in

Infinatez & Joe Flizzow Too Phat di Pelancaran Portal GUA Kini Berwajah Baru

Pada 9 Januari yang lalu, jam 11 pagi, Budiey menghadiri majlis pelancaran Wajah Baru Portal Gua di Youth 09, di Dewan Tun Razak 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur.

Persembahan artis pun ada. Kira cantiklah jemput Joe Flizzow Too Phat yang menyanyikan lagu Bergerak. Sesuailah dengan portal ini yang sentiasa bergerak maju ke hadapan. Juga ada Infinatez yang menyanyikan lagu Paparazzi sesuai dengan tema portal itu yang sentiasa mengejar berita terkini. Dan bos GUA ada buat gimik dengan bermain drum. Huhu…


Joe Flizzow tengah nyanyi rap lagu Gua Bergerak!


M Zul, bos GUA sedang buat gimik, main gendang… ada bakat!

Dan ini antara gambar yang sempat Budiey rakam…

Azwan dan Azmi, wartawan Melodi antara media yang datang cover.

Ini pula pengacara baru GUA yang menjadi juara kepada pertandingan hos yang dianjurkan GUA tak lama dulu. Datang dengan kawan… mmm kawan ke, boy friend?

M. Zul sedang menampilkan bakatnya yang jarang diketahui ramai… memang dia pandai main alat muzik pun kan?

Persembahan vokal Infinatez memang sentiasa memukau. Paparazzi…

 

Kini 2009! Permulaan tahun yang baik buat GUA www.gua.com.my laman sesawang hiburan dan gaya hidup paling popular di Malaysia dengan bangganya hari ini telah menampilkan wajah baru dalam sebuah majlis yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Bersempena dengan tahun baru ini juga, GUA kini lebih mantap, hebat dan menyerlah!

Di awal permulaan, kandungan GUA yang meliputi hiburan, berita gaya hidup, serta informasi terkini buat para pembacanya telah menyumbang kepada kesesakan yang pernah dipaparkan di laman tersebut. Sungguhpun begitu, ia tidak menjadi penghalang kepada para pengguna baru untuk terus mendaftar sebagai ahli GUA, lantas membuktikan bahawa GUA masih mempunyai jumlah pengikut serta sokongan yang teguh dan semakin meningkat sepanjang tempoh waktu ini. Hari ini, GUA mempunyai hampir 400,000 orang ahli dan menerima secara purata 1.5 juta tatapan seminggu!   

Jelas ternyata, GUA tidak menggunakan angka-angka ini untuk terus berdiam diri. Dengan lahirnya semakin banyak portal bercorak hiburan setiap bulan, GUA yang baru pasti akan menyengitkan lagi saingan yang sedia ada.

Bermula hari ini, GUA muncul dengan reka letak yang lebih ‘bersih’ dan kemas tetapi masih mengekalkan penampilan keseluruhan yang ranggi dan terkini. Kesesakan tersebut kini telah digantikan dengan kandungan yang lebih tersusun serta teratur, di samping tajuk-tajuk kecil dan menu aturan yang lebih ringkas dan mudah.

Mereka yang sudah biasa dengan laman tersebut pasti perasan bahawa GUA masih mengekalkan halaman-halamannya seperti  Love & Relationship, GUAMUZIK, Video dan Community di samping halaman Entertainment serta Lifestyle. Walaupun Video kini dikenali sebagai GUA TV, ia tetap akan memberikan kandungan video berformat-pendek berkualiti dan drama-drama maya untuk para penggunanya tahun ini. Demi menyahut komen serta tindak balas para pengguna, GUA TV kini mempunyai pemain video yang lebih besar untuk pengalaman tontonan yang lebih baik.  

Joe FlizzowToo Phat

Selepas upacara pelancaran hari ini, penyanyi rap tersohor Negara, Joe Flizzow telah bergabung tenaga bersama-sama dengan Infinatez, dan The White Percussions dalam memberikan persembahan yang paling mantap. Lewat lagu GUA Bergerak yang diadaptasikan daripada album terbarunya President, Joe telah mempamerkan persembahan yang hebat sambil halaman-halaman GUA dipancarkan satu demi satu di layar utama.

Apa yang lebih menarik, upacara pelancaran bermula dengan ketua GUA sendiri,  En M. Zulkifli Abd Jalil menayangkan bakatnya bermain gendang buat kali pertama! Zulkifli yang juga seorang penulis lirik terkenal, memulakan acara dengan ketukan gendangnya dan kemudian disertai oleh kumpulan yang terdiri daripada enam orang ahli bergelar The White Percussions.

Persembahan berterusan yang bermula dengan ketukan gendang itu telah diikuti dengan sebuah lagu rap dendangan Joe Flizzow, dan kemudian diakhiri oleh Infinatez, sebuah kumpulan vokal bersuara merdu yang telah dikesan daripada sebuah rancangan TV realiti, yang turut berjaya menawan hati peminat dengan alunan merdu lagu tema GUA versi acapella.  

Para tetamu juga telah diperkenalkan kepada barisan pengacara GUA TV untuk tahun 2009 yang terdiri daripada Adria, Ben Ibrahim, Liang, Miya Zainal, Sarah Lian, Sari Yanti, Shah Shamshiri dan Sri Sharinie. Mereka akan menjadi pengantara untuk rancangan-rancangan video popular GUA seperti Randomania, yang memberikan liputan terbaru tentang segala acara dan peristiwa di sekitar kota, GUA Kaki Bola – sebuah rancangan selama lima minit mengenai sukan bola sepak, GUA@MHI – ringkasan tentang perkembangan terbaru GUA di TV3 melalui Malaysia Hari Ini, serta Wassup@GUAMUZIK – sebuah rancangan baru yang memberikan perkembangan muzik terkini di GUAMUZIK.

Sebagai Rakan Media Online Rasmi Youth ’09 : The Youth Revolution Lifestyle Event yang berlangsung di PWTC, GUA telah mengadakan pelancaran tersebut serentak dengan acara belia gergasi itu yang diketuai oleh Encik Joel Neoh, Pengarah Projek & Pengerusi Youth Malaysia. Acara yang digembar-gemburkan itu dibuka kepada orang awam hari ini dan akan berterusan selama dua hari. 

Sepanjang tiga hari ini, GUA akan menjalankan pelbagai aktiviti. Para peminat peserta akhir Anugerah Juara Lagu tahun ini juga dijemput hadir ke Dewan Tun Razak 2, PWTC kerana Faizal Tahir, Estranged, Zahid, Farawahida serta Aiman akan membuat kemunculan istimewa di gerai GUA. Buat mereka yang berada di luar lembah Kelang, layari www.gua.com.my dan ikuti sesi chat melalui kamera web dengan finalis kegemaran anda dari jam tiga petang pada hari Jumaat sehingga Ahad.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Erra Fazira & Engku Emran di Pra Tonton Sifu & Tongga

Filem Rempit V3 Arahan Farid Kamil