in , ,

Poovaa Releases Her Version of The Late Sudirman’s Song WARISAN

Malaysians are familiar with “Warisan”, a song about patriotism that was delivered by the late Sudirman – a legendary singer.

Semangat patriotisme dan cintakan negara seharusnya dipupuk dalam jiwa setiap anak Malaysia, tak kira bangsa Melayu, India mahupun Cina.

Demi menghayati bulan kemerdekaan, penyanyi dan komposer bukan Melayu, Poovaa, 39, tidak ketinggalan menyemai semangat patriotik menerusi lagu Warisan, nyanyian asal Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.

Poovaa atau nama sebenarnya, Poovanesvary Sri Rama tampil dengan nyanyian versinya sendiri diiringi petikan piano.

Memilih lagu patriotik yang dirasakan dekat dengan hatinya sempena bulan kemerdekaan, Poovaa berkata, dia tertarik untuk menyanyikan lagu Warisan apabila mendalami liriknya.

“Sudah lama saya berhasrat menyanyikan kembali lagu patriotik sempena Hari Kemerdekaan. Apabila mendengar lagu Warisan selepas dicadangkan oleh seorang rakan, saya terus terpaut pada liriknya. Sememangnya, lirik yang ditulis oleh Allahyarham Syed Haron Syed Ahmad indah seperti lagunya.

“Lantas saya merasakan lagu ini bersesuaian dengan situasi kita semua sedang lalui. Sedang dunia dilanda krisis yang juga membawa impak kepada rakyat Malaysia, jadi begitu penting untuk menanamkan rasa cinta dan menaruh kepercayaan penuh kepada negara yang dicintai.

“Lagu Warisan membawa mesej yang bertepatan. Jadi, saya pilih untuk merakamkan semula dengan penuh penghayatan,”

– Poovaa

Mengambil masa hanya dua hari untuk menghafal dan menghayati lagu Warisan dengan baik, Poovaa berterima kasih pada rakan yang banyak membantunya merealisasikan video yang mula dimuat naik dalam laman YouTube I Am Poovaa sejak 20 Ogos lalu.

“Terima kasih kepada pengarah muzik, Rozhan Razman dan pengarah video muzik, Gbam dari CST Productions. Tak lupa, rakan baik, Sharon Chong yang bermain piano dalam video muzik ini.

“Keseluruhan kerja produksi, termasuk rakaman dijalankan dalam masa satu hari. Memang memenatkan, tetapi kami berpuas hati dengan hasilnya.

“Saya gembira bekerjasama dengan individu yang mahir dengan kerjanya kerana mahu lagu Warisan berjaya menarik pendengar. Saya ingin membuktikan penyanyi bukan Melayu boleh membawakan lagu patriotik dengan baik,”

– Poovaa
Penyanyi, Poovaa ketika menyertai Festival Muzik Hong Kong Asian-Pop pada 2015. - Foto IG Poovaa
Penyanyi, Poovaa ketika menyertai Festival Muzik Hong Kong Asian-Pop pada 2015. – Foto IG Poovaa

Mengharapkan tiada jurang perpisahan antara bangsa, Poovaa mahu pendengar Melayu turut memberi peluang pada penyanyi sepertinya.

“Saya berasal dari Tanjung Karang, Selangor. Saya dihantar bersekolah Tadika Kemas di mana saya berpeluang mempelajari Jawi. Saya masih boleh ingat sebutan huruf dalam Jawi.

“Saya mempunyai ramai kawan Melayu dan ketika membesar, saya mendengar lagu Melayu seperti nyanyian Rohana Jalil. Jujurnya, bahasa Melayu adalah bahasa kedua selepas Inggeris di rumah.

“Saya bertutur bahasa Melayu dengan rakan kerana saya anak Malaysia. Jadi, mengapa tidak saya juga diberikan peluang?,” katanya.

– Poovaa

Ekoran itu, Poovaa merasakan langkahnya merakamkan lagu Warisan adalah strategi terbaik sebelum tampil dengan single bahasa Melayu pertama.

Poovaa berkata, dia pernah mencipta lagu bahasa Melayu pada 2015, bagaimanapun ia hanya menjadi simpanan. Baru kini mempunyai keyakinan mengeluarkan single berjudul Karya itu.

“Saya sedar perlu mengatur langkah dengan baik untuk berjaya. Saya bertuah bertemu pasukan yang mendorong saya melakukan semua ini.

“Saya bertemu dengan penerbit yang betul iaitu Omar K dan Shazzy yang menghasilkan lagu Karya ini.

“Saya banyak berhabis untuk single Karya, tetapi saya perlu melakukannya kerana tiada siapa mahu membantu saya. Itulah cabaran, tetapi disebabkan minat, saya teruskan juga,”

– Poovaa

Tidak hanya satu, Poovaa merancang mengeluarkan lebih banyak single bahasa Melayu yang kini dalam pembikinan.

