah selanjutnya, “Oleh itu, seperti negara-negara membangun yang lain, PKS Malaysia berdepan dengan empat kekangan pertumbuhan utama, iaitu akses terhad kepada sumber-sumber kewangan, kesukaran untuk mengembangkan pasaran mereka, kegagalan untuk menarik dan mengekalkan bakat-bakat yang baik, dan ketidakmampuan untuk bergerak selaras dengan perkembangan teknologi yang semakin maju. Menerusi cabaran-cabaran ini, PCB tampil untuk membantu PKS merealisasikan misi mereka untuk menjadi sebuah perniagaan yang berjaya, berdaya tahan dan berkeuntungan menerusi penawaran perkhidmatan mereka yang pelbagai.”

Sejak penubuhannya sebagai sebuah syarikat pelaburan portfolio yang mendidik, memupuk, dan melabur dalam perniagaan-perniagaan yang berpotensi besar sejak lima tahun lalu, PCB telah banyak menyumbang ke arah kejayaan kebanyakan syarikat-syarikat pemula merentasi pelbagai industri. Sehingga kini, syarikat tersebut telah berjaya membimbing dan memupuk lebih 400 PKS menerusi bimbingan tenaga kerja PCB yang bertauliah dan berkredibiliti. 

Advance Business Course (ABC) – sebuah siri kursus perniagaan unik yang mensasarkan para pengasas PKS dan pemilik perniagaan yang berkeinginan untuk menaik taraf perniagaan

Baru-baru ini, PCB mengusahakan semula dan mengembangkan program Advance Business Course (ABC) – sebuah siri kursus perniagaan unik yang mensasarkan para pengasas PKS dan pemilik perniagaan yang berkeinginan untuk menaik taraf perniagaan mereka daripada ‘mampu laksana kepada ‘berdaya labur’. 

PCB telah mengembangkan ABC dengan penawaran program-program yang memfokuskan kepada pelbagai asas perniagaan; dan strategi perniagaan dan pelaburan. Program ini merangkumi tiga bulan bimbingan yang mendalam bersertakan pengalaman-pengalaman seacara langsung. 

Menerusi program ini, para usahawan yang tidak memiliki atau kurang ilmu untuk mengembangkan perniagaan dan modal akan menimba kemahiran untuk membina model perniagaan yang unik, serta ilmu-ilmu lain seperti Kewangan Korporat, Perbankan Pelaburan, Tadbir Urus Korporat, Pematuhan, Aliran Tunai Bebas, Penilaian, Penciptaan Kekayaan dan; Kebebasan Kewangan dan Masa. 

Di PCB, fokus kami adalah untuk menambah baik akses PKS kepada program-program pertumbuhan perniagaan dan menawarkan solusi-solusi inovatif secara berterusan. Kekurangan inovasi dalam kalangan PKS bukan sahaja menghalang pertumbuhan mereka, bahkan ia juga mengurangkan nilai keuntungan jangka panjang, dan seterusnya mengakibatkan kekurangan daya saing. 

Antara punca kegagalan untuk berinovasi adalah kos R&D yang tinggi, kekurangan dana, kurang keinginan untuk melabur dalam peningkatan kemahiran, latihan, dan pembangunan sumber manusia, kurang ilmu pengetahuan, dan lain-lain lagi. 

Perniagaan yang kurang daya kreativiti dan inovasi lazimnya tidak mampu untuk bersaing dalam pasaran akibat kekurangan nilai tambah yang mampu memberikan persaingan. 

Menjadi hasrat kami untuk memainkan peranan penting dalam menyahut seruan kerajaan untuk mendokong PKS selaras dalam misi kami untuk terus mengangkat perniagaan-perniagaan berkenaan ke sebuah tahap yang mampu menarik perhatian para pelabur,” ujar Shah Mohamad, Ketua Hubungan Pelabur PCB. 

NASH IDRUS_CEO

Bank Dunia menerusi laporannya pada Februari 2022, Malaysia – Assessment of the Start-up Financing Ecosystem and SME Program Efficiency Review telah mendatangkan beberapa saranan dan input buat Malaysia dalam usaha menuju matlamat untuk mengubah landskap PKS mikro sebagai kuasa baharu pertumbuhan negara. 

“Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) telah mengumumkan misi mereka tahun lalu untuk membina ekosistem syarikat pemula yang kondusif menerusi pelancaran Pelan Hala Tuju Ekosistem Start-up Malaysia (SUPER) 2021-2023 dan Program MyStartup. Menerusi program ini, Malaysia mensasarkan lima syarakat bertarafkan ‘unicorn’ dan 5,000 syarikat pemula menjelang akhir tahun 2025. PCB percaya bahawa kewujudan pembiayaan kewangan di peringkat awal akan menjadi alat yang amat efektif bagi menggalakkan penubuhan firma-firma inovatif tersebut. Walau bagaimanapun, pembiayaan kewangan hanya akan mengambil tempat seiring dengan peningkatan keyakinan dalam pulangan hasil perniagaan yang positif. PCB komited untuk memastikan aksesibiliti ilmu dunia perniagaan dan peluang-peluang pelaburan menjadi lebih kukuh”, tegas Nash lagi.

Bagi syarikat-syarikat dan syarikat pemula yang mahu memacu perniagaan mereka, sila layari www.precessioncapital.com 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yuka Kharisma Kembali Dengan Single Terbaharu Berjudul TERPATRI DIHATI

WAFIY AAN

Wafiy Aan Mahu ‘Lupa’ Kisah Silam, Kini Tampil Dengan Single Sulung