in ,

Filem Rempit V3 Arahan Farid Kamil

Melengkapi kalendar tahun 2008, Metrowealth (MIG) sedang menghasilkan filem seterusnya berjudul  REMP-IT V3. Mengumpul kutipan box-office RM4.1juta, filem Remp-it yang diterbitkan pada tahun 2006 diyakini masih mempunyai pengikut yang tersendiri. Namun hanya pada tajuk, REMP-IT V3 menampilkan sebuah filem berbeza dengan memngetengahkan mood lebih advance sesuai dengan perbezaan beberapa tahun ini.

REMP-IT V3 juga akan diarahkan oleh pengarah baru iaitu Farid Kamil. Keyakinan penerbit meletakkan tanggungjawab berat ini kepada Farid Kamil setelah melihat beliau sudah bersedia melakukannya. Farid juga menjadi pengarah ketiga dalam skim 10 pengarah muda yang mahu dihasilkan Metrowealth (MIG). Kecenderungan Farid Kamil tehadap konsep aksi sebegini dianggap mampu memberi satu kelainan terhadap look filem ini.

REMP-IT V3 yang dijangka menelan kos sebanyak RM1.8 juta akan menjalani pengambaran di sekitar negeri Kedah dan Lembah Kelang bermula 20 Disember ini. Dua negeri ini dipilih sesuai dengan jalan cerita yang ingin disampaikan.

Menggunakan khidmat pengarah sinematografi tebaik FFM 21 iaitu Raja Mukhriz Raja Kamaruddin, REMP-IT V3 pasti akan menggamit penonton dengan syot-syot memukau. Begitu juga dengan barisan krew produksi yang berpengalaman lain.

Farid Kamil akan menggalas tanggungjawab lebih besar apabila diberi peranan sebagai hero disamping pelakon-pelakon lain. Antara pelakon yang sudah mengesahkan penglibatan di dalam Remp-it V3 adalah Bront Palarae, Intan Ladyana, Lisa Surihani, Radhi OAG, Cat Farish, dan Corrie Lee di samping pelakon-pelakon senior seperti Wan Nor Azlin, Shaharuddin Thamby, Mr. Os, Kamarool Hj. Yusoff dan ramail lagi.

Sememangnya besar harapan yang disandarkan terhadap filem ini dan diharap semua pihak sudi memberi sokongan di dalam merealisasikan harapan ini. Semoga REMP-IT V3 akan dapat mengulangi kejayaan Remp-it pada tahun 2006.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. wow…seksanyaaaa…pelakon yg ada nama pun tak la seksa sngat cam 2 pelakon baru ni…nak cepat laku la tu..tu sb separa bogel dah..ish..ish..
    ape la nak jd dgn artis2 baru la ni,klu suruh bogel pun sure dorang nak.. kan,asal dpt jd glamer sudah la..eee..cheq malu..!

  2. Kenapalah asyik-asyik keluar filem tentang Rempit jer. Tak de idea lain ke?

    Gambar last tu nampak macam minah-minah Filipin kat area aku jer.

  3. hai nape cite ni truk sngt hahahahahaha!!!!!!! tpi kwn saye suke cite ni sbb awk yg brlakun saye x suke la juliana brlakun ngan awk x sesuai la awk kan ensem ramai mnat awk tau x ha bye muahhhhhhhhhhh!!!!

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Infinatez & Joe Flizzow Too Phat di Pelancaran Portal GUA Kini Berwajah Baru

PALESTINIAN ENVOY TO SPEAK OVER SPECIAL RADIO TALK SHOW