Ia kerana Poovaa percaya, hanya satu lagu tidak cukup untuk menarik pendengar Melayu mengenalinya.

“Saya mahu pendengar menghargai penyanyi bukan Melayu seperti saya yang boleh menyanyikan lagu Melayu.

“Namun, saya lakukan bukan untuk populariti kerana saya yakin populariti akan datang pada waktunya. Saya menyanyi disebabkan jiwa dan minat dalam nyanyian,” katanya yang turut menyimpan impian untuk berjaya ke Anugerah Juara Lagu (AJL).

– Poovaa

Penyanyi dan pencipta lagu itu bukanlah pendatang baharu dalam industri seni suara apabila pernah dinobatkan sebagai Artis Baharu Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) pada 2014. Dia juga pernah dicalonkan dalam kategori Persembahan Suara Terbaik Di Dalam Lagu dan Lagu Inggeris Terbaik pada anugerah yang sama.

Kemenangan dan pencalonan itu menerusi album Ticket To Faketown yang memuatkan lagu tulisannya sendiri.

Bagaimanapun, selepas kemenangannya, percubaan Poovaa untuk menembusi pasaran muzik Melayu tidak berjaya.

“Saya terfikir kembali berusaha ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dari situlah, rakaman lagu Warisan berlaku.

“Saya fikir sekiranya bukan sekarang, bila lagi saya mahu mencuba. Sudahlah melangkah masuk ke pasaran arus perdana agak lewat pada usia mencecah 29 tahun, jadi saya tidak mahu membuang masa,” katanya.

– Poovaa

Bagaimanapun, meskipun baru 10 tahun, Poovaa gembira apabila sudah meraih pelbagai pengalaman. Antaranya, pernah mewakili negara ke Festival Muzik Hong Kong Asian-Pop pada 2015 dan menyertai program realiti, Asian Dream, tahun lalu.

Menerusi program realiti itu, Poovaa mendapat perhatian penyanyi yang juga lagenda muzik antarabangsa, Michael Bolton.

“Bolton mudah didekati, baik dan lucu. Beliau mempunyai banyak pengalaman bermanfaat yang dikongsi bersama saya.

“Beliau memberikan saya nasihat untuk terus berusaha dan memberikan komen yang baik mengenai vokal saya. Bolton menyatakan saya seorang artis yang baik. Atas nasihatnya, saya tak mahu berputus asa.

“Apa yang dikatakan banyak menaikkan semangat untuk meneruskan apa yang saya buat sekarang ini,”

– Poovaa

Bolton, 67, bertindak sebagai jurulatih dan hos bagi program realiti berkenaan dan penyanyi serta pencipta lagu dari Filipina, Morisette Amon.

Program itu disiarkan sebanyak tujuh episod dan disertai enam peserta dari Asia iaitu Becky Yeung dari Hong Kong, Karl Zarate (Filipina), Linh Tran (Vietnam), Sasha Ka (Thailand), Tyen Rasif (Singapura) dan Poovaa.

Biarpun hanya berpeluang menjadi empat peserta terakhir, Poovaa berkata, dia gembira sepanjang tiga minggu penggambaran di Singapura.

“Ia adalah sebuah program yang sangat menyeronokkan meskipun, agak memenatkan,” katanya.

“During discussions on the production of my upcoming single Karya and music video, we thought it would be fun to release a version of Warisan for Merdeka and Malaysia day.

We all think it’s a great song and wanted to produce our version to introduce it to the new generation of Malaysian music fans.

‘Warisan’ was written by the late Syed Haron Syed Ahmad and included in Sudirman’s 1982 album called ‘Abadi’.

The lyrics speak closely to my heart especially during this period of uncertainties when the love for country is at its most crucial. 

– Poova
Poova

The project was planned very quickly due to the time constraints in the run up to Merdeka. We managed to get some studio time with music producer Rozhan Razman of RiroMuzikXPlayspace Studio along with music video producer Gbam of CST Productions and last but not least, my friend Sharon Chong on piano.”

– – Poova

The entire production, including recording of the song took about a day. We were exhausted but so happy with the production. I hope we have done the song proud.”

Youtube channel : I am Poovaa

Warisan link : https://youtu.be/eRpOHdVGjbk

Poova
Poova

About Poovaa 

Poovaa, whose real name is Poovanesvary Sri Rama, is a 39-year-old singer-songwriter who has recently participated in the Asian Dream talent show and impressed music legend Michael Bolton so much that he said she had set the bar high for the other competitors on the show.  

She has also represented Malaysia in various music festivals abroad, including the Hong Kong Asian-Pop Music Festival in 2015. 

Poovaa has won a number of accolades, namely the Best New Artiste at the 2014 Anugerah Industri Muzik, and was also nominated for the Best Vocal Performance In A Song (Female) and Best English Song  at the same award ceremony. 

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Promosi Tambang Tetap AirAsia Kini Kembali

Tonton Teaser NETFLIX The School Nurse Files