in

Portal Tonton Capai 2 Juta Pengguna Berdaftar

CAPAI 2 JUTA PENGGUNA BERDAFTAR!

Portal video pintar Tonton mencatat kejayaan luar biasa dengan lebih 2 juta pengguna berdaftar. Tonton, portal video ulung negara, menawarkan penerokaan dunia teknologi penyiaran terkini melalui sumber di hujung jari. Angka 2 juta pengguna berdaftar ini telah direkodkan melalui laman web www.tonton.com.my pada hari ini dan semakin meningkat kini.

Menampilkan pelbagai rancangan drama, dokumentari, program bual bicara dan lain-lain, Tonton menawarkan pengguna dengan pilihan saluran televisyen antaranya TV3, ntv7, 8TV dan TV9 selain rangkaian saluran online seperti KRU TV, GUA TV serta Tonton Eksklusif dan Tonton Korean. Malah, penyertaan saluran radio milik Media Prima Berhad turut memberi lebih pilihan buat pengguna melalui siaran One TV, Hot TV dan Fly TV.

Kejayaan portal video Tonton yang menjangkau usia 1 tahun pada bulan Ogos yang lalu membuktikan arena dunia siber kini mendominasi gaya hidup dan sumber hiburan umum tempatan.

Selain laman web, Tonton juga membekalkan kandungan video secara ‘mobile’ di m.tonton.com.my.
• iOS 4 dan ke atas – iPhone, iPad, iPod Touch
• Android 2.2 dan ke atas – Telefon Pintar Android dan Tablet
• Blackberry 6 dan ke atas – Telefon Pintar Blackberry dan Tablet

Sertai komuniti Tonton sekarang melalui pendaftaran di www.tonton.com.my dan terokai dunia teknologi penyiaran terkini!

tonton

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Top Chef Just Desserts di ntv7

AirAsia Appoints Andrew Littledale