in ,

Fahmi Tiada Kuasa Pengaruh Keputusan Pentas Marhaban Pilih Al Maqari 

Fahmi atau nama sebenarnya Muhamad Nurfahmi Zainal, 23,berkata, biarpun bertindak sebagai pengacara program terbabit, namun dia tidak diberikan sebarang keistimewaan oleh pihak produksi stesen TV itu.

Kuala Lumpur: Pengacara program realiti Pentas Marhaban terbitan TV AlHijrah, Tilmiz Fahmi menafikan dia mempunyai kuasa dalam menentukan senarai peserta bagi program realiti terbabit susulan pembabitan kumpulannyq, Al Maqari pada konsert minggu kelima yang bakal berlangsung esok.

“Memandangkan masih ada lagi persoalan mengenai isu status saya dengan kumpulan Al Maqari di pentas marhaban, di sini  saya nak jelaskan saya hanya bertindak sebagai hos manakala Al Maqari pula adalah peserta program ini. 

“Saya tidak diberikan sebarang kuasa atau keistimewaan untuk menentukan siapa juara pada minggu akan datang atau minggu ini.

“Sebenarnya pemarkahan 100 peratus diadili oleh juri tetap dan juri jemputan,”

– Fahmi
Fahmi Tiada Kuasa Pengaruh Keputusan Pentas Marhaban Pilih Al Maqari

Terdahulu Fahmi mendedahkan dirinya menerima mesej peribadi di Instagram daripada pengikut yang mempertikaikan pembabitan kumpulannya, Al Maqari di Pentas Marhaban selepas dia bertindak sebagai pengacara program itu.

Konsert minggu kelima Pentas Marhaban bakal menyaksikan pertembungan di antara kumpulan Al Maqari dan Qalbun Hadi. 

Dalam masa sama, Fahmi turut menepis dakwaan orang ramai yang mengatakan Al Maqari tidak memberi peluang kepada pendatang baharu untuk mencuba nasib dalam mana-mana program realiti TV

“Ini adalah satu tohmahan yang salah serta tuduhan berat sebab Al Maqari sendiri bukan kumpulan yang sudah berkecimpung berbelas tahun dalam bidang ini.

“Sebenarnya kami baru nak menapak dan kuatkan lagi jenama kumpulan ini di platform TV khususnya.

“Jika anda rasa layak untuk menyertai mana-mana program, kita bersaing secara sihat. Kita tunjukkan usaha dan komitmen serta jangan ada perbalahan,”

– Fahmi
Fahmi Tiada Kuasa Pengaruh Keputusan Pentas Marhaban Pilih Al Maqari

Selain Fahmi, Pentas Marhaban turut dihoskan oleh pelakon dan pengacara popular Syamsul Ghau Ghau.

Untuk info, Pentas Marhaban akan bersiaran selama lapan minggu dan sebanyak dua kumpulan akan berentap pada setap minggu.

la akan diadili oleh dua juri tetap iaitu Ustazah Asni Mansor dan Ustaz Zulhafis (Along Gambus) bersama seorang lagi juri jemputan.

Pentas Marhaban bersiaran secara langsung dari Studio Penyiaran Digital TV Al Hijrah pada setiap Sabtu, pukul 9 malam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pos Malaysia Terbitkan Setem Khas & Sampul Hari Pertama “Palestin Merdeka”

PRISM+ Lancar Outlet Ke-6 di Aeon Mall Bukit Tinggi, Klang, Selangor