in ,

Pos Malaysia Terbitkan Setem Khas & Sampul Hari Pertama “Palestin Merdeka”

Pos Malaysia Berhad (“Pos Malaysia” atau “Kumpulan”), penyedia perkhidmatan pos dan bungkusan nasional hari ini melancarkan set setem “Palestin Merdeka”.

Setem “Palestin Merdeka” menampilkan imej tangan yang mengibarkan bendera Palestin, berlatarbelakangkan bayang-bayang orang ramai yang bersatu. 

Gambaran menyentuh hati ini melambangkan aspirasi rakyat Malaysia untuk keamanan yang berkekalan. Sementara itu, Sampul Hari Pertama menampilkan seekor merpati putih yang anggun memegang dahan zaitun, melambangkan simbol keamanan sejagat. 

Pos Malaysia Terbitkan Setem Khas & Sampul Hari Pertama "Palestin Merdeka"

Sepasang tangan yang memegang erat bersama satu sama lain pada muka folder melambangkan komitmen mendalam Malaysia untuk keamanan sementara motif Keffiyeh yang digunakan sebagai latar belakang merupakan simbol ketekunan dan solidariti. 

Pelancaran setem dirasmikan oleh YB Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi, dan turut dihadiri YBhg. Tan Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi Pos Malaysia dan Charles Brewer, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia. Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil menegaskan komitmen kerajaan yang teguh menyokong Palestin, memuji Pos Malaysia atas pameran solidariti yang berkesan. 

Pengenalan setem Palestin Merdeka bukan sahaja menunjukkan belas simpati tetapi juga memberikan rakyat Malaysia cara yang nyata untuk menunjukkan solidariti dengan rakyat Palestin yang menharungi detik-detik mencabar ketika ini. 

Inisiatif ini merupakan peringatan kepada aspirasi bersama rakyat Malaysia iaitu sifat kemanusiaan tanpa batasan, melambangkan pendirian bersatu demi agenda yang melepasi sempadan negara, Pos Malaysia berbesar hati menyokong pendirian Kerajaan Madani dengan pelancaran koleksi setem istimewa ini. 

Melalui seni filateli, Kumpulan ini berdiri teguh dalam pendirian menyokong eamanan, keadilan dan masa depan yang lebih cemerlang untuk semua. Pos Malaysia bangga engan kuasa setem kami untuk menyampaikan mesej harapan merentasi sempadan dan memupuk kefahaman global. 

Pos Malaysia Terbitkan Setem Khas & Sampul Hari Pertama "Palestin Merdeka"

Sebahagian daripada hasil jualan akan disalurkan kepada Tabung Amanah Kemanusiaan “alestin yang diurus oleh Kementerian Luar Negeri. Dana tersebut akan disalurkan melalui misiatif Ops Ihsan, kolaborasi antara Kerajaan Malaysia dan 53 NGO kemanusiaan untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza. Set setem “Palestin Merdeka” akan dijual secara dalam talian di www.pos.com.my/shop dan di Pejabat Pos dan Biro Filateli Pos Malaysia bermula 18 Januari 2024, pada harga RM1.30 setiap Setem, Sampul Hari Pertama pula boleh didapati pada harga RM0.50 dan Folder pada harga RM6.00. 

Setem juga boleh dibeli dalam bentuk helaian setem, mengandungi 20 setem setiap elaian, pada harga RM26.00. eminat setem boleh mendaftar untuk Akaun Simpanan Pesanan Tetap (SODA) bagi menikmati roses pembelian terkini tanpa risau serta menikmati faedah eksklusif yang ditawarkan oleh ODA. 

Mereka yang berminat menjadi sebahagian daripada komuniti SODA boleh mendaftar di mana-mana pejabat pos di seluruh negara atau dalam talian di www.posonline.com.my

Untuk pertanyaan lanjut mengenai setem dan produk filateli lain, Unit Setem dan Filateli Pos alaysia boleh dihubungi melalui telefon di 03-2267 2000 atau e-mel ke [email protected]

Dapatkan berita terkini mengenai perkhidmatan, berita terkini dan aktiviti Pos Malaysia di Linkedin daripada www.pos.com.my, Facebook, Twitter, Instagram, Tik Tok, Youtube.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

DR IDZU BAHARIN

Dr. Idzu Lakar Sejarah Yang Pertama Guna Teknologi 3D Bioprinting di UKM

Pentas Marhaban terbitan TV AlHijrah

Fahmi Tiada Kuasa Pengaruh Keputusan Pentas Marhaban Pilih Al Maqari